Saturday, March 26, 2011

dadih segar

Bahan-bahan ( 1 liter )

  • 1 kotak susu segar ( 1 liter)
  • 200 gm susu manis ( 1/2 tin)
  • 1 1/2 sk agar-agar serbuk
  • Sedikit garam ( Opt.)
  • Buah-buahan dlm tin - utk hiasan

Cara-cara

  1. Satukan 4 bahan pertama dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
  2. Tuangkan kedlm bekas dadih dan biar sejuk. Simpan di dalam peti ais utk didinginkan.
  3. Ketika menghidang, bubuh secukup buah-buahan dlm tin.
  4. Dadeh_susu_manisstarwberry
    Contoh dadih yang menggunakan susu segar strawberry dan dikurangkan sedikit susu manis. 1 adunan boleh dapat 16 mangkuk seperti dlm gmbr contoh... :)


Saturday, March 12, 2011

Pau Gebu ( water roux)

Bahan-bahanya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.


2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

pau sebelum dikukus

siap kukus dah, ade kedut sikit...heheheehe

gebu dan lembut teksturnya, rugi tak cuba...

Nota Tambahan

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain) dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

Sunday, March 6, 2011

KEK COKLAT KUKUS
1 ½ cwn tepung gandum
1 ½ cwn gula
2 biji telur
½ cwn air panas
½ cwn minyak Mazola
1 cwn susu cair
½ sudu besar soda of bikarbonat
1 sudu besar esen vanilla
½ cwn koko

Campur semua bhn2 diatas , gaul rata dan tapis. Kukus ½ jam.
Klu nak kukus dlm cupcake.. 15 minit jer @ sampai masak...

Bahannya:
( adunan ini menghasilkan 10 biji pau, ..

250g tepung Hong kong/ tepung halus/ tepung waterlily/ tepung pau)- aida guna tepung Hong Kong .

1 camca teh Double- Acting baking powder

*1 camca teh instant yeast- aida guna mauripan

1/2 camca teh garam

25g lemak sayuran( shortening)

100ml air suam *

30g gula halus*

( *disatukan , kacau hingga sebati dan berbuih)

-Inti - Secukupnya ikut kegemaran masing2- Aida guna inti ayam + kentang wat macam inti karipap tu.

Caranya:)

1- Satukan tepung , Double-acting baking powder dlm satu bekas
dgn lemak sayurn dan gaul rata

2- masukan campuran yeast mula menguli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat kat tangan dlm 15 minit.....tutup dan rehatkan doh dlm 45 minit / doh sekali ganda naiknya....

3- dah naik keluarkan doh dan uli sekejap.tumbuk2kan bagi udara keluar
dan bahagikan 10bahagian , ambil satu dan Bulat2 , leper2 dan isi inti , tutup kemas dan bulat2kan dan letak atas kerats minyak/daun pisang yg di potong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayuran . Buat hingga habis.

4- sementara kita membulat2kan pau tu dan rehatkan dlm 25minit didihkan air dlm kukusan ,

5-- kukus pau dlm 15 minit , angkat dan boleh dihidangkan panas @ suam.....sejuk pun pau masih lembut .......

Selmat mencuba.....

ayam lomak cili api

bahan2
1ekor ayam -dipotong 8 or 10

Perap ayam dgn sedikit kunyit serbuk dan 1tsp garam selama 15mins. Lalu goreng ayam setengah masak. Ketepikan.


Bahan untuk dikisar/blender
10biji cili padi (5hijau dan 5 merah)
20ulas bawang merah kecil
4ulas bawang putih
6biji buah keras
1 ibu jari kunyit hidup
1 ibu jari halia
1cm belacan

Semua bahan diatas dikisar hingga halus. Set aside.


1 ibu jari lengkuas dititik
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
1 asam keping
2sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
Santan cair 500ml
Santan pekat 500ml
garam secukup rasa


Cara memasak

Panaskan minyak dikuali. Tumis bahan kisar sehingga naik wangi. Masukkan serai, lengkuas dan ayam. Kacau dan biarkan seketika. Lalu tuangkan santan cair.

Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan biarkan sehingga mendidih. Kecilkan api dan masukkan asam keping, serbuk ketumbar, serbuk jintan, santan pekat dan garam. Gaul rata dan pastikan kuah mendidih dan ayam masak baru dimatikan api. Done!! :))

apam seri ayu,,,,

Bhn2
3 bj telur
240 gram gula
240 ml santan atau susu segar
1 sudu makan jus pandan
**(tp lina blender 5 helai daun pandan dgn 1/2 bj kelapa utk dptkan 240ml santan & tmbah sket pewarna hjau epal)
270 grm tepung gandum
1 sudu teh ovallate
1/2 bj kelapa (ambil ptih shj +garam+sket tepung kanji or tpg jgung)

Cara2
1. Telur dikisar bersama gula hgga kembang
2. Masukkan santan/susu sgar,ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati
3. Panaskan kukusan dan sapu rata mnyk pada acuan
4. Masukkan sdkt putih klapa dlm acuan & tekan padat. Kukus sebentar dlm 2-3 mnit kemudian tuang adunan tepung memenuhi acuan.
5. Kukus hingga masak anggaran selama 15 mnt.

Sunday, February 27, 2011

Resepi Ikan Sepat Masin Bersambal Petai

Bahan-Bahan:

v 400 gram ikan sepat masin dan dipotong jejari

v 120 gram isi petai

v 100 gram cili merah/hijau

v 100 gram cili kering

v 100 gram bawang merah

v 50 gram bawang putih

v 28 sentimeter halia

v 2 helai daun cekur

v 2 sudu makan air asam jawa

v Minyak masak secukupnya

v Lada putih secukupnya

v Garam secukup rasa

v Gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak di kuali.

2. Ambil ikan sepat masin dan goring sehingga garing.

3. Sesudah garing, angkat dan ketepikan buat sementara.

4. Panaskan minyak sekali lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

5. Seterusnya, masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Tumiskan hingga naik minyak.

6. Masukkan pula air asam jawa, isi petia, cekur, lada putih, garam dan gula secukup rasa.

7. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Gaulkan perlahan-lahan.

8. Sekarang, anda buangkan minyak dari tumisan.

9. Angkat dan hidang

Resepi AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
6 sentimeter halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
Ambil santan dari 1 biji kelapa

Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:
1. Ayam yang sudah dipotong 8, dibersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.

2. Daun kunyit dikoyak-koyakkan, diramas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk ayam.

3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.

5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di sebelah bawah dan panggang ayam sambil di sapu air yang jernih pada ayam.

6. Biarkan hingga ayam masak dan hidangkan bersama kuah yang pekat.


Resepi AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
1. Ambil ayam bahagian dada dan potong dadu
2. Kunyit hidup ditumbuk bersama sedikit tepung beras atau serbuk kunyit
3. Bawang besar (hiriskan)
4. Lobak merah (dipotong)
5. Cili merah dan cili hijau (dihiris)
6. Kacang panjang (dipotong)
7. Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit seketika.
2. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas, sehingga garing
3. Masukkan lobak merah, kacang panjang, cili dan bawang

4. Goreng seketika
5. Angkat dan toskan