Friday, December 31, 2010

Resepi Taugeh Soya Goreng Berudang


BAHAN-BAHANNYA

500 g taugeh soya atau taugeh kasar

10 - 15 ekor udang sederhana besar

1 biji bawang besar, hiris

2 ulas bawang putih, hiris

1 camca besar sos tiram

1 biji cili merah, hiris

1 biji cili hijau, hiris

Garam dan secubit gula

Sedikit air

CARA MEMBUATNYA

  1. Taugeh, dibuang ekor, cuci bersih dan toskan. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, kelar belakang udang dan buang uratnya. Buat hingga siap, cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau, kacau rata hingga layu, masukkan udang dan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air.
  3. Tambah taugeh, gaul rata, perasankan dengan garam secukupnya dan secubit gula jika suka. Masak hingga taugeh lembut, angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat

Resepi Laksa Melaka

Bahan Mi:

1 bungkus mihun - direndam, celur hingga lembut dan tuskan

1 biji timun - cuci & potong panjang

2 cawan tauge - cuci & tuskan

Bahan Kuah:

1/4 cawan cili kisar

4 cawan santan pekat - dari 1 1/2 biji kelapa

5 ekor sotong segar - bersihkan dan potong bulat

1 cawan udang segar - siang dan cuci

1 cawan isi kerang

1/4 cawan udang kering - ditumbuk

15 biji telur puyuh - rebus keras, buang kulit

1 cawan kerisik

4 batang serai - dititik

4 biji buah keras - dikisar

10 ulas bawang merah - dikisar

4 ulas bawang putih - dikisar

2 cm halia - dikisar

1 cm kunyit segar - dikisar

1 cm lengkuas - dikisar

5 keping kek ikan - didadu

10 biji bebola ikan - dibelah dua

1 ikat daun kesum - ambil daunnya

Garam secukup rasa

1/4 cawan minyak

4 biji tomato hijau - dibelah enam

2 keping asam gelugur

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing.

2. Masukkan kerisik, udang kering dan kacau rata. Tuangkan santan dan kacau lagi.

3. Campurkan udang, sotong, isi kerang, bebola ikan, kek ikan, bunga kantan, serai, daun kesum, asam gelugur dan perisakan dengan garam.

4. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu, masukkan telur puyuh serta tomato.

5. Biarkan mendidih lagi kemudian bolehlah dihidangkan bersama lada kicap.

Bahan Lada Kicap:

10 tangkai cili api - ditumbuk

1/4 ulas bawang putih - ditumbuk

1/2 cawan kicap masin

3 sudu kecil gula

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 sudu kecil jus limau nipis

Cara Menyediakan:

Campurkan semua bahan dan gaul rata, hidangkan bersama mihun serta sayuran.

Resepi Puding Lapis Tikar


BAHAN A:

7 gm agar-agar serbuk

70 gm coklat masakan

500ml air

50 gm gula

1/8 sudu kecil Nescafe

BAHAN B:

15 gm agar-agar serbuk

300ml susu cair

250ml air

300 gm gula kastor

3 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

1/2 sudu kecil esen lemon

Sedikit pewarna hijau dan kuning

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak bahan A sehingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan 7 x 7 inci dan biarkan beku.

2. Potong memanjang kepada 8 bahagian.

3. Masak bahan B sehingga sebati. Susunkan adunan coklat di bawah acuan, dan tuangkan adunan berwarna kuning sedikit.

4.Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis.

5. Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.





Resepi Meehoon Lada Hitam


Bahan-bahan:

1 paket mihun - direndam hingga lembut

3 biji tomato - dipotong dadu

1 batang lobak merah - dihiris halus memanjang

1/4 biji kubis - dihiris halus

300 gm udang - dibuang kulit

200 gm isi ayam - dipotong kecil

3 keping kek ikan - dihiris nipis

1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus

5 ulas bawang putih

2 cawan air

1 sudu besar sos sotong

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau sehingga naik aromanya.

2. Masukkan tomato dan lobak merah kemudian kacau sehingga rata.

3. Masukkan isi ayam, hirisan kek ikan, udang, air, garam, gula dan serbuk perasa. Masak selama 10 minit sehingga isi ayam empuk.

