Saturday, October 30, 2010

kek ros marmar

BAHAN-BAHAN:

150g mentega
150g gula kastor
3 biji telur saiz sederhana
160g tepung naik sendiri,diayak
2 camca besar KRIMER SEJAT F&N
1/4 camca teh esen vanilla
2 titis esen ros
1 titis pewrna merah

CARA-CARA:

  1. alas tin pembakar persegi 18sm atau bulat 20sm dgn kertas minyak dan sapukan dgn sedikit mentega.Panaskan ketuhar pd suhu 170 c.
  2. potong mentega kpd kiub 2sm.biar lembut sedikit sebelum dicampur dengan gula.pukul hingga lembut dan kembang.masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga halus.
  3. masukkan separuh drpd tepung,disusuli dgn KRIMER SEJAT F&N.
  4. bahagikan andunan kpd dua.satu bahagian ditambahkan kpd esen vanilla dan bahagian yg satu lagi dititiskan esen ros serta pewarna merah.
  5. selang-selikan kedua-dua adunan ke dlm tin pembakar. untuk kesan marmar,putar adunan dgn hujung pisau kecil.bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.biarkan kek sejuk sebelum dihidang.

resipi tom yam

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam (dipotong kecil)

¼ kg udang

2 batang serai(ditumbuk)

2 labu bawang besar(dibelah enam)

1 kiub perasa tom yam

2 camca besar air asam limau nipis

¼ kg sotong

4 helai daun limau purut

4 biji cili hidup(ditumbuk)

2 biji tomato(dibelah enam)

2 camca besar cili boh atau cili serbuk

Gula dan garam secukup rasa

Cara:

Panaskan air dan masukkan cili boh.

Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut.

Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup.

Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis.

Kacau hingga rata.

Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.



Resepi AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong 8)

6 sm halia

3 batang serai

3 labu bawang besar

2 helai daun kunyit

1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk)

Sedikit garam dan gula

12 biji buah keras

6 ulas bawang putih

2 sm kunyit hidup

6 helai daun limau purut

Cara:

1.Ayam yang sudah dipotong 8 dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.

2.Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi.

3.Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4.Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.

5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam.

6. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi.

7. Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.



Friday, October 29, 2010

SAMBAL TELOR

bBAHAN-BAHAN :

6 biji telur - direbus

1 biji bawang besar - di potong nipis

1/2 sudu kecil asam jawa segera

1 sudu besar gula

Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

10 biji cili kering

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.

3) Telur yang sudah dikupas, dikelar kelilingnya dan digoreng sekejap sehingga kelilingnya menjadi kekuningan.

4) Masukkan semua telur dalam sambal dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur. Jika kurang masin tambah garam lagi dan tidak perlu masak telur terlalu lama. Bila semua bahan sudah cukup mesra bolehlah ditutup api dapur.



1. Ambil segengam ikan bilis, basuh dan toskan, Kopek kulit ubi kentang dalam tiga biji kemudian potong kecil ikut suka. Basuh dan toskan.

2. Bawang besar, cili kering dan cli api agak-agak lah sendiri.

3. Kemudian goreng ubi kentang sampai kekuningan, angkat, masukkan pula ikan bilis, goreng sampai garing. Semasa mengoreng pastikan minyak cukup panas. Campurkan ikan bilis dan kentang goreng dalam satu bekas.

4. Masukkan pula cili kering yang dipotong 3 sampai garing dan angkat.

5. Kemudian tutup api, masukkan bawang merah yg sudah dipotong bulat dan cili api. Angkat dan taburkan atas ikan bilis dan ubi kentang bersama cili kering.



NASI AYAM Istimewa

by Resepi Masakan Melayu on Friday, 29 October 2010 at 03:25

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sm halia yang diketuk
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair

  • Untuk Nasi
  • 5 cawan beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • Sedikit garam.

Bahan Sos

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air

Untuk Sup

  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.

Caranya:

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk. 2 sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 – 20 minit. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos - blendkan semua bahan. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar, jika suka.
  5. Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup.






