Friday, February 25, 2011

speggeti kupang


Bahan-Bahan

180 gram spaghetti

1 kupang

40 gram udang harimau

50 gram sotong – dipotong kecil

5 gram cili merah – dihiris

5 gram daun basil segar – dihiris

1 sudu besar bawang putih cincang

½ sudu kecil lada hitam kisar

½ sudu kecil serbuk cili

Garam secukup rasa

Minyak zaitun

Keju Parmesan – untuk ditabur

Cara Menyediakan Spaghetti

1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spaghetti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spaghetti.

2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.

3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.

Cara Menyediakan Sos

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan kupang serta sotong.

3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis 3 ke 5 minit hingga semua makanan laut hampir masak.

4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.

5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.

.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment