Bahan:-
- 1 bungkus sosej mini Ayamas (perisa blackpepper)
- air secukupnya untuk merebus sosej
- 3 sudu besar sos bbq - akak guna jenama Life
- 1 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar sos cili
- 3 = 4 sudu besar madu
- secubit garam
- 3 sudu besar minyak zaitun
- sedikit air cara-cara:
- Rebus sosej hingga masak dan toskan. Campur kesemua sos dan kacau.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan dan masukkan campuran sos tadi.
- Letakkan sedikit garam dan air. Kacau sekejap dengan api perlahan sekali.
- Masukkan sosej dan kacau balik dengan sos tadi hingga kesemua sos melekat pada sosej dan kering dari pan.
- Bila semua telah bersalut, angkat sosej tadi.
No comments:
Post a Comment