Puding Pelangi (Majalah Wanita 80an)

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar (anggaran 35g - 40g)
...
1 tin susu cair

1 gelas gula

5 biji telur

5 gelas air

sedikit esen vanilla

2 sudu besar serbuk koko yang telah dibancuh dengan air

2 sudu besar tepung kastard

sedikit pewarna merah


Cara-cara :

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar. Masukkan susu cair dan tepung kastard dan kacau sehingga rata dan ditapiskan.

3. Setelah ditapis, campurkan agar-agar yang telah dimasak dengan adunan telur dan kacau lagi sehingga rata.

4. Masakkan semula adunan tersebut sehingga mendidih dan masukkan sedikit esen vanilla dan kacau rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. (dalam mangkuk berasingan)

6.1 bahagian di biarkan dengan warna asal. (kuning kastard)

7. Masukkan bancuhan koko tadi ke dalam bahagian yang ke 2. Kacau rata.

8. Masukkan pula beberapa titik pewarna merah ke dalam bahagian terakhir. Kacau rata.

9. Lapiskan adunan coklat ke dalam loyang berselang seli dengan adunan kuning dan adunan merah dan diulang step ini sehingga adunan habis digunakan. (Buat corak pelangi)

10. Biarkan adunan keras sekejap sebelum dipotong.

Sunday, October 17, 2010

Vermicelli Rice


Bahan-bahan:

1 cawan vermicelli
2 cawan beras ( saya guna basmathi) ~ basuh dan toskan
4 cawan atau secukupnya air
1 sudu kecil atau secukupnya garam
5 sudu besar minyak

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng vermicelli sehingga kuning keemasan.
2. Masukkan vermicelli yang telah digoreng ke dalam periuk(rice cooker). Kemudian masukkan beras, garam dan air. Kacau rata.
3. Masak/tanak nasi seperti memasak nasi biasa.

**Kami sekeluarga makan nasi ini bersama kari kambing.

Kabsa Ayam


Mula2 tumis bahan2 rempah dan tomato(saya guna 3 biji tomato yg disagat). Setelah bahan2 rempah terbit minyak, masukkan ayam(saya potong kecil) , 2 btg lobak yg dipotong besar2, 3 biji cili api, garam, sedikit gula dan air panas secukupnya. Tutup periuk dan masak selama 8-10 minit. Kemudian masukkan beras, capsicum hijau, kismis dan gaulkan bersama ayam. Letaklah air secukupnya(kalau kuah ayam tadi tidak mencukupi). Setelah nasi kering, tutup kembali periuk dan biarkan masak selama 20 minit. Gunakan api perlahan untuk mengelakkan nasi berkerak. Tutup api dan biar nasi masak penuh hanya dgn kepanasan dan tekanan yg ada didalam periuk.

Kerabu Taugeh Daging Salai/Panggang


Bahan-bahan:


400 g taugeh
100 g daging salai/panggang ~ hiris nipis2
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris memanjang
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar udang kering ~ goreng tanpa minyak/sangai
3 biji cili api ~ dihiris
1/2 cawan kelapa ~ jadikan kerisik
2 sudu besar jus lemon/limau
Garam secukup rasa dan sedikit gula

Cara penyediaan:

1. Panaskan air didalam periuk. Apabila air mendidih, tutup api dan masukkan taugeh. Jangan biarkan lama, terus toskan.
2. Hiriskan daging, tomato, cili merah dan cili api. Tumbuk udang kering sehingga lumat.
3. Didalam bekas yang sesuai, masukkan taugeh, daging, bahan yg telah dihiris, kerisik, udang kering. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau atau air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang.

Resepi Kek Marble Milo


Bahan-bahan:

250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes


Cara Penyediaan:

1) Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
2) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.
4) Ambil sebahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo tadi.
5) Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit.

Resepi Ayam Kampung Masak Hitam


Bahan-bahan:

300 gram ayam kampung - dipotong 5
2 ulas bawang putih – dihiris halus
2 biji bawng merah – dihiris halus
3 inci halia muda – dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Sedikit sos tomato
1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
Garam scukup rasa
Sedikit minyak zaitun untuk menumis


Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawng merah sehingga naik bau.

