Wednesday, March 28, 2012

‎~ apam guLa hangus ~
.
bhn2
200ml air+200gm gula pasir - [dibuat gula hangus]
biarkan sejuk sekejap..

2bijk telOr
6sdu bsr ssu pekat
100ml myk jagung -kite blasah myk masak jek..
2sdu besar marjerin 0r butter -tp kite hentam shortening jek..butter tkdE stOk
*1 sdu bsar koko pOwder
*170 gm tpg gandum
*1sudu kecik sOda bikarbOnat
bhn brtanda * sila ayak Ok..

kEkdah Or cara nk buAt~
pukul telOr smpai kembang..pastu masukkan susu pkt+myk+marjerin..
kacau sebati...
masuk kan gula hangus dan tepung,kacau sebati Ok..
sapu myk sket kat acuan,pastu leh le tuangkan adunan sblm tu panaskan pengukus dulu...
kukus 10 >15minit...

sLamat mEncuba !!

Saturday, February 11, 2012

rendang ayam ala,,,

BAHAN BAHAN..
1/2 ekor ayam ~potong ikut suka
*1 biji bawang besar
*4 ulas bwang putih
*1" halia
*!"kunyit idup
*3 btg serai
*sedikit lengkuas
*15 tangkai cili kering
1 keping asam keping
1 mangkuk santan
2" kulit kayu manis
1 pkt kerisik
2 sudu besar rempah kari daging ~saya pakai kari babas
garam,gula dan serbuk perasa
2 helai daun kunyit~di hiris halus

CARA CARA..
Bahan * hendaklah di kisar tpi jgn terlampau halus..biarkan kasar sedikit
Tumis bahan * bersama kulit kayu manis...hingga naik bau..
Masukkan ayam...biarkan sekejap..masukkan santan dan bahan2 lain....masak sampai agk pekat sedikit...dan naik minyak...
Bila rasa dah ok...angkat dan taburkan daun kunyit....
SELAMAT MENCUBA...=))
Mari kita buat SUPNYA dulu......
Air secukupnya
4 ulas bawang putih-diketuk
3 inci halia -dihiris
3 batang daun bawang
1 biji sengkuang -dipotong dadu
1 sudu besar lada sulah

Masak semua sekali kecuali lada sulah dan sengkuang...
Masak sampai mendidih,baru masukkan ayam biarka selama 20 minit
Ketepikan ayam tadi
Baki air rebusan tdi masukkan sengkuang, lada sulah dan garam

AYAM
1ekor ayam-
3 ulas bawang putih-dikisar
4 inci halia -dikisar
5 sudu besar kicap manis adabi-resepi asal 3 sb jer
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Perap semua sekali lebih kurang 1/2 jam
Goreng jgan terlalu lama takut ayam hanggit lak nati....
Goreng ala-ala manja jer k

NASI
4 pot beras- basuh dan ditoskan dahulu
51/2 pot air rebusan ayam tadi
2 inci halia-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
3 helai batang daun bawang-ambil bahagian bawah yg ada bebawang tu sekali
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu besar minyak masak-resepi asal marjerin

Masak macam nasi biasa jer....

SOS CILI
10-15 tangkai cili padi
6 biji cili merah
Halia ambik dari rebusan ayam tadi
5-6 ulas bawang putih
Sedikit air daripada rebusan ayam tadi
1 biji perahan limau kasturi atau pun limau nipis
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar sos tomato
..


CILI KICAP
5 biji cili besar
Halia dari rebusan ayam tadi
4-5 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
Air rebusan ayam tadi
Tepung jagung campur air sedikit untuk memekatkan kuah kicap ni

Kisar semua kecuali tepung jagung..panaskan di atas api sekejap...bila da agak2 panas masukkan bancuhan tepung jagung tadi.....

