Sunday, February 27, 2011

Resepi Ikan Sepat Masin Bersambal Petai

Bahan-Bahan:

v 400 gram ikan sepat masin dan dipotong jejari

v 120 gram isi petai

v 100 gram cili merah/hijau

v 100 gram cili kering

v 100 gram bawang merah

v 50 gram bawang putih

v 28 sentimeter halia

v 2 helai daun cekur

v 2 sudu makan air asam jawa

v Minyak masak secukupnya

v Lada putih secukupnya

v Garam secukup rasa

v Gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak di kuali.

2. Ambil ikan sepat masin dan goring sehingga garing.

3. Sesudah garing, angkat dan ketepikan buat sementara.

4. Panaskan minyak sekali lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

5. Seterusnya, masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Tumiskan hingga naik minyak.

6. Masukkan pula air asam jawa, isi petia, cekur, lada putih, garam dan gula secukup rasa.

7. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Gaulkan perlahan-lahan.

8. Sekarang, anda buangkan minyak dari tumisan.

9. Angkat dan hidang

Resepi AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
6 sentimeter halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
Ambil santan dari 1 biji kelapa

Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:
1. Ayam yang sudah dipotong 8, dibersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.

2. Daun kunyit dikoyak-koyakkan, diramas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk ayam.

3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.

5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di sebelah bawah dan panggang ayam sambil di sapu air yang jernih pada ayam.

6. Biarkan hingga ayam masak dan hidangkan bersama kuah yang pekat.


Resepi AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
1. Ambil ayam bahagian dada dan potong dadu
2. Kunyit hidup ditumbuk bersama sedikit tepung beras atau serbuk kunyit
3. Bawang besar (hiriskan)
4. Lobak merah (dipotong)
5. Cili merah dan cili hijau (dihiris)
6. Kacang panjang (dipotong)
7. Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit seketika.
2. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas, sehingga garing
3. Masukkan lobak merah, kacang panjang, cili dan bawang

4. Goreng seketika
5. Angkat dan toskan

Resepi Pulut Pisang Gula Hangus

Bahan-Bahan:

500 gm beras pulut

250 ml santan

250 gm gula perang

45 gm mentega

2 biji pisang embun

1 biji limau nipis

1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan dan rendamkan beras pulut semalaman. Kemudian kukus selama 40 minit. Setelah masak ketepikan.

2. Masak santan dengan garam di atas api perlahan sehingga agak pekat. Setelah itu masukkan pulut dan gaulkan sehingga rata. Ketepikan.

3. Panaskan kuali dan masukkan mentega, setelah panas masukkan gula perang. Biarkan ia sedikit hangus. Kemudian masukkan pisang. Perahkan air asam limau.

Petua Untuk Mudah Cuci Kuali

Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng. Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan. Anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih. Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa. Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.

Petua Cuci Kerak Periuk

Kerak pada periuk memang susah untuk dibersihkan. Biasanya anda perlu menggosok dengan kuat dan berkali-kali agar kerak itu dapat ditanggalkan. Ambil kulit ubi kentang, kemudian rebus kulit kentang dan periuk yang ada kerak itu selama 15 minit. Setelah air rebusan itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya. Kemudian, mudahlah untuk anda membersihkan periuk tersebut.

Petua Membersihkan Siput Sedut

Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak

Petua Mengisar Cili

Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dengan lebih cepat.


Petua Untuk Menjernihkan Minyak Masak

Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak. Minyak itu akan menjadi jernih semula.

Petua Untuk Peti Sejuk Tidak Berbau

1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Peti sejuk tidak akan berbau.
2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk, juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Petua Elakkan Masakan Cepat Basi

1. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan bahan yang hendak dimasak dari jenis yang lembut dan cepat empuk.

2. Apabila masakan telah masak, angkat dan jauhkan dari bahang api.

3. Jangan biarkan tersimpan dalam bekas memasak. Sebaiknya terus angkan dan hidangkan.

4. Gunakan senduk yang kering ketika menyenduk.

5. Jangan guna sudu basah atau tangan sahaja. Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah.

6. Jangan campur-aduk makanan yang telah disenduk dengan yang belum disenduk.

7. Sebelum disimpan dalam almari atau bawah tudung saji, pastikan masakan tersebut telah benar-benar sejuk.

Petua Masak Daging Kambing

Untuk menghilangkan bau pada masakan daging kambing, ikuti petua ini:

1. Masukkan bahan-bahan yang beraroma ke dalam masakan daging kambing seperti serbuk jintan manis, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, air limau nipis, tomato dan ubi kentang.

