Thursday, July 28, 2011

Roti Manis
Bahan A:
1/2 cawan air suam,
1 sudu makan tepung gandum
1 paket yis
1 sudu makan gula


Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih


Bahan B:
2 sudu makan butter - cairkan


Bahan C:
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit.


Caranya:


Masukkan 3 cawan tepung dalam bekas adunan.
Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...


Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...


Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.


Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree




** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin





KEK CHIFFON PANDAN


Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit

Puding Gula Hangus

Bahan-bahan

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat(tin kecil)
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 1 sudu esen vanila > hasue tambah

Cara-cara

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. >bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan
2. Kepuk telur sampai berbuih (hasue pukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati)pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........ (kalau guna kaedah bain marie/waterbath,bakarlah pada suku 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2.)
4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

Nota Biru: Gunakan telur ayam yang segar untuk membuat puding yang memerlukan telur seperti ini untuk mengelakkan bau hanyir telur.
RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT


Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit browning sugar


Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

kek chiffon



BAHAN A
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1 sudu makan oren sunquick -
sedikit pewarna oren -

BAHAN B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
Untuk mudah asing2 bahan A seperti mana yg pernah terangkan cara buat chiffon cake boleh rujuk di SINI
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...



Saturday, July 23, 2011

kuih sagu mata ikan

bahan A:
1cwn sagu putih basuh dan toskn
1/2cwn gula pasir
...2cwn air
sedikit pewarna merah
sedikit perasa ros

bahanB:
1/2biji kelapa parut putih
1sudu kecil garam

cara A:
-semua bahan di masukan dlm kuali dan kacau hingga pekat likat guna api kecik dan masuk dlm bekas dan sejukan...

cara B:
-bahan B 1 kan rata2 dan kukus 15minit
-setelah siap boleh la golekkn kuih ke kelapa
-siap tok di hidangankan...

Thursday, July 21, 2011

BISKUT ARAB

bahan2nya

bahan A

5 sudu minyak sapi
1 sudu besar mentega
4 sudu gula castor
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur .....kuning saja

bahan B

2 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong suji(mesin lg bg halus)
1 sudu kecil bikabonat


cara2nya

bahan A......di satukan kemudian dikacau sebati
campurkan bahan A dgn bahan B
gaul hingga menjadi adunan

ambil sedikit bentukkan bulat sebesar 20 sen
bakar hingga kuning dalam 12 minit....140'c
BISKUT SUJI


bahan2nya

3 cawan tepong suji
2 cawan gula castor
2 cawan minyak sapi

sedikit gula aising

cara2nya

gaul semua bahan ...hingga sebati
bila dah elok adunannya
bulat2 kan nya
susun dalam dulang pembakar
bakar 20 minit ..140'c

bila dah siap golekkan dalam gula aising
BISKUT KELAPA

bahan2nya

1 cawan tepong jagung
2 cawan tepong gandum
1 cawan gula castor
1 cawan mentega/planta
1 cawan kelapa kering....sangai dalam kuali dulu hingga kuning
2 biji telur kuning
buah ceri utk hiasan

cara2nya

pukul mentega dgn gula hingga kembang
kemudian masukkan telur
pukul lagi
masukkan tepong jagung ,gandum dan kelapa kering
gaul dgn tangan hingga jadi doh
terap 1/2 inci tebalnya
terap la ikut acuan sendiri
sapu kuning telur diatas nya
dan letak ceri merah sebelah
bakar 20 minit ~ 180'c
BISKUT KACANG


bahan2nya

2 cawan kacang tanah....sangai dulu kemudian ditumbuk separa lumat
2 cawan tepong gandum
1 cawan gula halus
2 cawan minyak mazola


cara2nya

gaul kesemua bahan di dalam mangkuk
uli hingga jadi doh
canaikan setebal 1/2 inci
terap la ikut acuan sendiri
sapukan kuning telur diatas nya
bakar dalam suhu 180'c ~20 minit


ALMOND LONDON ....

BAHAN2NYA

250 GRAM BUTTER
1 CAWAN GULA AISING
50GM BADAM ....KISAR HALUS
2 BIJI TELUR
1 SUDU BIKABONAT
3CAWAN TEPONG GANDUM
1/2 CAWAN TEPONG JAGUNG
KACANG BADAM SECUKUPNYA....DALAM 200GRAM
PANGGANG DULU
2 PEKET COKLAT MASAKKAN

CARA2NYA

PUKUL BUTTER DGN GULA HINGGA KEMBANG
MASUKKAN TELUR SATU PERSATU
PUKUL PERLAHAN
MASUKKAN TEPONG GANDUM .TEPONG JAGUNG.BADAM KISAR.SERBUK PENAIK..
GAUL HINGGA SEBATI
HINGGA JD DOH
BULAT2 KAN DOH....MASOKKAN SEBIJI KACANG BADAM
BENTUKKAN BUJUR MEMANJANG OK
BAKAR DGN SUHU 175'C....10~12 MINIT
SEJUKKAN BISKUT DULU SEBELUM CELUP DLM COKLAT

SEMENTARA ITU.....

