Saturday, June 11, 2011

Resepi Ayam Madu Lada Hitam

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)
  • 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • madu secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara : Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa.

Choc_cake_potong

Moist Choc. Cake

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Monday, June 6, 2011

Roti Kirai / Roti Jala

Bahan-bahannya

3 cawan tepung gandum
1/2cwn susu cair ( nak pakai santan pun boleh )
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Pewarna kuning ( jika suka )
Cara caranya

Satukan kesemua bahan dan gaul rata
Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar sebentar
Adunan tidak seharusnya terlalu pekat atau terlalu cair
Panaskan minyak diatas kuali yg leper atau non stick
Kirai mengikut bentuk jam
Bila dah masak, lipat dan sedia dimakan


Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.



tepung pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.Rzie_275_
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan
CHILLED OREO CHEESECAKE


Lapisan Bawah:-
100gm Biskut Marie Perasa Coklat
112gm Butter
50gm oat
25gm badam cincang

1) Patahkan kasar Biskut coklat marie, oat, badam cincang yg sudah disangai dan satukan kedalam mangkuk dan gaul rata, masukkan mentega cair dan gaul sebati.
2) Tekankan adunan kedalam loyang dan bekukan lebih kurang 1/2 jam

Filling :-
700gm Cream Cheese (Philadelphia)
252gm whipping cream
290gm coklat putih - dicairkan
160gm air panas
20gm gelatin
250gm biskut oreo (buang krimnya) - dipatah kasar

Hiasa:-
Biskut Oreo (jika suka)
Jem Bluberi, starwberi atau jem kesukaan

1) Pukul cream cheese hingga lembut dan ketepikan
2) Pukul whipping cream hingga gebu dan dicampurkan kedalam cream cheese dan pukul lagi sehingga betul2 sebati dan tidak berketul.
3) Masukkan coklat putih yang telah dicairkan dan putar lagi
4) Masukkan gelatin yang telah dicampurkan dengan air panas dan gaul sebati.
5) Masukkan biskut oreo dan gaul sebati
6) Keluarkan loyang yang didalam peti ais tadi dan tuangkan adunan keatasnya dan sejukkan beku kembali dalam peti ais. Hiaskan dengan meletakkan biskut oreo. Seeloknya biarkan dalam peti ais selama 1 malam.
7) Keluarkan cheesecake dari loyang dan hiaskan cheesecake dengan jem kesukaan dan sedia untuk dinikmati...

Friday, June 3, 2011

Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.

Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)

200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)


Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).

2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).

4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)

6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)

7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.


Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?

***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.

***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.

***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.

NB: Ada geng dari myresipi.com dah pernah buat kek ni, katanya sedap. Alhamdulillah.. Kadang-kadang kita tengok renyah sikit sesuatu resepi tapi bila menjadi, memang puas hati ;)