2. Sesudah masak daging kambing dihidang pula dengan salad timun, tomato, bawang dan ketumbar.

3. Untuk mencair lemak semasa menjamah masak daging kambing, hendaklah amal meminum Teh O Pudina panas-panas.

Petua Memasak Ayam

Apabila anda memasak ayam yang sudah dipotong-potong, mulailah dari daging ayam yang berwarna lebih gelap kerana warna gelap biasanya matangnya lebih lama, dibandingkan yang berwarna putih.

Petua Untuk Sedapkan Tempoyak Ikan Patin

1. Basuh ikan patin dengan cuka dan toskan.

2. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam.

3. Perap bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, air.

4. Selepas itu anda boleh masak tempoyak ikan patin.

Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.

Petua Memekatkan Sup

Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek

Petua Melambatkan Nasi Menjadi Basi

Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari wap yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum anda tekan suis periuk atau masak atas dapur gas, anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras. Nasi yang anda masak, tahan untuk seharian.

Petua Untuk Ulam Kekal Rangup

Rendamkan ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampur sedikit cuka dan air limau nipis. Biarkan seketika dan ia akan kekal lama dan sedap.

Petua Masakan Sotong

Sotong adalah sejenis makanan laut yang enak di makan samaada goreng ataupun masak lemak dan sambal. Kebiasaannya sotong akan menjadi kejut ketika di masak dan bagi mengelakkan masalah ini, rendam sotong ke dalam air bercampur cuka selama dua minit. Hasilnya sotong yang di masak akan tampak segar.

Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.

Koleksi Petua Untuk Melembutkan Daging

Cara Pertama: Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus. Cara Kedua: Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih. Carik-carikkan daun pisang abu. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak. Cara Ketiga: Ambil 1/2 atau 1 [...]

ikan_patin3

Petua Untuk Sedapkan Tempoyak Ikan Patin

1. Basuh ikan patin dengan cuka dan toskan. 2. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam. 3. Perap bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, air. 4. Selepas itu anda boleh masak tempoyak ikan patin.

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas

9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.

resepi asam

Bahan-bahan ( 4orang makan )

  • asam jawa secukupnya(anggaran 1/2 kepal)
  • buah tomato sebiji
  • bawang merah 4ulas
  • cili merah dan cili api
  • gula,garam dan pak aji

Cara-cara

  1. Asam jawa diambil airnya(jangan terlalu cair)
  2. Buah tomato dipotong potong segi segi
  3. Bawang merah,cili merah dan cili api ditumbuk(kalau rajin boleh lah dimayang halus)
  4. Tambahkan garam,gula dan pak aji secukup rasa.
  5. Enak dibuat sebagai kuah untuk nasi putih, bulan posa tak payah makan yang bersantan

Tag

Resepi Ayam Malinja


Bahan-Bahan

500 gram ayam

2 sudu kecil rempah beriani

2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar

3 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 sentimeter halia ditumbuk kasar

Sedikit sayur campur

1 sudu besar cili kisar

3 sudu besar udang kering - ditumbuk kasar

1 1/2 cawan air

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik aroma.

2. Masukkan udang kering, rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air dan cili kisar, biarkan garing sedikit, baru dimasukkan ayam.

3. Kacau seketika ayam dan biarkan separuh masak.

4. Tuangkan air dan perlahan api sehingga kuah menjadi kering, baru dimasukkan sayur campur dan garam. Angkat dan hidangkan.


Popia sayur goreng

Popia


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 paket kulit popia kecil
  • 1 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 2 genggam taugeh
  • 2 biji tauhu putih (digoreng dan dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 kiub ayam
  • Sedikit garam & gula
  • Tepung gandum @ putih telur (untuk melekatkan kulit popia)
  • Untuk sos (*) 10 batang Cili merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * Sedikit cuka makan
  • * Sedikit garam dan 1 sudu gula

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sebentar sehingga lobak menjadi lembut
  3. Masukkan tauhu dan taugeh.
  4. Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa. Gaul sebentar dan mulalah merasa.
  5. Gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehla diangkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.
  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan tepung @ putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.
  7. Popia sudah sedia untuk digoreng :D.. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuning-kuningan.
  8. Penyediaan sos. Kisarkan cili merah dan bawang putih.
  9. Panaskan periuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan
  10. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka untuk menambah rasa masam. Mulalah merasa. Siap!

Tag