4. Akhir sekali masukkan kubis, mihun dan sos sotong kemudian kacau hingga rata. Bila mihun lembut, angkat dan hidang panas-panas bersama cili jeruk.



Wednesday, December 29, 2010

patin masak asam pedas

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan sembilang segar (saya guna ikan patin)
  • 7- 8 biji bendi muda (saya ganti 3 biji tomato di belah 4)
  • 2 genggam daun kesom
  • 1 btng serai- di ketuk, saya tambah
  • 3/4 cawan jus asam jawa
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 inci halia, diketuk
  • Garam dan sedikit gula
  • 9 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 1/2 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang/ikan patin dicuci bersih, siang dan potong ikut suka, cuci kembali kemudian perap dengan garam dan jus limau nipis untuk 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan toskan (mat tak kerat sebab bendi tu jenis yang kontot2)..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan sembilang/ ikan sembilang dan daun kesum, gaul rata dan biar mendidih perlahan.
  4. Tambah bendi dan juga jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak dengan api sederhana sehingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama dengan nasi hangat....

apam nasi

Bahan-Bahan

2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:
  1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
  5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.

kuih bakar pandan

Bahan-Bahan

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 3 cawan santan
* 3 biji telur
* 2 sudu besar butter
*1/2 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna hijau
* sedikit bijan-untuk tabur atas kuih

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
  2. Blender hingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak....lenserkan.. dan masukkan ke dalam oven.
  4. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
  5. Taburkan bijan (jika suka)
  6. Bakar 45 minit pada suhu 180c/ hingga masak.(api atas dan bawah)
  7. Bakar api atas saja selama 10 minit sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing.

muffin strawberry

Bahan-Bahan
180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 gm tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

muffin pisang

Bahan-bahan

100 gm pisang
100 gm tepung gandum
50 gm mentega-cairkan
20 gm serbuk koko(2 sudu besar rata)
50 gm gula halus
1 biji telur- suhu bilik
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar
walnut secukupnya (tak letak pun takpe)

Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  3. Dalam bekas lain ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.Ketepikan dulu.
  4. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan bersama dengan gula halus.
  5. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  6. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  7. Lepas tu masukkan pula tepung tadi dan kacau.
  8. Akhir sekali masukkan mentega cair tadi.
  9. Kacau biar sebati.
  10. Kemudian sendukkan ke dalam muffin cup.
  11. Isikan dengan 2/3 penuh. Bakar selama 25-30 minit.
    SIAP..!

muffin pandan

Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya
  1. Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

kek chiffon pandan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

kek chifon

BAHAN A :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*)
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya( saya letak sikit je...)
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
KUAH ROTI CANAI

bahan:~
A) 2-3 genggam kacang dal- drebus hgga empuk ( utk pekatkn kuahnya lenyek sebahian shj kcg yg tlh empuk itu ~~ jgn lenyek semua nnt kuah mnjadi trlalu pekat & x menarik
B) bahan tumis:~
- beberapa ulas bwg putih & bwg merah - ditumbuk
- beberapa biji cili kering yg dipotong2 saiz sederhana
- 1 kuntum bunga lawang, 1 kpg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 2-3 kuntum bunga cengkih @ ambil jer bhn2 ni yg ada brsama dlm pmbungkus sup bunjut tu..lg senang..hehe
- sedikit biji sawi, sedikit halba, beberapa helai daun kari
- 1 bungkus kecil @ 3/4 serbuk kari (ikut citarasa anda ) ~ dicampurkn dgn sdikit air supaya mnjadi pes trlebih dhulu
- sedikit air sbg kuah & garam secukup rasa, aji jika suka & sedikit gula
c) bahan yg didadu:~ saiznya jgn terlalu kecil
- 2 biji terung,
- 2 biji ubi kentang
- 2 btg lobak merah
CARA2
1) tumis bhn yg dtumbuk hgga naik bau & masukkn cili kering, bunga lwg, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga , biji sawi, halba & daun kari ~ lps tu masukkn pes kari~ tumis higga wangi @ hgga pes trsebut mnjadi pecah minyak menandakan pes trsebut dh cukup masak (sama seperti anda masak kari je laah)
2) masukkn air sbg kuah ~ masukkn ubi kentang & lobak merah yg didadu ~ msukkn garam, aji & gula ~ bila kuah pun dh mendidih & ubi kentang pun dh empuk barulah masukkn terung yg didadu & kacang dal yg telah direbus empuk
3) msak hgga terung masak ~ rasalh trlebih dahulu & tmbahlah rasa jika perlu..

kuah kacang dal.

