Friday, January 14, 2011

Resepi Kerabu Sotong

Bahan :

500 gram sotong (buangkan kulit dan hiris kasar)

3 sudu besar Apple Cider Vinegar atau air limau nipis ataukasturi

2 sudu teh kicap cair atau sos ikan

1 sudu teh gula pasir

Bahan Hiris/Mayang

1 pokok daun ketumbar

1 pokok daun bawang

1 biji bawang besar

5 biji cili padi

3 biji cili merah

5 ulas bawang merah

3 biji buah tomato

1 biji mangga muda

Cara Penyediaan:

1. Rebuskan sotong dengan sedikit air. Toskan.

2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan. 

apam balik

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Wednesday, January 12, 2011

Resepi TEPUNG GOMAK

on Tuesday, January 11, 2011 at 2:54am

Bahan-Bahan "A"

200 gram kacang hijau

1 biji kelapa parut putih

1/2 kilo gula timbang

300 gram gula pasir

2 helai daun pandan

Bahan-Bahan "B"

600 gram tepung pulut

1 mangkuk air

400 gram tepung kacang hijau

Sedikit garam

Cara Penyediaan untuk Bahan "A"

1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.

2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air

gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam

ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.

3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara Penyediaan untuk Bahan "B"

1. Uli tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.

3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.

4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.



Resepi- KERABU PEGAGA

Bahan-Bahan:

125 gram kelapa parut

100 gram ikan bilis – dibersihkan

2 ikat daun pegaga

1 ikat daun cekur – dihiris

3 biji cili merah

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1 sudu teh gula pasir

2 biji limau nipis – ambil jusnya

Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk ikan bilis, cili merah, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.

2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.

3. Goreng bahan-bahan tersebut tanpa minyak hingga wangi.

4. Bubuh dalam mangkuk.

5. Masukkan daun pegaga, daun cekur, garam dan gula pasir. Tuangkan jus limau dan gaul hingga rata. Hidangkan.

Resepi Ayam Masak Halia


Bahan-Bahan:

  • Ayam separuh - potong kecil
  • 2 inci halia muda atau tua- dihiris
  • 2 labu bawang besar - dihiris
  • 5 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji cili merah - belah dua
  • Sos Tiram - untuk perap ayam
  • Maggie Seasoning - untuk perap ayam
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar tepung Jagung- dibancuh dengan air

Cara Penyediaan

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan Maggie Seasoning selama 18 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam yang telah diperap dan goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan lada merah, kacau sehingga nampak layu.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak likat.



Saturday, January 8, 2011

Resepi Mee Sup

Untuk Sup Ayam -

400 gram ayam (dipotong kecil)

1 ulas bawang putih

2 inci halia

1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah

1 sudu besar rempah sup

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

beberapa fish cake atau fishball

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan Taburan Atas Sup -

-Bawang goreng, hirisan lemon, pagedil ayam, sambal kicap dan hirisan daun ketumbar.

Bahan-bahan untuk Pegedil Ayam

3 biji kentang saiz sederhana

100gram dada ayam ( dicincang halus)

1 sudu kecil jintan manis atau jintan putih

1 biji telur

sedikit hirisan bawang besar

lada sulah

garam

daun celery atau daun sup

Cara-Cara Memasak Pegedil Ayam

1. Kupas kentang dan potong kecil-kecil, goreng hingga empuk, angkat dan lapikkan kentang tadi dengan kitchen towel, bagi menyerap lebihan minyak. biarkan sejuk seketika.

2. Cincang bawang besar dan, tumis bawang besar tadi hingga layu, baru masukkan isi ayam hancur, kemudian masukkan jintan manis yang telah dicincang halus, kacau sebati. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil kentang dan ramas hancur, masukkan bahan tumisan tadi dan gaul sebati, masukkan sedikit telur, (telur ini agak-agak sahaja, jangan sampai sebijik terus, cuma dalam 1/3 kuantiti 1 biji telur, bakinya akan digunakan untuk coating nanti, fungsi masukkan sedikit telur ini hanya sebagai agen penyatu.)

4. Akhir sekali masukkan daun celery yang telah dihiris halus, sesuaikan rasa, masukkan lada sulah dan garam, bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit, celup pegedil tadi dengan baki telur dan goreng dengan minyak panas, tak perlu lama,(pastikan api tidak terlalu perlahan) dan pastikan minyak betul-betul panas, setelah pegedil perang angkat dan toskan. Sesuai dijadikan pelengkap untuk bihun sup, mee sup dan di makan begitu sahaja.

Cara-Cara Untuk Memasak Mee Sup

1. Blender halia, bawang besar dan bawang putih ( nak hiris nipis atau tumbuk dengan lesung batu semua ni pun boleh), panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan garing.

2. Selepas itu masukkan ayam, kacau sebentar, setelah sebati masukkan air, air ni agak-agak lah, biarkan mendidih dan masukkan garam, rempah sup dijadikan pes dan masukkan di dalam sup tadi, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah ayam empuk baru masukkan batang celeri, dan fish cake. akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. tutup api dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar atau daun sup.

3. Celur mee kuning, dan masukkan di dalam bowl, curah sup ayam tadi dan atur pegedil, hirisan lemon, sambal kicap pedas dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan.

Apam Pisang Mudah


3 biji pisang embun ( montel )

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 cawan air / santan

1 sudu kecil soda bicabanate

Lecek pisang sehingga lumat. Satukan kesemua bahan2.

Sapu acuan / loyang 20 cm dengan sedikit minyak masak.

Tuang adunan dan tutup dengan aluminium foil.

Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

apam pisang

pisang embun