Sunday, May 22, 2011

Popia Basah

Cara Penyediaan

Cara Menyediakan Kulit :

1. Untuk kulit popia; satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan aduanan sekurang-kurangnya empat jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau 'bertali'.

2. Dengan api sederhana, panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas, lengserkan adunan di atasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis.

3.Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Letakkan diatas pinggan dan tutup kulit popia dengan tuala lembap.

Cara Menyediakan Inti :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.

2. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuan dan tauge, gaul rata seketika. Masukkan udang kering dan garam secukup rasa.

3. Masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.

Cara Menyediakan Sos :

1. Satukan semua bahan dan masak seketika.

Cara Menyediakan Popia :

1. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya, taburkan bawang goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap

Ramuan

Bahan Kulit Popia :

600 gm tepung gandum
600 gm air
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil minyak jagung
1 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti Popia :

300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang
1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
100 gm udang segar - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dicincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
100 gm kacang pancang - dipotong kecil nipis
200 gm tauge
2 biji telur - digoreng hancur
Sedikit bijan - disangai
Sedikit kacang tanah - disangai dan ditumbuk
Sedikit bawang goreng

Bahan Sos :

50 gm cili kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa
100 gm isi betik dikisar halus untuk memekatkan kuah



Acar Sarawak

Ramuan

2 biji timun
1 biji lobak merah
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah (potong nipis)
4 sm halia (potong kecil2 memanjang)
½ cawan udang kering (rendam dan ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah(goreng tanpa minyak, dibuang kulitnya kemudian ditumbuk halus)

4 sudu makan bijan yang telah digoreng tanpa minyak
5 sudu makan gula pasir (ikut rasa)
2 sudu teh garam
1 botol kecil cuka
20 keping lobak masin (potong nipis)

Cara Penyediaan

Timun, lobak merah, cili merah dipotong 4 sm dan potong kecil2 memanjang.
Kemudian masukkan bawang merah, halia, udang kering, kacang tanah, bijan, garam, lobak masin dan cuka gaul rata-rata.
Akhir sekali baru masukkan gula.

Enak jika dihidang bersama nasi ayam ataupun dimakan dengan nasi putih sahaja

Peringatan: Gula hendaklah dimasuk paling akhir, mengelakkan acar menjadi layu.


Acar Timun

Ramuan

1 biji besar timun
1 biji lobak merah
5 batang kacang panjang
2 sudu garam
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu biji sawi

2 sudu minyak makan
10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas)
90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya)
1 sudu gula pasir
Garam secukup rasa
1 cawan cuka



Cara Penyediaan

Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. Kacau hingga cukup hangat. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma

Cara Penyediaan

1. Gaulkan kesemua bahan hiris dan cili padi yang ditumbuk rata.
2. Masukkan sos tomato, sos cili serta air asam jawa. Gaulkan rata.
3. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

4. Gaulkan rata dan sedia dinikmati

Ramuan

10 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 biji bawang besar
3 biji tomato
10 biji cili padi | ditumbuk
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
6 sudu teh kerisik
125ml air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya



Resepi Sambal Gesek

Ramuan

Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.


Sambal Durian

Cara Penyediaan

Cara
1. Tumbuk atau mesinkan cili dan garam.
2. Masukkan dalam pinggan dan letakkan durian.

Ramuan

Bahan
5 biji cili merah
5 biji cili api
garam
durian


Sambal Ikan Bilis Cili Padi

Cara Penyediaan

1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam

2. Masukkan ikan bilis, gaulkan dgn sudu, hancur-hancurkan sedikit

3. Perahkan limau kasturi, sedia untuk dihidang

Ramuan

20 biji cili api digoreng

2 ulas bawang putih digoreng

1 biji bawang besar digoreng

segenggam ikan bilis digoreng

secubit garam

2 biji limau kasturi