KEK MARble.....utk rujuk sendiri

BAHAN BAHAN...
180 gram mentega
140 gram gula kastor
2 biji telor (A)
1OO ml susu segar
220 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 1/2 sudu besar koko powder*
2 sudu besar air panas*
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam


CARA CARA,,,,,
Panaskan oven 175 "c,gris acuan kek dengan sedikit butter...dan lapik ngan kertas minyak
Putar mentega ngan gula samppai kembang,masukkan telor satu persatu...perlahankan masukkan susu segar selang seli dengan tepung yg telah di ayak bersama baking powder tadi..dan bahan2 lain kecuali serbuk koko dan air panas tadi,bila adunan kek telah sebati ambik 5 sudu besar adunan campurkan ngan serbuk koko dan air panas tadi..bancuh sebati..
Masukkan dalam acuan kek dan tuangkan adunan koko di tengah2 dan lorekkan ikut suka...sendiri..

BAHN BAHAN UNTUK AISING
250 gram krim well
150 gram aising sugar
~Pukul sampai kembang....
Sapu pada kek dan hiasla ikut suka...






Monday, October 31, 2011

keke

BANANA COKLATE CAKE..

BHN2



5 BIJI PISANG BERANGAN

4 BIJI TELUR

1 CWN BUTTER CAIR

1 CAWAN GULA

BLEND SEMUA BHN

180 GM TEPUNG GANDUM

1 SUDU SODA BIKARBONATE

1 SUDU CREEM OF TATAR

4 SUDU KOKO

1 SUDU ESEN BANANA


KACAU SEMUA BHN2 SEBATI,BAKAR 30 MINIT ATAU KUKUS PUN BOLEH.

BISKUT DAHLIA


BISKUT DAHLIA YG CAIR DI MULUT....

BHN2
250GM MENTEGA
100GM GULA CASTER
230GM TEPUNG GANDUM
120GM TEPUNG JAGUNG
1 BIJI KUNING TELUR
2 SUDU BESAR TPG BERAS
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT/SUSU TEPUNG
2 sudu tpg kanji

CARA
PUKUL MENTEGA DN GULA DGN SENDUK KAYU,MASUKKN TELUR GAUL RATA,KEMUDIAN MASUKKN BHN2 LAIN ULI HINGGA JADI DOH.TEKAN
DLM ACUAN SEMPERIT.LETAK C
ERI ATASNYA,BAKAR SELAMA 20 MINIT.

Monday, October 10, 2011

.
Bahan2an sambal belacan

~~~~~~

belacan..bakar dulu
ciliapi...tumbuk halus
cili merah ...tumbuk halus
bunga kantan...hiris nipis
limau nipis...jus limau masukkan dlm sambal..kulitnya dihiris halus
mangga..potong dadu
sedikit gula

cara2nyA
~~~~~~
tumbuk ciliapi dan cili merah hingga lumat
masukkan belacan ..tumbuk ..gaul sebati...masukkan sedikit gula
masukkan dalam bekas..masukkan mangga yg telah dipotong dadu..jus limau kasturihirisan bunga kantas dan hirisan limau kasturi..gaul sebati...
siap untuk dihidang

Friday, October 7, 2011

kek sarang semut / kek gula hangus










Bahan-Bahan

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cwn tepung gandum
  • soda bikarbonat – 2 sudu teh
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn air panas

Cara-cara

  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • Pastu masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat guna sudip atau pemukul.
  • Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  • Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  • Tapis adunan ke dalam acuan. Guna penapis santan.
  • Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  • Bakar atau kukus selama 1 jam, seeloknya bakar menggunakan loyang berlubang tengah.




Fruit Tart
FRUIT TARTLET



PASTRY
Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

INTI KASTAD


Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung ( suka guna tepung kastad lagi)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar (susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk mskkan sumer bhn sekali harung dlm periuk dan masakkan aje atas dapur...

