Monday, January 31, 2011

ikan kukus serawak

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 1 ekor ikan sederhana besar yang segar (talipia / sultan / terubuk atau apa jenis ikan kegemaran )
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 tangkai serai *
  • 1 cm halia *
  • asam jawa
  • serbuk lada putih
  • 2 -3 biji cili besar ( dihiris )
  • 2 sudu besar Kicap ( paling sesuai Kicap Tong Nam )

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan-bahan *
  2. Bersihkan ikan
  3. Lumur seluruh badan ikan dengan asam jawa. ( asam jawa jangan dicampur air )
  4. Letak ikan dalam bekas untuk dikukus. Tabur kan bahan ditumbuk atas ikan. Tambah lada putih, cili padi dan kicap. Kukus hingga ikan masak. Jika nak pedas, boleh guna cili padi.

solok ikan kelate

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 ekor ikan kembong
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • segenggam kelapa parut putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • beberapa helai daun kesom

Cara-cara

  1. ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk .
  2. Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan, gaul kan dengan daun kesum yang dihiris halus kalau suka boleh letak cili hiris.
  3. jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
  4. Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng

ikan bakar

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
  2. [ Persediaan untuk air asam ]
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

singgang ikan kelate

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • ikan tongkol
  • bawang putih dan lengkuas- dihiris
  • asam keping
  • budu ketereh
  • air dan garam

Cara-cara

  1. Rebus semua bahan ke dalam periuk sehingga pekat dan air menjadi coklat sedia dihidang

karipap

Bahan-bahan ( banyak hasilnya.. )

  • inti karipap:
  • 1 kg kentang - dipotong dadu kecil.
  • 1/2 kg daging lembu @ ayam - dipotong kecil.
  • 5 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
  • 7 bj bawang merah, 5 bj bawang putih & 2 cm halia muda - ditumbuk.
  • 5 sudu makan gula (ikut slera msing2) & garam secukup rasa.
  • 1 kg tepung gandum.
  • 31/2 senduk minyak msk (1 2/3 cawan).
  • 500ml air paip (1 botol mineral kecik) + 1 sudu makan garam.

Cara-cara

  1. pnskn 1 cawan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkn rempah kari.tumis hingga pecah minyak.masukkn daging n secawan air & tutup spaya daging cpt empuk.pstu masukkn kentang.masak hingga kentang empuk & inti kering.rasa garam gulanya.
  2. biar inti sejuk.
  3. pastry karipap:
  4. Dsc01632
    panaskn minyak hingga btol2 panas lalu curahkn ke dalam tepung.kacau rata dgn senduk.
  5. bila tepung dah mulai suam2, campurkn air garam sedikit2 smbil digaul/diuli hingga menjadi doh.air x semestnya habis digunakn.xperlu uli dgn kuat mcm buat donut.asal sdh sebati cukup.
  6. Dsc01645
    masukkn doh dlm plastik yg x bocor & ikat dgn getah.biar at least 15 minit supaya doh berpeluh & mnjadi lembut.
  7. Dsc01639
    ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar penutup btol mneral.buat dlm 15 bj dulu. ikat balik plastik doh.
  8. Dsc01640
    gelek guli2 doh hingga leper (jgn nipis sangat).letakkan sesudu inti & kelimkan.ulang membuat bola2 doh,gelek,isi inti & kelim.buat smpai habis.
  9. Dsc01638
    goreng dgn api perlahan supaya pastry x menggerutu.jika nk difrozenkn, goreng separa masak saja.
  10. - jika x bleh siap mengelim karipapni, jgn risau,pastry tahan 24 jm tanpa msuk fridge.(tp inti kne la msuk fridge..) -
  11. Klik untuk isi cara-cara di sini

Sunday, January 23, 2011

tepung bungkus

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. T
    Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Friday, January 21, 2011

muffin coklat

CHOCOLATE OIL CAKE
bahan bahan:

2 cawan gula

3 cawan tepung serbaguna

2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati.

Saturday, January 15, 2011

Resepi Puyuh Goreng Berempah


Bahan-Bahan:

9 ekor burung puyuh

serbuk ketumbar

Jintan manis (ditumbuk)

Jintan putih (ditumbuk)

Halia (ditumbuk)

Serai (dititik)

Garam

Gula

Serbuk perasa Bawang merah (ditumbuk)

bawang putih (ditumbuk)

cili kering (ditumbuk)

daun kari

Serbuk kari

Cili kering (dipotong)

Bawang besar (dipotong bulat)

Cara Penyediaan:

1. Gaul burung puyuh dengan cili tumbuk, bawang putih, bawang merah, jintan, serai, halia, ketumbar, garam, gula, dan daun kari.

2. Perap selama setengah jam. Panaskan minyak goreng puyuh hingga garing.Masukkan cili potong dan bawang besar. Angkat



cucur udang

Bahan-Bahan:
300 g udang basah (dicincang)
1 cawan serbuk roti
4 sudu besar susu cair
1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 biji telur (dipukul)
Sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat. Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam. Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak. Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.

BLACK FOREST ROLL

BAHAN-BAHANNYA :
5 biji telur gred "B"
100 gram gula halus
1 camca teh ovallate
25 gram serbuk koko*
30 gram tepung gandum*
1 camca besar tepung jagung*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Jem strawberry atau buttercream secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
  1. Putar gula dengan ovallate hingga mesra. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang, gebu dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati.
  2. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula hingga sebati dengan adunan. Tuang dalam tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci yang telah dialas dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 - 15 minit. Bila masak, biar suam, kemudian terbalikkan kek tadi atas sehelai kertas minyak. Buang kertas yang dibuat lapisan tadi.
PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT...

