1. Ambil segengam ikan bilis, basuh dan toskan, Kopek kulit ubi kentang dalam tiga biji kemudian potong kecil ikut suka. Basuh dan toskan.
2. Bawang besar, cili kering dan cli api agak-agak lah sendiri.
3. Kemudian goreng ubi kentang sampai kekuningan, angkat, masukkan pula ikan bilis, goreng sampai garing. Semasa mengoreng pastikan minyak cukup panas. Campurkan ikan bilis dan kentang goreng dalam satu bekas.
4. Masukkan pula cili kering yang dipotong 3 sampai garing dan angkat.
5. Kemudian tutup api, masukkan bawang merah yg sudah dipotong bulat dan cili api. Angkat dan taburkan atas ikan bilis dan ubi kentang bersama cili kering.
No comments:
Post a Comment