Sunday, October 2, 2011

Senarai ramuan

Cake coklat:

2 cawan gula
1-3/4 cawan semua tujuan-tepung
3 / 4 cawan Hershey'S Koko
1-1/2 sudu teh baking powder
1-1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan susu
Sayur-sayuran 1 / 2 cawan minyak
2 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan air mendidih

Chocolate Buttercream:

1 1 / 3 c. (22 SDM.) Masin mentega, dilembutkan
2 / 3 c. memendekkan (seperti Crisco)
6 ons. coklat tanpa gula, dicairkan dan disejukkan untuk datang menggoda bilik.
2 tsp. ekstrak vanila
1/4-1/2 c. susu berat / sebat krim, krim ringan, separuh dan separuh atau seluruh
£ 2. (8 c.) gula serbuk
1-4 tbs. sirap jagung

Nota untuk video:
Sesetengah orang menggunakan kertas minyak ke garisan bahagian bawah kuali mereka, tetapi saya sentiasa menggunakan kertas lilin. Kek atas sebab-sebab tertentu SENTIASA melekat ke bawah, betul-betul di tengah-tengah, tidak kira bagaimana baik saya gris kuali. Kertas lilin menyimpan ini daripada berlaku.
Anda benar-benar tidak perlu menapis untuk membuat kek ini lembut atau kembang, tetapi saya cenderung untuk mempunyai ketulan dari tepung, atau serbuk koko, kadang-kadang malah gula.
I LOVE botol gula-gula tersebut, saya menggunakan mereka untuk sirap jagung, minyak dan cuka, tidak menitis, ia indah! Dan ya tentu saja, mereka semua dilabel supaya kekeliruan tidak: D
Saya telah menggunakan kopi di tempat air panas dengan beberapa keputusan yang BENAR-BENAR lazat. Saya cadangkan kopi berperisa, sesuatu yang akan melengkapkan coklat. Dan sebenarnya, sebahagian cecair panas mengapa saya suka melakukannya dengan tangan, kadang-kadang saya akan menggunakan pengadun sehingga tahap tersebut, jika tidak ia percikan keluar.
Untuk mencairkan coklat saya meletakkan mangkuk kaca (anda juga boleh menggunakan logam) lebih sedikit periuk dengan air di dalamnya, biarkan air mendidih, kemudian haba ke bawah. Anda tidak mahu biarkan mendidih air di haba yang benar-benar tinggi, maka peluang stim masuk ke coklat anda. Lebur coklat menyita apabila ia datang ke dalam hubungan dengan air. Juga jangan biarkan masa lalu bilik coklat menggoda sejuk anda, anda akan berakhir ketulan wih coklat buttercream anda. Saya sebenarnya telah berlaku kepada saya sehingga sekarang saya tuangkan dalam semasa ia anak lelaki hangat.
Saya yang sebenarnya digunakan di 1 / 2 dan 1 / 2 sebagai cecair saya, tetapi anda boleh menggunakan krim yang berat / sebat, krim ringan atau susu penuh, hanya memerhatikan konsisten anda.

kek gula hangus

Bahan-Bahan

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cwn tepung gandum
  • soda bikarbonat – 2 sudu teh
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn air panas

Cara-cara

  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • Pastu masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat guna sudip atau pemukul.
  • Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  • Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  • Tapis adunan ke dalam acuan. Guna penapis santan.
  • Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  • Bakar atau kukus selama 1 jam, seeloknya bakar menggunakan loyang berlubang tengah.

Thursday, August 4, 2011

Kuih Bakar

Ini first time buat kuih bakar..pas puasa ni teringin lah pulak nak makan..mcm biasalah kt tpt org ni semuanya kena buat sendiri. Kuih ni saya bakar dalam acuan bulat tapi bila masak, kat bahagian tengah tu tenggelam lah pulak. mungkin loyang yg saya gunakan tu tak sesuai dgn sukatan adunan( loyangnya kecil kot)..walaupun rupanya kureng tapi rasanya mmg sedap..

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ~ 1 biji kelapa
3 cawan jus pandan ~ dlm10 helai daun pandan blend
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan tapiskan (kalau nak senang blender aje)
3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
5. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.
* Gunakan loyang ukuran 8 x 8.

kuih cara manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Thursday, July 28, 2011

Roti Manis
Bahan A:
1/2 cawan air suam,
1 sudu makan tepung gandum
1 paket yis
1 sudu makan gula


Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih


Bahan B:
2 sudu makan butter - cairkan


Bahan C:
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit.


Caranya:


Masukkan 3 cawan tepung dalam bekas adunan.
Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...


Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...


Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.


Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree




** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin





KEK CHIFFON PANDAN


Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit