Thursday, August 4, 2011

Kuih Bakar

Ini first time buat kuih bakar..pas puasa ni teringin lah pulak nak makan..mcm biasalah kt tpt org ni semuanya kena buat sendiri. Kuih ni saya bakar dalam acuan bulat tapi bila masak, kat bahagian tengah tu tenggelam lah pulak. mungkin loyang yg saya gunakan tu tak sesuai dgn sukatan adunan( loyangnya kecil kot)..walaupun rupanya kureng tapi rasanya mmg sedap..

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ~ 1 biji kelapa
3 cawan jus pandan ~ dlm10 helai daun pandan blend
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan tapiskan (kalau nak senang blender aje)
3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
5. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.
* Gunakan loyang ukuran 8 x 8.

kuih cara manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Thursday, July 28, 2011

Roti Manis
Bahan A:
1/2 cawan air suam,
1 sudu makan tepung gandum
1 paket yis
1 sudu makan gula


Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih


Bahan B:
2 sudu makan butter - cairkan


Bahan C:
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit.


Caranya:


Masukkan 3 cawan tepung dalam bekas adunan.
Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...


Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...


Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.


Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree




** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin





KEK CHIFFON PANDAN


Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit

Puding Gula Hangus

Bahan-bahan

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat(tin kecil)
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 1 sudu esen vanila > hasue tambah

Cara-cara

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. >bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan
2. Kepuk telur sampai berbuih (hasue pukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati)pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........ (kalau guna kaedah bain marie/waterbath,bakarlah pada suku 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2.)
4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

Nota Biru: Gunakan telur ayam yang segar untuk membuat puding yang memerlukan telur seperti ini untuk mengelakkan bau hanyir telur.
RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT


Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit browning sugar


Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

kek chiffon



BAHAN A
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1 sudu makan oren sunquick -
sedikit pewarna oren -

BAHAN B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
Untuk mudah asing2 bahan A seperti mana yg pernah terangkan cara buat chiffon cake boleh rujuk di SINI
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...