Dal

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
puding roti berlauk..

1 bungkus roti sandwish
5 biji telur
650 ml susu segar
sedikit garam

utk inti...
400 gm isi ayam cincang
1 biji bwg besar holland
1 tin cendawan butang
lada sulah
Daun bawang,cili merah
Keju Mozarella

Caranya..
Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu, masukkan sedikit garam.pukul lagi.Tapis bancuhan ini.

Bawang besar di potong dadu.Candawan dihiris nipis,daun bwg di racik halus dan cili dibuang biji dan dipotong kecil.
Tumiskan bwg didlm kuali berisi sedikit minyak.masukkan isi ayam.kacau sebentar.Kemudian masukkan cendawan butang dan selepas itu sedikit lada sulah.goreng hingga masak.

Roti dibuang bgn tepinya..celupkan roti kedlm bancuhan susu dan susunkan kedlm bekas kaserol tahan haba atau sebarang acuan..pastikan di sapu mentega sedikit.Tabur inti ayam diatasnya bersama daun bwg dan cili.celupkan lg roti tadi ke dlm susu dan susun semula spt tadi..tabur inti dan daun bwg dan juga cili..buat sehingga habis..bhgn ats sekali..tabur inti,daun bwg dan cili..parutkan keju mozarella.Bakar dlm oven selam 30-40 minit dengan suhu 170'C
puding roti berlauk..

1 bungkus roti sandwish
5 biji telur
650 ml susu segar
sedikit garam

utk inti...
400 gm isi ayam cincang
1 biji bwg besar holland
1 tin cendawan butang
lada sulah
Daun bawang,cili merah
Keju Mozarella

Caranya..
Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu, masukkan sedikit garam.pukul lagi.Tapis bancuhan ini.

Bawang besar di potong dadu.Candawan dihiris nipis,daun bwg di racik halus dan cili dibuang biji dan dipotong kecil.
Tumiskan bwg didlm kuali berisi sedikit minyak.masukkan isi ayam.kacau sebentar.Kemudian masukkan cendawan butang dan selepas itu sedikit lada sulah.goreng hingga masak.

Roti dibuang bgn tepinya..celupkan roti kedlm bancuhan susu dan susunkan kedlm bekas kaserol tahan haba atau sebarang acuan..pastikan di sapu mentega sedikit.Tabur inti ayam diatasnya bersama daun bwg dan cili.celupkan lg roti tadi ke dlm susu dan susun semula spt tadi..tabur inti dan daun bwg dan juga cili..buat sehingga habis..bhgn ats sekali..tabur inti,daun bwg dan cili..parutkan keju mozarella.Bakar dlm oven selam 30-40 minit dengan suhu 170'C

Tuesday, December 28, 2010

cheese kek.

* 250g cream cheese
* 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
* 2 sudu besar jus lemon
* 3 sudu besar tepung gandum
* 2 biji telur
* 90g gula

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Tag
cheese kek
kek sarang semut

bhn:
1cwn gula
1cwn air panas
...2sudu mkn butter/marjerin
-gula di masak atas api perlahan hgga keperangan...pastu masukkn air panas perlahan2 tutup api..masukkn butter..sejukkn

bhn kek
1 cwn tepung gandum
1cwn susu pekat
4bj telo
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen

-ayak tepung dan soda bikarbonat bersama...
-pukul /mixer telo hgga kmbang
-masukkn pula susu pekat pukul lg hgga kmbang.dan masukkn esen
-masukkn bhn ayak td..pukul lg.
-masukkn gula hangus td klu berketul tapis adunan..kacau sebati..
-perapkn 4jam dlm bekas itu juga...tutup sms perap
-dh 4jam gris loyang ngan butter dan tuang adunan
-bakar 40minit..suhu 16c..api bwh only
oven bulat butterfly bakar 20minit ..dan tutup suis..biarkn kek di dlm oven..selama 10minit agar ia masak ngan haba shj..
kuarkn kek dan restkn 10minit..baru potong

p/s:tudung bekas adunan,perap 4jam tanpa buka penutup...jgn gatai nk jenguk2 tau! terbantut proses nya nnti...br jd sarang
koleksi masakan ku..sesapa yg inginkan nya minta secara baik..sy ikhlas berkongsi dan memberinye...hrp ia nya dpt membantu suri2 mcm saya...peace..
Puding Diraja
Bahan-bahan

Jala mas
Buah prune tanpa biji
Biji gajus
Buah ceri
Pisang

Untuk kuah puding
400 ml susu cair
200 ml air
2 biji telur kuning
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan kemudian sejukkan.
4.Cara menghidang:
Susun pisang goreng di dlaam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala mas, buah prune, buah ceri dan gajus.AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.
Puding Kramel

Bahan2nyer

1/2 gula kabung
...hiris nipis2
tabur dalam bekas acuan

1 tin susu cair
1/2 sudu esen vanilla
4 biji telur
blender semua.......

Cara2nyer

curah adunan susu tadi atas gula kabung yg dihiris tadi
kukus 15 minit
sejukkan dalam peti ais
sedap makan sejuk2
Kulit popiah ( kira2 50 kpg )

3 cwn tepung gandum
air ais agak2
sdkt cuka
sdkt garam
sebiji telur putih
aduanan seakan2 nk buat jemput2..perap selama 3 jam dlm peti ais
ambl sejemput n lenser atas kuali non-stick.
hati2 kerana panas..tp klu perap lama tepung dia akan sejuk maka jari kita tak akan rasa panas..Insya Allah

Inti yg simple.. ( agak2 )
carrot
sengkuang
bawang putih
kiub ikan bilis
skit garam
parut n perah skit carrot n sengkuang. tumis bwg putih sampai garing, masukkn sayur n kiub ..masak smpi lembut..tuskan air dia..

Sambal yg sedap ..
cili kering kisar
bawang merah
bawang putih
petis udang
gula
sos tiram
sos tomato
kicap manis
sdkt air..
semua di panaskan dlm periuk sampai pekat .

mihun singapore

Bahan2
  • 250 gm Mihun - di rendam dan di toskan
  • 150 gm isi ayam - di potong kecil2
  • 5 ekor udang segar
  • 1 ekor sotong - di hiris2
  • 1 peket fish cake - di potong2
  • 1 bj Lobak merah - di potong pjg2
  • 5 tangkai sawi
  • kobis - di potong2
  • 1 kiub ayam
  • 50gm Lada hitam - di tumbuk
  • 4 biji Bwg merah #
  • 2 ulas bwg putih #
  • 3 cm halia #
  • 5 bj cili api #
  • 3 btg daun sup - di hiris
  • sedikit bwg goreng - utk di tabur ats mihun nnt
  • Garam n gula seckup rasa
MEE JAWA

Bahan A
1 bungkus mee kuning - dicelur
1/2 daging - direbus kemudian dihiris nipis (air rebusan jangan buang nanti nak dibuat kuahnyer)
1 cawan udang - dibuang kepala dan ekor
1 cawan taugeh - dicelur
sayur sawi - dipotong kecil dan dicelur - guna sawi cina @ bok coi
tauhu - digoreng dan dihiris nipis
telur - direbus
bawang goreng
cili merah - dihiris
3 biji kentang / keledek - dikupas dipotong dadu dan direbus kemudian dikisar halus
2 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
2 kiub daging. - guna kiub ayam
2 keping asam keping atau asam gelugur - guna air asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan B dikisar
2 inc halia - dikisar
1 inc lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
* semua bahan diatas dikisar halus kemudian ditapis ambil airnyer sahaja
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
1/2 cawan ikan bilis - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
* air tapisan tadi dicampur dgn bahan diatas kemudian dikisar halus

Caranye :

