Friday, July 15, 2011

berbola daging

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan sos:

20 gm bawang merah
80 g bawang putih
20 g kunyit hidup
10 g lengkuas
100 g cili kering
80 g kerisik
2 sudu besar minyak
½ cawan santan pekat
1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)
1 sudu kecil air asam jawa 500 gm daging
100 g bawang merah
5 g serbuk lada putih
10 g serbuk lada hitam
20 g daun bawang
500 g serbuk roti
200 g tepung gandum
5 butir telur

Cara:
Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.

Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.

Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.

Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment