Wednesday, August 18, 2010

IKAN SIAKAP MASAK TOM YAM


IKAN SIAKAP MASAK TOM YAM

ANDA PERLUKAN
  • 2 ekor ikan siakap atau kerapu yang bersaiz sederhana (600g)
  • 1/2 cmt garam (secukup rasa)
  • 2 cmt tepung jagung
  • 2 cawan minyak (500ml) - untuk menggoreng (deep fry)

CARA MENYEDIAKAN IKAN
  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Lumurkan tepung jagung ke seluruh bahagian badan ikan.
  4. Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

UNTUK SAMBALNYA
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 batang serai - dipotong kecil*
  • 1 cm halia*
  • 2 cmb / 1 kiub perencah tom yam
  • 1 cmb cili boh
  • 3 helai daun limau purut - dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 2 cmb minyak - untuk menumis
  • 3 cmb air
* bahan - bahan ini ditumbuk sekali.


CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Apabila kekuningan, masukkan perencah tom yam dan cili boh.
  3. Biarkan di atas api buat seketika, kemudian masukkan garam dan daun limau purut.
  4. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering dan hangus.
  5. Akhir sekali tuangkan sambal tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

TIPS
  • Tambah sedikit air sekiranya anda mahukan kuah lebih.
  • Boleh juga gantikan ikan lain seperti kerapu, bawal, kembung dan lain - lain
  • Sesuai untuk beginner atau mereka yang baru belajar memasak.

TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang

SAYUR PUTIH 'KOLOK'


SAYUR PUTIH 'KOLOK'

ANDA PERLUKAN
  • 1 ekor ikan kembung bersaiz sederhana - direbus dan diambil isinya sahaja.
  • 15 biji lada hitam
  • 6 biji bawang merah
  • 3 cawan santan (sederhana pekat)
  • 2 helai sayur sawi - dipotong
  • 3 helai daun kubis - dipotong
  • 1/2 cmt garam
  • 1/2 cmt gula
  • 1 batang karot *
  • 4 tangkai kacang panjang *
* Bahan - bahan ini dipotong panjang dan dicelur

CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk lada hitam hingga lumat, tambah bawang merah dan isi ikan. Tumbuk lagi.
  2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk, diikuti dengan santan, semua sayuran, garam dan gula (tambah air sekiranya kuahnya kurang atau terlalu pekat.)
  3. Kacau hingga semuanya masak.
TIPS
  • Jangan masak terlalu lama kerana zat sayur - sayuran akan hilang.
  • Anda juga boleh gunakan sayuran lain mengikut citarasa tetapi pastikan sayur yang lebih keras hendaklah dicelur (masak dalam air didih selama anggaran 2 minit) atau masak dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 - 2 minit.
  • Selain ikan kembung, ikan lain pun boleh juga.
  • Tambahkan lada hitam kalau suka pedas.

TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang


"Nothing can go wrong with this meal. Nak lagi sedap hidangkan dengan ikan kering atau ikan pari goreng... ummmm.... memang menyelerakan!"

MAKARONI BERKUAH SPECIAL


MAKARONI BERKUAH SPECIAL

ANDA PERLUKAN

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 in halia
( bahan diatas tumbuk lumat)

  • 1 buku bawang besar-dipotong dadu
  • 1 cmt serbuk jintan putih
  • 1 cmt serbuk lada putih
  • 3 - 4 cmb mintak sapi/minyak biasa
  • 5 cmb tomato sos
  • 5 cmb cili sos
  • 3 cmb tomato puree ( utk lebih rasa & warna merah)
  • 4 cmb bawanag goreng
  • Daun bawang & daun sup -potong kecil
  • 1 pkt macaroni (elbow / potong pendek) - rebus & sejat
  • ½ kg ayam dipotong kecil /ikut citarasa
  • 1 tin cendawan butang-potong nipis
  • 4 cmb sayur campur /mix vege (utk warna yg menarik)
  • 2 tin susu cair
  • 1 cawan air biasa (mengikut citarasa)

CARA MEMBUATNYA:


  1. Panaskan minyak sapi,tumis bawang yg ditumbuk.
  2. Masukkan bawang besar yg dipotong dadu...hingga naik bau
  3. Masukkan ayam,jintan & lada putih.
  4. Kacau hingga ayam masak.
  5. Masukkan susu cair , semua sos, mix vege, cendawan, garam, gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan makaroni, bawang goreng, daun bawang & sup.
  7. Hidang panas.

TIPS :
  • Kalau nk lebih pedas tambah lada putih.
  • Boleh guna kiub ayam jugak.
  • Tambah air kalau nak lebih banyak kuah & sedikit cair.

SOLOK LADA


SOLOK LADA

ANDA PERLUKAN
Bahan A

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 cmt lada hitam
  • 1inch halia (tumbuk semua hingga lumat)
Bahan B

  • 5 ekor ikan selayang -ambik isi mentah /direbus sekejap
  • ½ kg kelapa parut putih (tumbuk lumat)
  • 5 - 6 biji cili hijau - belah tengah, buang biji kalau tak nak pedas.
CARA MENYEDIAKAN :

  • Gaul bahan A & B.
  • Tambah garam, gula secukup rasa (option tambah telur)
  • Sumbatkan / isi ikan dgn semua bahan tadi
  • Sediakan periuk kukus
  • Letakkan daun pandan
  • Aturkn semua solok lada tadi
  • Cucurkan sedikit santan diatasnya (santan campur sedikit garam)
  • Kukus hingga masak

NASI KERABU & SAMBAL TUMIS


NASI KERABU & SAMBAL TUMIS

ANDA PERLUKAN

Ulam
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Serai
(hiris nipis)
  • Taugeh segar
Sambal kelapa
  1. 1 ekor ikan tawar yg dibakar (ambil isi sahaja)
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 1 cmt lada hitam
  4. (tumbuk lada hitam,bawang merah & ikan, gaul dgn gula & garam)Ketepikan.
  5. Goreng kelapa parut putih hingga garing/ keluar minyak. (Goreng tanpa minyak)
  6. Gaulkan semua kelapa dgn bawang tadi.
Sambal Tumis
  • Santan pekat ( 1 biji kelapa)
- Dikeringkn hingga jadi tahi minyak atau berketul2)
- Saringkan tahi minyak tadi,ketepikan dr minyak.

  • Bahan utk ditumbuk:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- halia
  • 5 -6 cmb cili boh
  • Gula melaka
  • 3 cmb budu
  • Garam & gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan bawang yg ditumbuk dgn minyak tadi.
  2. Masukkan semua bahan lain.
  3. Akhir sekali masukkan tahi minyak tadi.
  4. Pastikan semua mesra.
  5. Masak lama sedikit dgn api kecil.
TIPS:

  • Dihidangkan bersama nasi putih, ulam, sambal kelapa & tumis.

LAKSAM & KUAH


LAKSAM & KUAH

ANDA PERLUKAN :
  • 500 gm tepung beras
  • 300 ml air (anggaran/pastikan bancuhan x melekat pada sudu)
CARA MEMBUATNYA:

Cara tradisional …..
  • Sediakan periuk pengukus...jerang air seperti biasa.
  • Guna tudung periuk yg nipis /dulang tembaga atau kuali non stick lagi bagus.
  • Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat
  • Sendukkan bancuhan,guna senduk...ratakan diatas tudung tersebut
  • Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal...mcm buat penkek/lemping
  • Kukus...
  • Tunggu sehingga naik gelembung sedikit...(masak)
  • Angkat, sejukkan seketika
  • Gulung.
Kuah laksam atau laksa

  • 1 kg ikan selayang or etc - rebus ambik isi & blend terlebih dahulu
  • 1/2 (setengah) kg santan pekat
  • 1 gelas air utk tambahan...(utk jaga pekat /cair)
Bahan dibawah utk dikisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ich halia
  • 2 btg serai diketuk
  • 1 cmt lada hitam - dikisar (atau guna powder)
  • 3 keping asam keping
  • garam & gula secukup rasa.
(Kisar semua bahan di atas, campurkan semuanya, didihkan sampai masak.


Ulam
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Timun batang
  • Taugeh
  • Bunga kantan
Tambahan lain
  • Belacan
  • Garam
  • Sambal (cili padi, cuka, garam & gula secukup rasa) kisar semuanya

CEK MEK MOLEK


CEK MEK MOLEK


ANDA PERLUKAN

  • 300g, ubi keledek - dibersihkan, direbus hingga masak dan dikupas kulitnya
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula pasir
  • 1/2 kuali minyak - untuk menggoreng (deep frying)
  • Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
  1. Lecekkan ubi keledek
  2. Masukkan tepung dan gaul rata supaya kental. Masukkan air jika perlu.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat dan ratakan sedikit di tengah-tengah.
  4. Masukkan setengah camca teh gula ke dalam bahagian tengah doh dan bentukkan semula menjadi bujur telur.
  5. Goreng kuih hingga kuning.
TIPS
  • Semasa menggentel doh, pastikan gula berada ditengah-tengah dan ditutup dengan rapat supaya gula tidak keluar semasa menggorengnya.
  • Sedap dan senang menyediakannya.
  • Cukup terkenal terutama sekali di Kelantan.

ASAM PEDAS


ASAM PEDAS

ANDA PERLUKAN


Bahan A ( dikisar)

  • ½ - ikan pari/tenggiri (digaul dgn sedikit garam dan digoreng ½ masak)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 buku bawang besar
  • 5 sudu besar cili kering atau lebih (mengikut citarasa)
  • 1 cm belacan

Bahan B (masukkan selepas tumis naik bau)

  • 5 helai daun limau purut
  • 1-2 batang bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum
  • 6 biji kacang bendir
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu air asam jawa
  • 3 sudu tomato sos
  • 4 sudu minyak utk menumis
  • 2-3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan digoreng terlebih dahulu
  2. Kisar semua bahan A
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yg dikisar
  4. Kacau dan tunggu sehingga naik bau
  5. Masukan sedikit air
  6. Masukkan ikan yg telah digoreng, seterusnya semua bahan B
  7. Kacau rata dgn perlahan. Tambah sos tomato/cili sos/ asam jawa lebih (kalau perlu)
  8. Masukan kacang bendir, tunggu sehingga layu sedikit
  9. Biarkan masak 4-5 minit.
  10. Hidangkan panas.

Selamat mencuba!!!!!

ASSAM PEDAS

ASSAM PEDAS

ANDA PERLUKAN


Bahan A ( dikisar)

  • ½ - ikan pari/tenggiri (digaul dgn sedikit garam dan digoreng ½ masak)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 buku bawang besar
  • 5 sudu besar cili kering atau lebih (mengikut citarasa)
  • 1 cm belacan

Bahan B (masukkan selepas tumis naik bau)

  • 5 helai daun limau purut
  • 1-2 batang bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum
  • 6 biji kacang bendir
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu air asam jawa
  • 3 sudu tomato sos
  • 4 sudu minyak utk menumis
  • 2-3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan digoreng terlebih dahulu
  2. Kisar semua bahan A
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yg dikisar
  4. Kacau dan tunggu sehingga naik bau
  5. Masukan sedikit air
  6. Masukkan ikan yg telah digoreng, seterusnya semua bahan B
  7. Kacau rata dgn perlahan. Tambah sos tomato/cili sos/ asam jawa lebih (kalau perlu)
  8. Masukan kacang bendir, tunggu sehingga layu sedikit
  9. Biarkan masak 4-5 minit.
  10. Hidangkan panas.

Selamat mencuba!!!!!