CAIRKAN COKLAT DGN CARA DOUBLE BOILER
CELUPKAN BISKUT
LETAK DALAM CUP CAKE SAIZ KECIL
TABURKAN KACANG DIATAS NYA

JIKA INGIN GUNA SUGAR /COKLAT RICE PON BOLEH

AYAM MASAK SRI MEDAN
Sumber : Buku Hidangan Raya Istimewa (Chef Azrah)

BAHAN A:
300 gm ayam - dipotong kpd beberapa kepingan besar dan diperap dengan garam)
½ cawan minyak masak
100 gm tomato (dikisar halus) - Ayu guna 50 gm tomato puri)
½ biji bawang besar - dihiris

BAHAN B: (dikisar halus)
2 sudu makan cili boh (kalau nak pedas, boleh tambah lg)
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
75 gm bawang merah (± 10 ulas - bergantung pd size bawang)

BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar
Daun salad

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan goreng kepingan ayam hingga perang.. Ketepikan..
2. Keluarkan lebihan minyak tadi dan tinggalkan sket jerk dalam kuali.. Goreng bawang besar hingga perang..
3. Masukkan bahan B dan goreng sehingga berbau harum..
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa..
5. Masukkan kepingan2 ayam dan tomato puri.. Goreng sehingga kuah menjadi pekat.. (Ayu tambah air sket sbb Ayu suka berkuah)
6. Tuangkan ke atas pinggan yang diletakkan daun salad dan tabur daun ketumbar..
biskut strawberry

bahan2 nya

1 cawan mentega
suku cawan tepong beras
2 cawan tepong gandum
1 cawan gula halus
sedikit jem strawberry

cara2nya

pukul mentega dgn gula hingga kembang
camporkan kedua2 tepong kedalam adunan mentega
uli hingga jd doh
perap 1/2 jam doh
tutup dgn kain atas nya

pilih acuan fov sendiri klu mlong suka bentuk bulat ni ..so tekan jer tengah nya
letak jem strawberry
dan bakar 12 minit.....suhu 200'c

ni pon tak de guna telur ok
BISKUT FANCY ICE CReam

Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam

Topping
coklat, yang telah dicairkan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.

2. Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan terap dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180°C sehingga ia masak. (Ayu bakar selama 12 minit)

3. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Wednesday, July 20, 2011

Strawberry heart Jelly

The recipe

Strawberry Heart Jello Bars ~ Aunty Yochana
Ingredients for Biscuit base:

300 gm. Digestive Biscuits
140 gm. Melted Butter

Ingredients for fillings:
1 block of Philidelphia Cream Cheese
10 gm. Gelatine Powder
50 gm. Sugar(can substitute with condense milk)
1/2 cup Hot Water
1/2 tsp. Vanilla Essence

About 20 Strawberries - use a heart cutter to cut into heart shape

Topping:
1 box of Strawberry or Raspberry flavoured Jello
1 1/2 cups boiling hot water
1 1/2 cups cold.

Method:
(1) For biscuit base: Blend biscuits until fine and then mix with melted butter and mix thoroughly.
(2) Press into a 10" Square tray. Chill in the fridge to let it harden.
(3) For fillings, stir gelatine powder with boiling hot water until it dissolves.
(4) Cream cream cheese and vanilla essence & sugar till creamy, add in gelatine mixture gradually and cream until smooth. Pour on top of chilled biscuits.
(5) Arrange cut-out heart shaped strawberries on top of cheese fillings. Put into the fridge to let it set.
(6) For topping, dissolve Jello in boiling water then pour in cold water and stir well. Let it completely cool.
(7) Pour over the set cream cheese filling and put into the fridge again to let it set until firm.
(8) Slice and enjoy!!!


Read more: http://yateasybakes.blogspot.com/2011/03/strawberry-heart-jellos.html#ixzz1SepcodUc

American Pancake

1 1/2 cwan tepung
3 sk baking powder
1 sb gula
1 sk garam
1 1/4 cawan susu segar
1 biji telur dikocok
3 sb mentega cair

Caranya: Masukkan tepung, baking powder, gula dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan gaul rata.
Kemudin masukkan bahan2 yang lain dan aduk mesra. Ambil sesenduk adunan dan goreng ke dalam kuali non stick hingga masak. Hidangkan bersama jem kegemaran anda.

cENDAWAN GORENG BEREMPAH CAJUN

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak



Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.

