Wednesday, July 20, 2011

pie apple


Apple pie.....nampak mcm pakar jer yg membuatnya...hahaha.Walaupun first time wat,tapi syukur...jd gak..



Nie yang dibuat konon2 ikut stail kat McD,tapi jadi stail Liza....hahahaha.Sampai intinya pun melimpah kuar...byk sangatku letak intinya.....



Bahan-bahan ( 3-6 orang makan)

UNTUK INTI PIE:-

• 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
• 200 g gula perang
• 50 g kismis
• 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



UNTUK DOH PIE :-
• 500 g tepung gandum
• 200 g mentega
• 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
• 200 g gula halus(saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
manis)



Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.



2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.



3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.



4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.



5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.



6. Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas. Selamat mencuba..


Inti pai dari epal dan kismis....


Pai Epal yang tengah menunggu masa untuk membakar diri....huahuahua....


Yang dah siap bakar....


Tengok filling dia kat dalam tu.........

No comments:

Post a Comment