KUZI AYAM


KUZI AYAM


ANDA PERLUKAN

  • 1 ekor ayam - dipotong 12
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 cmt garam
  • 1 ketul hati ayam**
  • 1 ketul hempedal ayam**
  • 2 biji bawang besar**
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan badam - dipotong memanjang
  • 15 biji bawang merah - dimayang halus dan digoreng hingga kekuningan
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol sos tomato Del Monte
  • 4 cmb rempah kuzi - dibancuh dengan sedikit air
  • 6 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cawan (250 ml) minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
* Bahan ini ditumbuk
** Bahan ini dipotong kiub


CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang telah dimayang dan digoreng tadi. Setelah masak, angkat, toskan dan tumbuk hingga halus.
  3. Kemudian goreng bawang besar sehingga kuning, angkat dan toskan.
  4. Goreng badam hingga kuning, angkat dan toskan.
  5. Goreng kismis, angkat dan toskan.
  6. Kemudian goreng pula hati dan hempedal ayam hingga masak, angkat dan toskan.
  7. Akhir sekali goreng ayam hingga setengah masak, angkat dan toskan.
  8. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dengan menggunakan baki minyak yang sama.
  9. Masukkan rempah kuzi dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan sedikit air. Tambahkan susu cair, sos tomato dan kacau lagi.
  10. Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi (ayam, bawang besar, badam, kismis, hati dan hempedal ayam), serta bawang merah goreng yang ditumbuk.
  11. Masak sehingga kuahnya kelihatan pekat.
  12. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan di atas api yang perlahan selama kira - kira 30 min.

TIPS

  • Sangat sesuai dimakan bersama roti jala, roti biasa dan juga nasi minyak.
  • Rempah kuzi boleh dibeli dari Secukup Rasa RM15.00 untuk 1 paket lebih kurang 200 gm (boleh dimasak untuk 3 - 5 ekor ayam)
  • Seperti kerutuk, kuzi juga memerlukan lebih penelitian.
  • Boleh juga ditambah sedikit minyak sapi untuk rasa lebih lazat.
  • Pastikan kuahnya agak pekat.

TEMPOH MEMASAK : 40 min
HIDANGAN UNTUK : 5 - 6 orang.


"Sekiranya baru nak cuba, kenalah buat perlahan - lahan sebab ia agak memerlukan sedikit perhatian tetapi kalau menjadi, memang sedap dan pasti nak buat lagi.

Tuesday, August 17, 2010

MURTABAK SPECIAL


MURTABAK SPECIAL

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?


Sunday, August 15, 2010

:: Biskut Berhias Gula Perang ::


:: Biskut Berhias Gula Perang ::


BAHAN-BAHAN: 125gm mentega 80gm gula perang 170gm tepung serba guna 30gm tepung jagung BAHAN TOPPING: Biskut gula perang Gula kastor Sedikit air Pewarna merah Coklat urai Coklat hiasan berbentuk hati CARA MEMASAKNYA: 1. Pukul gula perang bersama mentega hingga kembang. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Uli hingga menjadi adunan yang kental. 4. Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk bintang, hati dan sebagainya. 5. Bakar pada suhu 160ºC selama 20 minit. CARA MENGHIASNYA: 1. Tuang air dan pewarna merah ke dalam gula kastor. Kacau rata. 2. Kacau adunan dan masukkan ke dalam piping beg. 3. Paipkan adunan pada keseluruhan permukaan biskut. 4. Taburkan coklat urai. 5. Lakukan pelbagai bentuk lain dan taburkan coklat hiasan berbentuk hati.

:: PUDING ROTI MENTEGA ::


:: PUDING ROTI MENTEGA ::


BAHAN-BAHAN:
6 keping roti sandwic | potong tiga segi
500ml susu segar
3 biji telur
50gm gula

BAHAN TABUR:
Gula perang secukupnya
Buah-buahan campuran secukupnya
Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil

BAHAN SOS:
250ml susu segar
1 sudu teh vanila
30gm gula kastor
2 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Susun roti di dalam loyang secara bertindan.
2. Selepas itu tuang susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
3. Kemudian susunkan roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga masak Sejuk dan ketepikan.
4. Membuat sos, satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.
5. Tuangkan di atas puding roti tadi.

: BUBUR KARI MAKAREL ::


: BUBUR KARI MAKAREL ::


Bahan-bahan:
240gm beras
750ml air
1 tin kecil ikan makarel
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari
1 sudu teh kunyit serbuk
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2sm halia
1 batang kulit kayu manis
5gm bunga lawang
¼ sudu teh biji sawi
1 sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Masak beras bersama air di dalam periuk dan biarkan hingga menjadi bubur.
2. Biarkan hingga masak dan ketepikan.
3. Untuk penyediaan makarelnya, panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya.
4. Campurkan cili kisar bersama rempah kari dan kunyit dengan sedikit air dan kemudian masukkan ke dalam tumisan.
5. Biarkan hingga garing dan masukkan biji sawi bersama air. Kacau rata.
6. Akhir sekali, masukkan makarel dan perasakan dengan garam dan asam jawa secukupnya
7. Biarkan kuah mendidih dan angkat.
8. Hidangkan bersama bubur nasi.

lemon cream cheese butter cake


lemon cream cheese butter cake


Ingredients
125g packet cream cheese (krim keju)
250g butter (mentega)
2 teaspoon grated lemon rind (kulit buah lemon yang diparut halus)
1 1/2 cups castor sugar (gula kastor)
3 eggs (telur)
1 1/2 cups plain flour (tepung serbaguna)
1 cup icing sugar (gula icing)
2 teaspoons lemon juice, approximately (anggaran 2 sdk jus perahan buah lemon)

Method
Beat cream cheese, butter and lemon rind together until smooth, add sugar, beat until light and fluffy. Beat in eggs one at a time, stir in sifted flour in two batches, beat lightly until smooth. Spoon into well-greased 20cm ring or baba tin. Bake in moderate oven 30 minutes, reduced temperature to moderately slow, bake further 30 minutes. Cool in tin 10 minutes, turn onto wire rack. When cold top with lemon glaze.

[Pukul krim keju, mentega dan kulit lemon sehingga sebati, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji dan kacau sebati. Masukkan tepung separuh di gaul dan separuh lagi dan digaul sebati. Sendukkan kedalam acuan kek dan bakar selama 30 minit (180C). Turunkah suhu ke 160C dan bakar lagi selama 30 minit (kena agak sendiri jangkamasa untuk bakar kek ni). Sejukkan selama 10 minit baru di sapukan dengan lemon glaze]


Lemon glaze:
Stir icing sugar into bowl, beat in enough lemon juice to give a pouring consistency.

[ayak gula icing dalam mangkuk dan tuangkan jus lemon sedikit-sedikit dan kacau sehingga ia boleh dituang seperti sos (susah juga nak translate yang ni)]

Note: Anda juga boleh menggunakan resepi ini sebagai 'cup cake'. Bakar lebih kurang 40 minit pada 180C.

Kalau nak buat muffin juga boleh. Guna kertas cawan cup cake dan bakar selama 40 minit (lebih kurang) pada 180C

RESIPI SAMBAL AYAM


RESIPI SAMBAL AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa segera

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

10 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm belacan
5 biji buah keras

CARA MEMASAK :

1.Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil. Serai dititik atau boleh dikisar sekali. Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

2. Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Kalau suka boleh biar sampai garing.

3.Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar lumat serta serai. Masukkan gula, garam, asam jawa dan kacau lagi . Biar sambal masak sampai pecah minyak dan menjadi wangi.

4.Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra. Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan bolehlah dimatikan api dapur.