**********

Yg Dah Mencuba.... Tq :)

~cendawan hot and crunchy~

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

pesanan kak nor :
*proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

NASI ARAB

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 gram daging lembu, potong besar dan rebus hingga empuk
6 cawan air (mat guna air rebusan daging)
1/3 cawan kacang pis (erkk lupa letak laa..sori)
1/3 cawan kismis
2 biji cili merah, hiris kasar2
1 tangkai daun sup, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris
2 camca besar minyak sapi
2 camca bear minyak masak (mat guna minyak jagung)
1 camca besar serbuk jintan manis*
1 camca besar serbuk jintan putih*(*disatukan dan bacuh dengan sedikit air)
1/3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh jintan putih biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serbuk jintan manis dan putih yang telah dibancuh tadi, tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah beras. Goreng beras bersama bahan2 selama 1 minit. Tuang beras tadi ke dalam rice cooker. Tambah air (stok daging), perasakan dengan garam. Tambah daun ketumbar, kacau dan masak hingga kering.
  3. Masukkan kacang pis, kismis dan cili merah. Bila nasi masak, gemburkan. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran.. P1240741

sPAGHETTI bOLOGNASE



Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos...itu cara saya)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus al dente
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Spaghetti Seafood Marinara

It has been quite sometimes since I last cooked spaghetti ..so bila, masak ni semalam, sampai tak kecukupan, itu pun I gunakan botol besar for this...macam nilah..orang2 kat rumah ni..kalau spaghetti saucenya colour merah macam ni dia orang makan, tapi kalau yang putih2 tu..semua tak reti makan..baik yang tua ataupun yang muda..so no choice asik masak spaghetti sauce macam gini ajelah..hehe..

Bila dah rebus spaghettinya 1 packet, Hasif requested untuk tambah lagi, tapi spaghettinya dah habis so terpaksalah kita rebus 1 packet lagi..then ada balance 3/4 lagi spaghetti rebus, itu yang kita perbagaikan like masak spaghetti soup and another menu which I will post later..meanwhile enjoy this seafood spaghetti of mine ya..

Ingredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-
1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can button mushrooms slice
some medium prawns
some squids
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder-(optional kalau nak pedas)
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top

Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.
Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot

BLACKPEPPER SPAGHETTI



SALAM semua ....mulakan dengan salam sebab itu budaya islam kita kan.. :)) mulakan dengan senyuman sebab itu merupakan satu sedekah :)).. buat apa menu petang semalam.. wani masak simple2 je. tak makan nasi ..tapi masak BLACKPEPPER SPAGHETTI.. kebetulan 1 pack spaghetti masih ada dalam storage box tu aii bila nak masak guna spagheti ni .. last baru ni dah buat spaghetti bolognese ,masih ada one pack lagi. dah lama dok cari resepi-resepi yang guna spaghetti ni. kejap kejap terjah blog ni kejap kejap terjah blog tu dok main terjah2 la ni macam wartawan melodi lak hehe tapi tuan rumah tak ada la pulak ingat nak pergi ada sesi temuramah heee ... setelah sekian lama dok main terjah2 macam ni.. terjumpa la satu resepi yang guna blackpepper ni .. wani pantang kalau ada resepi yang guna blackpepper ..sebab that's my favorite .. .. terjumpalah resepi BLACKPEPPER SPAGHETTI ambil dari blog kak nor secubit garam .. thanks kak nor... dapur kak nor tu dah macam macam ada masakan spaghetti pelbagai versi boleh la wani mencuba nanti.. ya :))

tapi resepi ni wani derhaka sikit je ganti daging cincang dengan sotong .. haaaa sotong masih banyak lagi dalam peti ais tuuuu..tak apalah ikut apa ada bahan kat dapur.nak makan tu tabur pepper crush kat atas tu emmmm sedap rasa black pepper..just garnish dengan hirisan timun batang ,, chinese celery tu dah tak ada dalam stok . wani terlebih buat lepas petang semalam makan ada lagi .. tengok pagi tadi .. dah ghaib dah .. mak wani makan rupanya semalam tu ... hehe... kak nor, wani copy paste kat sini ya ... sedap makan spaghetti kalau tak lalu nak makan nasi...BLACKPEPPER SPAGHETTI


BLACK PEPPER SPAGHETTI.
bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk ( WANI tambah pepper crush 1/2 sudu teh )
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis

cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook!(k.nor tak letak sbb tak ada stok)

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

pie apple


Apple pie.....nampak mcm pakar jer yg membuatnya...hahaha.Walaupun first time wat,tapi syukur...jd gak..



Nie yang dibuat konon2 ikut stail kat McD,tapi jadi stail Liza....hahahaha.Sampai intinya pun melimpah kuar...byk sangatku letak intinya.....



Bahan-bahan ( 3-6 orang makan)

UNTUK INTI PIE:-

• 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
• 200 g gula perang
• 50 g kismis
• 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



UNTUK DOH PIE :-
• 500 g tepung gandum
• 200 g mentega
• 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
• 200 g gula halus(saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
manis)



Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.



2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.



3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.



4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.



5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.



6. Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas. Selamat mencuba..


Inti pai dari epal dan kismis....


Pai Epal yang tengah menunggu masa untuk membakar diri....huahuahua....


Yang dah siap bakar....


Tengok filling dia kat dalam tu.........