Masukkan ayam kampung dan masak sehingga separuh masak.

Perlahankan api, masukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam dan sos tomato.

Teruskan memasak sehingga ayam masak dan kesemua bahan menjadi mesra.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Croquette Kentang dan Sardin


Bahan-bahan:

1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.

Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.

Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.

Pukul telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.

Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.

SUP KENTANG BERKRIM

Bahan-bahan:

1 sudu mentega atau marjerin
1 sudu tepung serbaguna
½ cawan susu
2 biji telur – ambil kuning sahaja
4 - 5 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu
3 cawan air rebusan ayam
¼ bawang besar - dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu krim (jika suka)
1 tangkai daun bawang – dicincang untuk taburan

Cara penyediaan:


Isikan ¾ penuh air dalam sebuah priuk yang besar. Masukkan kentang dan nyalakan api besar. Tutup dan biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, buka penutup dan biarkan mereneh selama 10 minit. Kemudian tutup api, tapis kentang yang telah masak dan buang air rebusan. Masukkan semula kentang ke dalam periuk bersama bawang dan air rebusan ayam.

Sementara itu, masukkan mentega atau marjerin ke dalam sebuah mangkuk yang besar dan cairkan ke dalam microwave anggaran selama 30 saat. Keluarkan mangkuk dari microwave dan masukkan tepung bersama susu. Kacau hingga mesra. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga mesra. Masukkan adunan ini ke dalam periuk tadi.

Panaskan sup sambil dikacau hingga mendidih pada kepanasan tinggi. Setelah mndidih, berhenti kacau dan biarkan mereneh selama seminit. Kecilkan api pada kepanasan sederhana dan masukkan krim (jika suka). Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 10 minit. Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun bawang.

NASI AYAM HAKKA


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam segar
  • Kicap cair
  • Minyak Bijian
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 1 ketul kecil halia
  • Beras 2 tin susu
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perisa
  • Sedikit lada putih

Cara memasak:

  • Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Cucuk paha ayam dengan lidi, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
  • Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
  • Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
  • Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
  • Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
    Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

BIHUN SOTO


Hidangan untuk 4-6 orang

Bahan-bahan:

Untuk Soto (sup):

1 ekor ayam
12 biji telur puyuh – rebus
2 batang serai
1 cawan santan pekat
6 ulas bawang putih dan bawang merah – tumbuk bersama
1 sudu teh jintan manis, 1 sudu teh ketumbar , and 1 sudu teh jintan putih – tumbuk bersama
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa

Untuk Pelengkap:

1 paket Bihun – celur hingga lembut dan tos
500 gram taugeh – celur
2 sudu makan cili padi- ditumbuk
4 sudu makan kicap pekat
10 bawang merah – hiris dan goreng
1 bawang besar - dihiris

Arahan:

Rebus ayam dengan 5 mangkuk air bersama rempah-rempah yang telah ditumbuk, kayu manis, bawang dan serai. Masukkan garam secukup rasa.
Setelah ayam masak dan lembut, keluarkan ayam dan tos. Carik-carik isi ayam.
Untuk sos, campurkan cili padi tumbuk dengan kicap pekat. Tambah lagi kicap jika perlu.

Cara hidangan: Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan taugeh, carikan ayam, telur puyuh dan tuangkan sup soto ke atasnya. Hiaskan dengan hirisan bawang besar dan bawang goreng. Makan bersama kicap cili.

MEE UDANG


Bahan-bahan :
400 gram udang – saiz sederhana
¼ sudu teh garam
1.5 l air
200 gram mee telur kering

Kuah sup :
Air rebusan udang secukupnya
½ sudu teh minyak masak
1 ½ sudu teh garam
150 ml air

Sos :
8 sudu makan lada merah kisar
5 sudu makan sos tomato
2 sudu teh halia parut
4 ulas bawang putih parut
2 sudu makan daun bawang cincang
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu teh cuka
300 ml air
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

Pelengkap :
Telur rebus
Limau nipis
Daun bawang cincang

Cara penyediaan :

Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l.

Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.

Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.

Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.

BERGEDEL KENTANG DAN DAGING



Bahan-bahan:

300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

SAYUR LODEH-KUAH LONTONG


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Lontong_batang
    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

LAKSA JOHOR


Bahan-bahan:

500 gram spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada pembungkus
1 biji timun, hiris memanjang seperti lidi
Daun kesum, dihiris halus
Taugeh, dicelur
5 urat kacang panjang, hiri nipis
2 biji telur, direbus
3 tangkai lada merah dan sedikit belacan, dibuat sambal
Limau kasturi

Kuah:
Sedikit minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inchi halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
1 ½ mangkuk santan cair
3 batang serai, dititik
1 inchi lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang ¾ masak dan dikisar
5 keping asam keping
200 gram udang, direbus
1 sudu makan udang kering
½ biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau hingga mesra. Masukkan pula pati santan, serai diikuti lengkuas. Biar sehingga kuah mendidih.

Masukkan isi ikan yang telah dikisar, kacau hingga mesra. Setelah mendidih masukkan santan cair dan asam keping. Biar lagi hingga mendidih dan masukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

Hidangkan spaghetti yang telah direbus bersama kuah dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba

IKAN SIAKAP KUKUS


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

RESIPI TEMPEYEK


Bahan – bahan

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:


1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .

Kek Coklat Lembap yg Tersedap


Kek Coklat Lembap yg Tersedap

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

NASI MINYAK KISMIS


Bahan-bahan:
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis di atasnya.

Friday, October 15, 2010

RESEPI Mee Kari Dap Dap


Bahan-Bahan:

8 biji bawang merah dikisar halus

3 biji bawang putih dikisar halus

1 peket serbuk kari daging

2 sudu besar cili giling atau cili boh

1 bungkus mee kuning dicelur

Tauge (50sen) dicelur

Sawi dicelur

Daun kobis dipotong

Daun kesum

1 batang bunga kantan dihiris kasar

Cili api

Bawang goreng

Sedikit air asam jawa

Garam

Minyak untuk menumis

2 keping tauhu dan dipotong kecil

300g udang(mula-mula dibuang kulit, kulit udang di cuci sekali, dikisar halus, dan ditapis airnya)

200g isi kerang

300g daging

1 keping kek ikan(fishcake) dipotong

4 biji bebola ikan(fishball) dibelah empat

4 biji telur direbus

Santan dari 1 biji kelapa

Sedikit air

Caranya:

Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.

Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa

dan air rebusan kulit udang bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa.

Biar sehingga daging empuk.

Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, bunga kantan, daun kesum, daun kobis, kek ikan, bebola ikan dan baki santan.

Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Masukkan mee kuning, sawi,tauge, dan telur rebus ke dalam mangkuk.

Tuangkan kuah mee ke atasnya.

Hiaskan dengan cili api, daun bawang dan bawang goreng.



RESIPI ASAM PEDAS MUAR


Bahan-Bahan:

½ Kilo Ikan Pari (di cuci) kunyit serbuk garam asam jawa

Bahan A (dikisar)

$1 cili kering

2 Biji Bawang Besar

3 Ulas bawang Putih

½ inc kunyit Basah

2inci Belacan

Lada hitam

Bahan B

Lobak Masin (jika Suka)

Daun Kesum

Garam & Perasa

Asam Jawa( jadikan air asam)

Cara:

1. Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa.

2. Setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam

3. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak

4. Masukkan juga daun kesum bersama untuk menaikan bau.

5. Setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit.

6. Setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih

7. Setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana.

8. Akhir sekali tutup api dan boleh lah dihidang

Cadangan Hidangan: Boleh dimakan untuk hidangan makan malam atau tengah hari. Enak juga dicicah bersama roti.

Tambahan:

Untuk asam pedas yang enak, ramuan tidak boleh menggunakan rempah segera.

Juga tidak boleh menggunakan asam keping.

Asam pedas tidak boleh terlalu cair atau pekat.

Ikut kuantiti ikan dan bahan blender.



Resepi BUBUR ASYURA Johor

Bahan Utama:

1-2 biji bawang besar

2 biji bawang putih

½ inchi halia

3-4 sudu besar rempah kari daging (jika ingin lebih pedas, tambah lebih rempah kari)

1 tin santan

1 tin kacang peas

2 sudu besar kacang dal (direndam)

Segenggam beras, di cuci

½ kg daging cincang

Kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga (4 sekawan)

Air secukupnya

Bahan Hiasan:

3 biji telur, di kacau, di goring dadar dan dipotong halus-halus

biji lada merah, di hiris halus bawang goreng daun sup dan bawang atau cilantro

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak, dan masukkan ‘4 sekawan’ ke dalam minyak yang telah panas.

Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.

Masukkan rempah kari dan kacau.

Masukkan beras yang telah dicuci dan masukkan juga air (cukup untuk membuat bubur)

Apabila mendidih, masukkan kacang dal dan juga kacang peas, kacau sekali sekala.

Setelah ia menjadi bubur, masukkan santan sedikit demi sedikit dan kecilkan api.

Apabila sudah pekat, masukkan kacang peas dan garam secukup rasa.

Cara Menghidang:

Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan bubuh telur dadar, daun sop dan bawang, cili dan juga bawang goreng ke atas nya. 

Friday, October 8, 2010

RESIPI LAKSAM


Bahan-bahan:

Bahan Laksam: 3 cawan tepung beras

6 sudu besar tepung jagung

6 cawan air sedikit garam

Bahan kuah: 3 ekor ikan sardin

1 gelas santan

½ biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia 1 batang serai

2 sudu kerisik

Sedikit lada sulah

2 asam keping

1 inci lengkuas

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):

Telur rebus

Daun salad Timun – potong halus

Taugeh

Sambal belacan

Cili tumbuk

Kacang panjang – potong kecil-kecil

Cara-Cara Penyediaan:

Penyediaan laksam:

Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati.

Ketepikan dan perap sema ½ jam.

Sementara itu panaskan kukusan.

Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan.

Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.

Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.

Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.

Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan Kuah:

Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.

Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Resepi Mee Hailam


Bahan-Bahan:

600 gm mee kuning

100 gm daging [hiris nipis]

100 gm isi ayam [hiris nipis]

100 gm udang

250 gm sawi hijau [potong kecil]

100 gm bunga kubis [hiris]

100 gm kobis [hiiris]

2 biji telur ayam

1 biji cili merah [mayang]

1 s/b lada hitam

3 s/b kicap pekat

3 s/b sos tomato

3 sudu besar minyak

1 cawan air

4 ulas bawang putih [ketuk]

Bahan Hias:

3 batang daun sup

3 batang daun bawang potong pendek garam [jika perlu]

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.

3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.

4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.

5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.

6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

BANANA FLOAT




BAHAN-BAHAN:
1/2 biji pisang montel
50 gm air gula
1/2 gelas air
Aiskrim strawberi (sebagai hiasan)

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kisar buah pisang.
2.Masukkan dalam gelas dan dicampur dengan air gula.
3.Masukkan kiub ais.
4.Akhirkan sekali masukkan aiskrim strawberi.

RESIPI CAKOI


Bahan-bahan:
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker,pilih menu buat doh dan ON kan.Bila dah siap uli,keluarkan doh dari breadmaker.Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2,buatkan bentuk panjang(40cm) setiap satu.Tutup doh dgn kain atau plastic wrap,biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
2.Ratakan doh dgn tangan,biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal.Potong 2-2.5cm,biar rehat selama 10-15 minit lagi.
3.Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil.Ambil sekeping doh,masukkan sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
4.Letak sekeping doh diatas doh tadi,tekan di tengah2 dgn lidi sate.
5.Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan,biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas.Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang.Goreng sehingga perang keemasan