Kuih Bronok Sagu


Kuih Bronok Sagu

1 gelas sagu biji
3 gelas air
sedikit esen ros
pewarna merah
3/4 gula pasir

Kelapa parut dan sedikit garam

Cara...
1) Didihkan air bersama pewarna merah

2) Masukkan sagu , gula dan esen ros dan kacau hingga rata pekat

3)Setelah pekat atau sagu tukar warna, kecilkan api dan tutup dgn tudung periuk...Biarkan dlm 15-20 minit..Sehingga butir2 sagu tidak kelihatan lagi
(inilah petua untuk kuih sagu ni kelihatan kilat dan tidak berbiji2)

4) Tuang lah dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk

5) Potong dan gaul dgn kelapa parut...

Selamat Mencuba ... :)

Kuih Kaswi


Kuih Kaswi


4 keping gula keret ( merah).....(masak gula merah dgn air dan daun pandan..pastikan bila sejuk jadikan 4 cawan air gula)
2 cawan tepung gandum
sebiji telur
sedikit kapur

Cara2..

1) Blender kesemua bahan2 di atas.....Kalau kurang manis campur sedikit gula pasir...(biasanya saya maniskan adunan sbb ketika kuih tu bila sejuk nanti tak kan terasa manis seperti sebelum masak)
2) Tuangkan bahan dalam loyang yg telah di lumur minyak...
3) Kukus lah dalam kukusan yg telah panas hingga masak selama lebih kurang 20 minit
4) Apabila sejuk baru di potong dan di gaul dgn kelapa parut yg di gaul dgn sedikit garam....

Tip untuk kita tau kuih telah masak...Apabila di colek dgn hujung jari, kuih tu tak melekit pada jari kita...ok..selamat mencuba dan hidang untuk bulan puasa nanti...

Lompat Tikam...


Lompat Tikam...

resepi..
lapisan bwh-air daun pandan (boleh + pewarna),tepung beras, air kapur sikit..

lapisan atas-santan,tepung beras,garam..

kuah-air,nisan/gula melaka,daun pandan

PUDING ROTI MARBLE


PUDING ROTI MARBLE
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko + 4 s/b air

Cara
1. Masukkan bahan A dalam periuk dan masakkan shingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Bancuhkan serbuk kok dan air dan masukkan dalam salah satu bahagian.
7. Masakkan semula bahagian yg dicampurkan dengan serbuk kok sehingga masak [berbunyi dan nampak blup..blup gitu]. Tutup api.
8. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan kok berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

RESIPI ASAM PEDAS KEDAH



ASAM PEDAS KEDAH
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor Ikan Kembung @ apa2 ikan kegemaran masing2
2 biji Ubi Keledek dipotong keping2
8biji Cili merah,4biji cili padi, 4biji bawang merah ditumbuk lumat
secekak daun kesum/daun laksa
1 btg bunga kantan
1 btg serai
2kpg asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa

Cara2:
semua bahan tadi direbus bersama lebih kurang 1liter air
apabila mendidih masukkan ikan dan biar hingga masak
sedia dihidangkan..

KEK COKLAT LEMBAB


KEK COKLAT LEMBAB
BHN A:

1 stgh cwn susu perisa coklat duth lady@1 kotak kecil
2 sudu kecil nescafe(bancuh dlm stgh cwn air)
*campur skali dua bhn ni

BHN B
1 cwn gula perang
stgh cwn gula halus
2 cwn tpg gandum(diayak skali ngn 1 sudu baking powder+ stgh sudu soda bikarbonat)
1 cwn myk masak@myk jagung
1 sudu esen vanila 2 biji telur

CARA BUAT:
pukul telur agak kembang,masukkan gula.pukul lg.masukkan esen,myk masak.masukkan bhn A sdikit2 smpai abis.masukkan campuran tpg sdikit2.

bakar@kukus 1 jam atau sehingga masak
memang lembap n gebu!

Saturday, August 14, 2010

RESIPI BATANG BURUK


RESIPI BATANG BURUK


Bahan-Bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng.
5. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.

