Sunday, October 17, 2010

BERGEDEL KENTANG DAN DAGING



Bahan-bahan:

300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

SAYUR LODEH-KUAH LONTONG


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Lontong_batang
    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

LAKSA JOHOR


Bahan-bahan:

500 gram spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada pembungkus
1 biji timun, hiris memanjang seperti lidi
Daun kesum, dihiris halus
Taugeh, dicelur
5 urat kacang panjang, hiri nipis
2 biji telur, direbus
3 tangkai lada merah dan sedikit belacan, dibuat sambal
Limau kasturi

Kuah:
Sedikit minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inchi halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
1 ½ mangkuk santan cair
3 batang serai, dititik
1 inchi lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang ¾ masak dan dikisar
5 keping asam keping
200 gram udang, direbus
1 sudu makan udang kering
½ biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau hingga mesra. Masukkan pula pati santan, serai diikuti lengkuas. Biar sehingga kuah mendidih.

Masukkan isi ikan yang telah dikisar, kacau hingga mesra. Setelah mendidih masukkan santan cair dan asam keping. Biar lagi hingga mendidih dan masukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

Hidangkan spaghetti yang telah direbus bersama kuah dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba

IKAN SIAKAP KUKUS


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

RESIPI TEMPEYEK


Bahan – bahan

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:


1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .

Kek Coklat Lembap yg Tersedap


Kek Coklat Lembap yg Tersedap

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

NASI MINYAK KISMIS


Bahan-bahan:
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis di atasnya.