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan dlm loyang] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan.(sy guna blender) Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dlm loyang yg berisi gula hangus tdi.. dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
4. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
5. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
6. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
7. Potong dan hidangkan.

Friday, January 14, 2011

Resepi Kerabu Sotong

Bahan :

500 gram sotong (buangkan kulit dan hiris kasar)

3 sudu besar Apple Cider Vinegar atau air limau nipis ataukasturi

2 sudu teh kicap cair atau sos ikan

1 sudu teh gula pasir

Bahan Hiris/Mayang

1 pokok daun ketumbar

1 pokok daun bawang

1 biji bawang besar

5 biji cili padi

3 biji cili merah

5 ulas bawang merah

3 biji buah tomato

1 biji mangga muda

Cara Penyediaan:

1. Rebuskan sotong dengan sedikit air. Toskan.

2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan. 

apam balik

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Wednesday, January 12, 2011

Resepi TEPUNG GOMAK

on Tuesday, January 11, 2011 at 2:54am

Bahan-Bahan "A"

200 gram kacang hijau

1 biji kelapa parut putih

1/2 kilo gula timbang

300 gram gula pasir

2 helai daun pandan

Bahan-Bahan "B"

600 gram tepung pulut

1 mangkuk air

400 gram tepung kacang hijau

Sedikit garam

Cara Penyediaan untuk Bahan "A"

1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.

2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air

gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam

ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.

3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara Penyediaan untuk Bahan "B"

1. Uli tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.

3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.

4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.



Resepi- KERABU PEGAGA

Bahan-Bahan:

125 gram kelapa parut

100 gram ikan bilis – dibersihkan

2 ikat daun pegaga

1 ikat daun cekur – dihiris

3 biji cili merah

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1 sudu teh gula pasir

2 biji limau nipis – ambil jusnya

Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk ikan bilis, cili merah, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.

2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.

3. Goreng bahan-bahan tersebut tanpa minyak hingga wangi.

4. Bubuh dalam mangkuk.

5. Masukkan daun pegaga, daun cekur, garam dan gula pasir. Tuangkan jus limau dan gaul hingga rata. Hidangkan.

Resepi Ayam Masak Halia


Bahan-Bahan:

  • Ayam separuh - potong kecil
  • 2 inci halia muda atau tua- dihiris
  • 2 labu bawang besar - dihiris
  • 5 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji cili merah - belah dua
  • Sos Tiram - untuk perap ayam
  • Maggie Seasoning - untuk perap ayam
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar tepung Jagung- dibancuh dengan air

Cara Penyediaan

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan Maggie Seasoning selama 18 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam yang telah diperap dan goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan lada merah, kacau sehingga nampak layu.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak likat.



Saturday, January 8, 2011

Resepi Mee Sup

Untuk Sup Ayam -

400 gram ayam (dipotong kecil)

1 ulas bawang putih

2 inci halia

1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah

1 sudu besar rempah sup

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

beberapa fish cake atau fishball

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan Taburan Atas Sup -

-Bawang goreng, hirisan lemon, pagedil ayam, sambal kicap dan hirisan daun ketumbar.

Bahan-bahan untuk Pegedil Ayam

3 biji kentang saiz sederhana

100gram dada ayam ( dicincang halus)

1 sudu kecil jintan manis atau jintan putih

1 biji telur

sedikit hirisan bawang besar

lada sulah

garam

daun celery atau daun sup

Cara-Cara Memasak Pegedil Ayam

1. Kupas kentang dan potong kecil-kecil, goreng hingga empuk, angkat dan lapikkan kentang tadi dengan kitchen towel, bagi menyerap lebihan minyak. biarkan sejuk seketika.

2. Cincang bawang besar dan, tumis bawang besar tadi hingga layu, baru masukkan isi ayam hancur, kemudian masukkan jintan manis yang telah dicincang halus, kacau sebati. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil kentang dan ramas hancur, masukkan bahan tumisan tadi dan gaul sebati, masukkan sedikit telur, (telur ini agak-agak sahaja, jangan sampai sebijik terus, cuma dalam 1/3 kuantiti 1 biji telur, bakinya akan digunakan untuk coating nanti, fungsi masukkan sedikit telur ini hanya sebagai agen penyatu.)

4. Akhir sekali masukkan daun celery yang telah dihiris halus, sesuaikan rasa, masukkan lada sulah dan garam, bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit, celup pegedil tadi dengan baki telur dan goreng dengan minyak panas, tak perlu lama,(pastikan api tidak terlalu perlahan) dan pastikan minyak betul-betul panas, setelah pegedil perang angkat dan toskan. Sesuai dijadikan pelengkap untuk bihun sup, mee sup dan di makan begitu sahaja.

Cara-Cara Untuk Memasak Mee Sup

1. Blender halia, bawang besar dan bawang putih ( nak hiris nipis atau tumbuk dengan lesung batu semua ni pun boleh), panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan garing.

2. Selepas itu masukkan ayam, kacau sebentar, setelah sebati masukkan air, air ni agak-agak lah, biarkan mendidih dan masukkan garam, rempah sup dijadikan pes dan masukkan di dalam sup tadi, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah ayam empuk baru masukkan batang celeri, dan fish cake. akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. tutup api dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar atau daun sup.

3. Celur mee kuning, dan masukkan di dalam bowl, curah sup ayam tadi dan atur pegedil, hirisan lemon, sambal kicap pedas dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan.

Apam Pisang Mudah


3 biji pisang embun ( montel )

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 cawan air / santan

1 sudu kecil soda bicabanate

Lecek pisang sehingga lumat. Satukan kesemua bahan2.

Sapu acuan / loyang 20 cm dengan sedikit minyak masak.

Tuang adunan dan tutup dengan aluminium foil.

Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

apam pisang

pisang embun