Sunday, February 27, 2011

Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.

Koleksi Petua Untuk Melembutkan Daging

Cara Pertama: Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus. Cara Kedua: Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih. Carik-carikkan daun pisang abu. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak. Cara Ketiga: Ambil 1/2 atau 1 [...]

ikan_patin3

Petua Untuk Sedapkan Tempoyak Ikan Patin

1. Basuh ikan patin dengan cuka dan toskan. 2. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam. 3. Perap bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, air. 4. Selepas itu anda boleh masak tempoyak ikan patin.

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas

9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.

resepi asam

Bahan-bahan ( 4orang makan )

  • asam jawa secukupnya(anggaran 1/2 kepal)
  • buah tomato sebiji
  • bawang merah 4ulas
  • cili merah dan cili api
  • gula,garam dan pak aji

Cara-cara

  1. Asam jawa diambil airnya(jangan terlalu cair)
  2. Buah tomato dipotong potong segi segi
  3. Bawang merah,cili merah dan cili api ditumbuk(kalau rajin boleh lah dimayang halus)
  4. Tambahkan garam,gula dan pak aji secukup rasa.
  5. Enak dibuat sebagai kuah untuk nasi putih, bulan posa tak payah makan yang bersantan

Tag

Resepi Ayam Malinja


Bahan-Bahan

500 gram ayam

2 sudu kecil rempah beriani

2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar

3 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 sentimeter halia ditumbuk kasar

Sedikit sayur campur

1 sudu besar cili kisar

3 sudu besar udang kering - ditumbuk kasar

1 1/2 cawan air

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik aroma.

2. Masukkan udang kering, rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air dan cili kisar, biarkan garing sedikit, baru dimasukkan ayam.

3. Kacau seketika ayam dan biarkan separuh masak.

4. Tuangkan air dan perlahan api sehingga kuah menjadi kering, baru dimasukkan sayur campur dan garam. Angkat dan hidangkan.


Popia sayur goreng

Popia


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 paket kulit popia kecil
  • 1 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 2 genggam taugeh
  • 2 biji tauhu putih (digoreng dan dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 kiub ayam
  • Sedikit garam & gula
  • Tepung gandum @ putih telur (untuk melekatkan kulit popia)
  • Untuk sos (*) 10 batang Cili merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * Sedikit cuka makan
  • * Sedikit garam dan 1 sudu gula

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sebentar sehingga lobak menjadi lembut
  3. Masukkan tauhu dan taugeh.
  4. Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa. Gaul sebentar dan mulalah merasa.
  5. Gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehla diangkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.
  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan tepung @ putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.
  7. Popia sudah sedia untuk digoreng :D.. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuning-kuningan.
  8. Penyediaan sos. Kisarkan cili merah dan bawang putih.
  9. Panaskan periuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan
  10. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka untuk menambah rasa masam. Mulalah merasa. Siap!

Tag