Sunday, February 27, 2011

Nasi Ayam spesel

Picture_502








Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Saturday, February 26, 2011

Resepi Chicken Chop

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)

1 biji telur

1 biji tomato

1 helai daun salad

Sedikit daun pasli

Sedikit lada sulah

20 gm potato chip (digoreng)

20 keping biskut tawar (dikisar halus

Sedikit lea & perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan Sos:

1 biji lada buah

1 biji bawang besar

2 sudu besar sos cili

½ batang lobak merah

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos lea & perrin

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.

2. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.

3. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.

4. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.

5. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.

6. Masakkan sos selama 2 minit. Hidangkan.

Anda sekarang boleh layari www.eresepi.com untuk mendapat banyak lagi resepi yang menarik. Jangan lupa langgan kerana langganan adalah PERCUMA

Friday, February 25, 2011

speggeti kupang


Bahan-Bahan

180 gram spaghetti

1 kupang

40 gram udang harimau

50 gram sotong – dipotong kecil

5 gram cili merah – dihiris

5 gram daun basil segar – dihiris

1 sudu besar bawang putih cincang

½ sudu kecil lada hitam kisar

½ sudu kecil serbuk cili

Garam secukup rasa

Minyak zaitun

Keju Parmesan – untuk ditabur

Cara Menyediakan Spaghetti

1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spaghetti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spaghetti.

2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.

3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.

Cara Menyediakan Sos

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan kupang serta sotong.

3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis 3 ke 5 minit hingga semua makanan laut hampir masak.

4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.

5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.

.

Thursday, February 24, 2011

CHOC CHIP AND BANANA MUFFIN - resipi Chef Wan
mmg yummylicious...

1/2 cup soft unsalted butter
(kita guna minyak mazola sal tak ada stok unsalted butter)
1 cup brown sugar
1 whole egg
1 cup mashed pisang emas (kita guna 2 biji pisang montel yg baik nya saiz ya)
1 tsp baking soda
11/2 cup all purpose flour
1/2 tsp salt
2 tbs hot water
1/4 cup good choc chip

1. Cream butter and sugar until creamy.add egg and mashed banana
2.mix hot water with baking soda and pour into the above mixture
3.fold in the flour,choc chip and salt and spoon them into yr greased muffin pan.
4.Bake at 180c for 25mins
Kek Durian Coklat Chip
Sumber; Majalah Mingguan Wanita 2005

Bahan
250 gm butter
180 gm gula kastor - kurangkan tak nak manis
2 sb susu pekat
4 biji telur
250 gm tpg naik sendiri-ayak
200 gm isi durian
200 gm coklat chip
1 st soda bikarbonat-ayak

Cara
1.Ayak tpg dan soda bikarbonat.
2.Pukul mentega,susu pekat dan gula hingga gebu. Masukkan isi durian
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul rata
4.Masukkan tpg dan coklat chip dan gaul rata
5.Tuang dlm loyang dan bakar suhu 180'C selama 45 min
(**bakar 175'C selama 40 min)

FRUITS CUP CAKE (DAPAT 110 KEPING YG KECIL)

BAHAN2NYA

200 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
200 GM MENTEGA
80 GM GULA HALUS
4 BIJI TELUR GRED A
350 GM BUAH CAMPURAN DLM KOTAK
100 GM MADU
1 SD KECIL ESEN VANILLA


CARA MEMBUAT

1. PUKUL GULA DGN MENTEGA HINGGA SEBATI JGN TERLALU LAMA PUKUL,

2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SATU PERSATU PUKUL SEHINGGA SEBATI,
3. MASUKKAN ESEN VANILLA.

4. SETELAH SEBATI,MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT2 HINGGA MENJADI KRIM.

5. MASUKKAN MADU DAN GAUL SEBATI.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PAPER CUP YG KECIL2...NAK MUDAH LAGI MASUKKAN ADUNAN LAM PIPING BAG DAN PIPE KAN LAM PAPERCUP. TABURKAN BUAH DIATASNYA....

7.BAKAR PADA SUHU 160C SELAMA 12-15 MINITT(BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2)

Friday, February 18, 2011

APAM COKLAT

bahan2

~ 1 cwn gula psir

~ 1 cwn serbuk koko

~ 1 cwn susu cair

~ 1 cwn susu pekat

...~ 1 cwn minyk masak

*gaul sebati & msk ats api yg perlahn

bahan b:

~ 3/4 tpg gndum

~ 1 sudu kecil soda b'krbont

~ 1 sudu b.powder

*di ayak

bahan c:

~ 4 biji telur

*pukul smpai kembg. bg hok mls mesin je ;D

caracara

~ satukan bhn b & c ke dlm bhn a.

~ kukus 10 minit