Bahan bahan
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu makan tepung ubi
- 1 sudu kecil air kapur
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula merah
- 2 sudu serbuk coklat
- 2 cawan air
- daun pandan
- kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
- satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
- satukan tepung beras,serbuk coklat dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
- kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
- tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
- kukus 10 minit atau hingga masak.
- hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.
No comments:
Post a Comment