Monday, December 27, 2010

Lontong

Posted

Kuah Lodeh

Bahan-bahan Kuah lodeh
3 cawan sederhana pekat
5 biji bawang merah kisar
1 biji bawang putih kisar
1/2 inci halia titik
2 batang serai ketuk
sedikit ikan bilis atau udang kering sebagai rencah
5 batang kacang panjang dipotong serong
1/4 cawan sengkuang hiris memanjang
1/2 batang lobak merah potong memanjang
1 keping tauhu digoreng dipotong kecil
1 keping tempe digorengdipotong kecil
2 keping fucuk (tauhu kering) direndam dan dipotong-potong
Beberapa urat soon direndam
Sedikit kunyit serbuk, dan garam
Cara masak
1. Masukkan bawang, halia, serai, serbuk kunyit, perencah(ikan bilis/udang kering) dalam santan .
2. Masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang separa empuk.
3. Masukkan sengkuang, lobak merah dan fucuk. Setelah sedikit menggelegak masukkan tauhu, tempe, soon dan garam. Kacau sebentar dan kemudian bolehlah diangkat.
4. Bolehlah dihidang dengan nasi impit, kuah kacang dan paru goreng.

Kuah Kacang

Bahan-bahan
2 cawan kacang tanah
1/2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah kisar
1 biji bawang besar kisar
1 biji bawang putih kisar
3 batang serai diketuk
1/2 inci lengkuas diketuk.
2 sudu gula melaka
gula
garam
air asam jawa
2 cawan air
Minyak menumis
Cara masak
1. Panaskan minyak (gunakan minyak agak banyak) dan tumiskan bawang dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau garing sedikit.
3. Masukkan air, serai dan lengkuas.
4. Masukkan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk halus.
5. Masak sehingga kacang tanah berasa empuk. Jika airnya kering boleh ditambah lagi.
6. Setelah kacang tanah empuk, masukkan gula, garam dan air asam. Biarkan kuah elok pekatnya dan menggelagak seketika barulah diangkat.

Kuah Kacang

Nasi Lemak Kukus

Tekstur nasi lemak kukus berderai dan tidak melekat-lekat

Bahan-bahan
3 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dibubuh garam
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dihiris
1/4 ini ci halia dihiris (jika suka untuk menaikkan aroma)
sedikit halba (jika suka)

Nasi dikukus beralaskan daun pisang untuk membangkitkan lagi aroma


Cara Masak
1. Beras dibasuh terlebih dahulu sebelum direndam 8 hingga 10 jam. Kemudian ditos.
2. Taburkan bawang, halia halba dan daun pandan pada beras.
3. Kukus beras selama 30 – 40 minit.
4. Setelah beras masak menjadi nasi (agak keras sedikit), gaulkan dengan santan rata-rata ketika nasi masih panas (teknik arung).
5. Kukus semula anggaran 20-30 minit. (Jika nasi agak keras sedikit renjis-renjiskan air dan kemudian kukus semula).
6. Nasi lemak kukus yang dimasak, agak keras sedikit daripada nasi yang ditanak, berderai dan tekstur berasnya cantik.
Perhatikan nasi yang berderai dan tidak melekat-lekat satu sama lain. Inilah bentuk sebenar nasi lemak kukus.

Ikan Siakap Kukus Masak Asam

Siakap kukus

Siakap kukus

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan dan dilumur garam
  • 3 biji cili merah kisar
  • 4 biji bawang kecil kisar
  • 1/2 inci halia kisar
  • 1 labu bawang besar hiris
  • 1 batang bunga kantan hiris
  • 1 biji tomato dibelah-belah
  • 1 keping asam gelugur
  • garam
  • gula
Cara masak
  1. Letakkan ikan dalam bekas.
  2. Masukkan bahan di atas bersama-sama ikan.
  3. Kukus ikan 15 – 20 minit.

Roasted Ginger Chicken

Roasted Ginger Chicken

Bahan-bahan
1 ekor ayam dibersihkan dan toskan
3 sudu makan jus lemon
3 sudu makan halia muda dikisar
1/2 sudu makan bawang putih dikisar
3 sudu makan minyak zaiton
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan serbuk paprika
1 pokok daun parsli dihiris halus
1 sudu makan sos barbeku
garam dan sedikit gula perang
Hiasan
Ubi kentang, dan tomato ceri
Cara Masak.
1. Campurkan semua bahan dan lumurkan pada ayam.
2.Pastikan di bawah kulit ayam juga dilumurkan rata-rata.
3.Kemudian masukkan dalam beg plastik dan perap dalam peti sejuk selama 5 jam.
4.Ubi kentang dan tomato juga dilumurkan bumbu.
5.Masak ayam dan ubi kentang selama 45 mt – 1 jam minit atau sehingga ayam masak dengan suhu 170C.
6.Kemudian masukkan tomato ceri dan masak selama 3 minit.

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong empat belas
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar
5 biji cili merah dikisar
25 biji bawang kecil dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
½ inci lengkuas dikisar
4 batang serai dikisar
2 batang serai ketuk
3/4 inci kunyit hidup dikisar
½ helai daun kunyit disiat
2helai daun limau purut
4 biji buah keras kisar
½ kilo santan pekat
2 sudu jus asam jawa
1 helai daun kunyit dihiris
3 helai daun salam
2 sudu makan kerisik
garam dan gula melaka
Info
Jika ayam dimasak dalam kuantiti yang banyak atau ingin membawa dalam perjalanan, bolehlah ayam dilumur kunyit dan garam terlebih dahulu dan dibakar dalam oven (ini untuk mengelak ayam pecah apabila dikacau selalu.Ayam yang dibakar akan kecut airnya dan lebih sedap dan wangi aromanya berbanding dengan digoreng). Bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 170C.
Cara masak
1.Masukkan semua bahan yang telah dikisar, daun kunyit siat, dan serai ketuk ke dalam ayam dan masak secara lebur.
2.Setelah bumbunya kering, masukkan santan. Kacau sehingga ayam masak dan kuahnya kering.
3.Masukkan asam jawa, garam, gula dan kerisik.(Jangan masuk kerisik awal sebab bumbu mudah hangus)
4.Setelah bumbunya kering taburkan hirisan daun kunyit, daun salam dan daun limau purut. Setelah berbau wangi tutup api.

Resepi LAKSam

Bahan-Bahan:

Bahan Laksam:

3 cawan tepung beras

6 sudu besar tepung jagung

6 cawan air

sedikit garam

Bahan kuah:

3 ekor ikan sardin

1 gelas santan

½ biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 batang serai

2 sudu kerisik

Sedikit lada sulah

2 asam keping

1 inci lengkuas

Gram dan gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):

Telur rebus

Daun salad

Timun – potong halus

Taugeh

Sambal belacan

Cili tumbuk

Kacang panjang – potong kecil-kecil

Cara-cara penyediaan:

Penyediaan laksam:

Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam.

Sementara itu panaskan kukusan.

Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan.

Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.

Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.

Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.

Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:

Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi.

Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.

Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.