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan B hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan rempah kari yg tlh dibancuh dgn sedikit air. masak lagi hingga garing
Masukkan kentang atau keledek dan air rebusan daging mengikut kepekatan yg diingini.
Masukkan udang , gula melaka, asam keping dan kiub daging masak hingga kuah didih.
Akhir sekali masukan garam dan gula rasakan masam manisnyer.... * mee jawa kuahnyer manis sedikit ye dari mee rebus.... Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat...

kek gula hangus


bhn2:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu mkn marjerin
-gula dimasak ngan api perlahan hgga keperangan dan masukkn air panas..perlahan2...gula dh hancur masukkn butter..

bahan kek:
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
4 biji telo
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
-t/gandum di ayak bersama soda bikarbonat...
-pukul/mixer telo hgga kembang,masukkn pula susu pekat pukul lg hgga kmbang..
-masukkan bhn ayak td...mixer sebati...
-masukkn gula hangus td...klu berketul tapis adunan ..adunan adalah amat cair
-kacau sebati dan perap dlm bekas itu juga selama 4jam
-dh 4jam loyang disapu marjerin dan tuang adunan
-

Monday, December 27, 2010

Biskut Coklat Pistachio


Biskut Coklat Pistachio
Bahan-bahan
250 gm butter
120 gm gula perang
120 gm tepung jagung
260 gm tepung gandum
40 gm serbuk pistachio
1 biji telur kuning
1 sudu kecil emplek
1/2 sudu kecil esen vanila
Cara Masak
1. Putar butter dengan gula hingga berkrim.Masukkan vanila. Kacau rata.
2. Masukkan telur. Kacau rata. Masukkan kedua-dua tepung yang telah diayak dengan empleks.
3. Masukkan serbuk kacang pistachio. Kacau rata.
4.Bulatkan adunan kecil-kecil dan masukkan kacang pistachio dan balutkan kacang tersebut. Masukkan adunan dalam paper cup takat 1/2 cawan.
5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan sebelum dituang topping coklat.
Topping
Bahan-bahan
500 gm coklat masakan
Gula warna-warni
Cawan kertas
Cara Masak
1.Leburkan coklat secara double boil. Tuangkan coklat memenuhi cawan kertas biskut tadi.
2.Taburkan gula berwarna-warni.Tunggu sehingga coklat keras barulah disimpan.
comments: 0 »

Pulut Kuning


Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
1/2 inci kunyit hidup tumbuk/kisar (tapis dan ambil airnya)
(Boleh digunakan kunyit serbuk tetapi warnanya kurang cantik berbanding kunyit hidup serta aromanya wangi)
1 keping asam gelugur
1/2 cawan santan pekat dibubuh sedikit garam

Pulut Kuning

Cara Masak
Pulut Kuning
1. Pulut direndam selama 6 jam dengan air sehingga pulut terendam dan air kunyit tadi.(Jika pulut susu cukup 3 jam)
2. Masukkan asam gelugur supaya pulut berkilat apabila dimasak nanti.
3. Setelah rendam, basuh dan tos pulut. Kukus lebih kurang 30 minit.
4. Setelah itu gaulkan pulut dengan santan dan kacau sehingga rata dan pulut lembut.
5. Kukus lebih kurang 10 minit .

Lontong

Posted

Kuah Lodeh

Bahan-bahan Kuah lodeh
3 cawan sederhana pekat
5 biji bawang merah kisar
1 biji bawang putih kisar
1/2 inci halia titik
2 batang serai ketuk
sedikit ikan bilis atau udang kering sebagai rencah
5 batang kacang panjang dipotong serong
1/4 cawan sengkuang hiris memanjang
1/2 batang lobak merah potong memanjang
1 keping tauhu digoreng dipotong kecil
1 keping tempe digorengdipotong kecil
2 keping fucuk (tauhu kering) direndam dan dipotong-potong
Beberapa urat soon direndam
Sedikit kunyit serbuk, dan garam
Cara masak
1. Masukkan bawang, halia, serai, serbuk kunyit, perencah(ikan bilis/udang kering) dalam santan .
2. Masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang separa empuk.
3. Masukkan sengkuang, lobak merah dan fucuk. Setelah sedikit menggelegak masukkan tauhu, tempe, soon dan garam. Kacau sebentar dan kemudian bolehlah diangkat.
4. Bolehlah dihidang dengan nasi impit, kuah kacang dan paru goreng.