Friday, June 3, 2011

kuih lompang

Bahan bahan
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 sudu serbuk coklat
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
Cara cara
  1. satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras,serbuk coklat dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Puding karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
biskut almond london

250 g butter
120 g gula ising- (kalau guna gula pasir, 100 gram je. kisar sampai halus)
100 gm tepung jagung
300 gm tepung biskut (red rose)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex (patut x yah letak sbb dh guna tpg biskut, tp aku nk letak gak)
1 sudu teh pure esen vanila
100 gram serbuk badam
badam biji (adunan ni dpt dlm 120 biji, so agak2 je la jumlah badam tu)

3/4 sudu teh baking powder

bahan lain :



1 bar coklat masak (update skit, jenama Tulip paling beshhhh)
2 sudu shortening (mentega pun boley la kalo x de, lebih elok guna cocoa butter)
badam cincang secukupnya
cup kertas secukupnya (dlm 100 lebih)

cara:

bakar badam dlm oven selama 15 mnt..guna suhu rendah, kite guna 150 darjah, tp guna api atas bwh

selang 2 3 mnt, buka dah alih2kan kedudukan
(jgn hanguskan, kalo x yakin, guna api bwh je...kalo hangus, aku x bertanggungjawab ye...huhuhuhu)
pastu pandai2 la rasa, kalo x berapa rangup, tambah masa lagi..(aku rasa ada la dlm semangkuk kecil, sampai haus tekak)
biasanya, badam ni akan merekah bila dh masak..
tp badam ni akan lebih rangup bila dh sejuk..dan jgn biar terdedah

yg badam cincang tu pun bakar gak dlm 7 mnt..
(leh nampak kaler dia jd perang skit (jgn hangus lak)


pukul mentega bersama gula hingga sebati..x yah lama sgt, cukup utk sebatikan je
masukkan telo, pukul lagi
kemudian masukkan serbuk badam, gaul sebati..
ayak bersama tepung jagung, baking powder dan emplex
masukkan ke dalam adunan, gaul sebati
ayak tepung biskut..masukkan skit2 kedalam adunan..sampai agak2 adunan boleh dikepal dan dibentuk
x perlu habiskan tpg kalau adunan dh cukup elok

adunan x boleh keras sgt..nti susah nk bentukkan
pastu leh la letakkan badam kat tgh2..balut cam biasa la
jgn besar sgt, cukup utk salutkan badam je sbb nti dia mengembang
bakar pd suhu 160 darjah selama 15 mnt (ikut oven masing2)

pastu biar sejuk dulu...

kalo leh rehatkan semalaman
isikan dlm paper cup, guna sudu kecil, sudukan coklat cair dgn cermat dan cepat
pastu tabur ngan badam cincang...
sejukkan sampai coklat beku...

dlm masa 1/2 jam, coklat dh elok je beku semua (kalo guna coklat bar jenama nur dan tulip la, yg lain aku x pasti)

cara nk cairkan coklat:

patah2kan coklat masuk dlm piuk kecil

didihkan air dlm piuk besar
bila air mendidih, letakkan piuk kecil yg ada coklat td ke dalam piuk air didih tu
jgn terkena setitis pun air, nti lambat beku sbb coklat merajuk
bila coklat dh cair semua, masukkan shortening, ni tujuan nk kilatkan coklat tu bila dh beku...



dlm adunan ni, aku guna emplex, yg ni mmg optional, x nk guna pun x pe
tp baik le guna sbb emplex ni akan mengekalkan kerangupan biskut tu masa acara penjemuran
huhuhuhu...bygkanla biskut dh kena coklat panas, pastu dedahkan pulak, x kena gaya, biskut leh jd kurang rangup berbanding sblm celup coklat...
pastu masa bentukkan tu, wat comel2 je, agak2 leh salut badam tu
sbb biskut ni mengembang pas bakar..0
masa bakar, biar bontot biskut tu cokalt gelap skit
tp bukan hangus tau
sbb biskut akan lebih rangup n x mudah lemau

Spaghetti Bolognese

Dsc00599
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

makaroni bakar

Macaroni_bkr

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 paket daging kisar
  • 1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
  • 3 ekor sotong (dipotong nipis)
  • 10 ekor udang (dibuang kulit)
  • 1/2 paket macaroni (direbus)
  • 6 biji telur
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. tumis bawang putih hingga naik wangi
  2. masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam
  3. masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap
  4. tutup api. letak telur dan kacau rata
  5. sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang
  6. taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya.
  7. letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit
  8. siap untuk di makan.
AYAM SAMBAL SERAI WANGI

Bahan-bahan kisar :

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15-20 tangkai cili kering (direndam)
  • 2 batang cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 inci kunyit
  • 1 inci belacan (lebih kurang 1 tsp)
  • 8 - 10 batang serai (dihiris kasar)

Bahan-bahan lain :
  • 8 ketul ayam (dibuang kulitnya dan dibersihkan) -dikunyit dan digaramkan
  • 2 biji kentang dibelah 12 (macam wedges tu..)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 4 batang serai (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1-2 tsp asam jawa + 1/2 cawan air
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Goreng kentang, angkat dan toskan. Goreng pula ayam, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan minyak tadi sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar + bawang besar yang dimayang + serai yang dihiris + serai yang dititik + daun limau purut hingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar mendidih.
  4. Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan biar seketika untuk rasa sambal menyerap ke dalam ayam. Rasakan manis, masin dan masamnya. Ubah suai ikut selera.

Thursday, June 2, 2011

sate ayam dan daging

sateayam30cayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm

1 1/2 sudu kecil garam

4 sudu besar gula pasir

2 sudu besar madu

2 sudu besar minyak masak

lidi sate

minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar halus:

3 ulas bawang merah

2 biji buah keras

2 ulas bawang putih

3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk

4 cm halia

2 batang serai

4 cm lengkuas

1 sudu besar ketumbar } disangai

1 sudu kecil jintan manis } disangai

1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.

Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .

Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.

Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.