Thursday, July 21, 2011

biskut strawberry

bahan2 nya

1 cawan mentega
suku cawan tepong beras
2 cawan tepong gandum
1 cawan gula halus
sedikit jem strawberry

cara2nya

pukul mentega dgn gula hingga kembang
camporkan kedua2 tepong kedalam adunan mentega
uli hingga jd doh
perap 1/2 jam doh
tutup dgn kain atas nya

pilih acuan fov sendiri klu mlong suka bentuk bulat ni ..so tekan jer tengah nya
letak jem strawberry
dan bakar 12 minit.....suhu 200'c

ni pon tak de guna telur ok
BISKUT FANCY ICE CReam

Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam

Topping
coklat, yang telah dicairkan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.

2. Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan terap dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180°C sehingga ia masak. (Ayu bakar selama 12 minit)

3. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Wednesday, July 20, 2011

Strawberry heart Jelly

The recipe

Strawberry Heart Jello Bars ~ Aunty Yochana
Ingredients for Biscuit base:

300 gm. Digestive Biscuits
140 gm. Melted Butter

Ingredients for fillings:
1 block of Philidelphia Cream Cheese
10 gm. Gelatine Powder
50 gm. Sugar(can substitute with condense milk)
1/2 cup Hot Water
1/2 tsp. Vanilla Essence

About 20 Strawberries - use a heart cutter to cut into heart shape

Topping:
1 box of Strawberry or Raspberry flavoured Jello
1 1/2 cups boiling hot water
1 1/2 cups cold.

Method:
(1) For biscuit base: Blend biscuits until fine and then mix with melted butter and mix thoroughly.
(2) Press into a 10" Square tray. Chill in the fridge to let it harden.
(3) For fillings, stir gelatine powder with boiling hot water until it dissolves.
(4) Cream cream cheese and vanilla essence & sugar till creamy, add in gelatine mixture gradually and cream until smooth. Pour on top of chilled biscuits.
(5) Arrange cut-out heart shaped strawberries on top of cheese fillings. Put into the fridge to let it set.
(6) For topping, dissolve Jello in boiling water then pour in cold water and stir well. Let it completely cool.
(7) Pour over the set cream cheese filling and put into the fridge again to let it set until firm.
(8) Slice and enjoy!!!


Read more: http://yateasybakes.blogspot.com/2011/03/strawberry-heart-jellos.html#ixzz1SepcodUc

American Pancake

1 1/2 cwan tepung
3 sk baking powder
1 sb gula
1 sk garam
1 1/4 cawan susu segar
1 biji telur dikocok
3 sb mentega cair

Caranya: Masukkan tepung, baking powder, gula dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan gaul rata.
Kemudin masukkan bahan2 yang lain dan aduk mesra. Ambil sesenduk adunan dan goreng ke dalam kuali non stick hingga masak. Hidangkan bersama jem kegemaran anda.

cENDAWAN GORENG BEREMPAH CAJUN

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak



Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.

**********

Yg Dah Mencuba.... Tq :)

~cendawan hot and crunchy~

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

pesanan kak nor :
*proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

NASI ARAB

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 gram daging lembu, potong besar dan rebus hingga empuk
6 cawan air (mat guna air rebusan daging)
1/3 cawan kacang pis (erkk lupa letak laa..sori)
1/3 cawan kismis
2 biji cili merah, hiris kasar2
1 tangkai daun sup, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris
2 camca besar minyak sapi
2 camca bear minyak masak (mat guna minyak jagung)
1 camca besar serbuk jintan manis*
1 camca besar serbuk jintan putih*(*disatukan dan bacuh dengan sedikit air)
1/3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh jintan putih biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serbuk jintan manis dan putih yang telah dibancuh tadi, tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah beras. Goreng beras bersama bahan2 selama 1 minit. Tuang beras tadi ke dalam rice cooker. Tambah air (stok daging), perasakan dengan garam. Tambah daun ketumbar, kacau dan masak hingga kering.
  3. Masukkan kacang pis, kismis dan cili merah. Bila nasi masak, gemburkan. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran.. P1240741