Wednesday, August 11, 2010


Kuih Goyang


Bahan-Bahan:
2 tin susu tepung beras
1 biji kelapa -diambil santannya
gula secukupnya
sedikit garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Bancuh semua bahan. Kecairannya seperti membuat kuih lapis.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Rendamkan acuan didalamnya.
3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung.
4. Masukkan ke dalam kuali sambil digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan.
5. Goreng hingga kekuning-kuningan.
Cadangan Hidangan:
Makan ler biler rasa nak makan..






















Thursday, August 5, 2010

Resepi Nasi Daging Air Asam









Resepi Nasi Daging Air Asam




Bahan-bahan:

1 kilo beras basmathi
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
½ cawan tomato puree
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.

Lasagna

Lasagna

Dsc01134

masakan Itali, resipi senang untuk yang baru nak belajar², masa 40 minit untuk masak)



Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

Resepi Nasi Dagang

Resepi Nasi Dagang



Bahan-bahan:

5 cawan beras nasi dagang ATAU
3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil - dihiris halus
6 ulas bawang putih - dihiris halus
1½ inci halia - dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan:

Didihkan air didalam periuk kukusan Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak.

Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat dengan memasukannya sedikit demi sedikit, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Hidang panas-panas bersama kuah gulai dan sambal kelapa.


Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang

Bahan A
2 ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Air untuk merebus - sekadar menutup ikan, lebihkan seinci

Bahan B

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (pilihan jika suka pedas)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan:

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari dan cili (jika guna). Masak sehingga keluar minyak.

Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan seekor untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah, garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor). Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


Sambal kelapa untuk Nasi Dagang


Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), digoreng tanpa minyak sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
ikan tongkol rebus, ambil isinya sahaja

Cara penyediaan:

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.


Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Spaghetti Daging Tomato



Bahan-Bahan:
½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa
Cara:
Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.
Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Resepi Spaghetti Daging Tomato

Resepi Spaghetti Daging Tomato



Bahan-Bahan:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa

Cara:

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.

Panaskan periuk dan cairkan mentega.
Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.
Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati.
Masukkan tomato puri dan kacau rata.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.
Biar hingga mendidih.
Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese

P1010003

Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!



Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Bahulu Cermai

Bahulu Cermai

P4260095

Seronoknyer..... at last kak ogy berjaya buat bahulu sendiri



Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pasir
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

Kuih Lopis

Kuih Lopis

Bahan-bahan ( 4-6 orang)

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • pewarna hijau
  • kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
  • garam
  • 1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 11/2 cawan air
  • *** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna
  2. Toskan pulut tadi
  3. Masukkan santan dan secubit garam
  4. Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak
  5. Sediakan cling film/plastik dan oleskan sedikti margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atsanya
  6. Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi
  7. Sejukkan pulut sbelum dipotong
  8. Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
  9. Untuk air gulanya -masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Roti Jala

Roti Jala

Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam

Setitik pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.

Kemudian setelah selesai angkat lipatkan se
gi empat atau segi tiga.

Kuih Keria




Kuih Keria

Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air
5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Cara:
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.

Resipi Cupcake Vanilla

Resipi Cupcake Vanilla

Resipi Cupcake Vanilla (BM)

1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang

Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.

Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

Masukkan ke dalam loyang.

Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.

Kek coklat kukus

Kekcoklat


Bahan-bahan ( 10 orang makan )

  • 2 cawan tepung blue key
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
  2. kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
  3. bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  4. then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
  5. didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit
  6. dah siap...kalo nak letak topping lagik best....

Sup Ekor

Sup Ekor


Bahan-Bahan:

300 gram ekor lembu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
15 gram rempah sup
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 inci halia muda – tumbuk halus
Sedikit serbuk lada hitam
300 ml air
2 biji cili padi
Garam secukup rasa
1 batang lobak merah – dipotong dadu
2 biji ubi kentang – dipotong dadu
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah sup dan air. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan pula ekor lembu.

2. Masak atas api sederhan sehingga ekor lembu masak dan empuk. Tambahkan serbuk lada hitam, lobak merah dan kentang. Biarkan mereneh sehingga lobak dan kentang lembut.

3. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.