Wednesday, July 20, 2011

SPAGHETTI PEDAS BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN( 2 orang makan)
1/2 bungkus spaghetti.
15 ketul bebola ayam(Saudi)

3 biji tomato merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus

2 camca kecil Italian Herbs (terdapat di semua supermarket)
1/2 peket mix vegetables
1/2 tin sederhana tomato puri
2 tin (guna tin tomato puri) air.

3 sudu besar cili giling/cili boh
2 camca besar parutan cheddar cheese.
1 kiub Maggi Chicken.
Gula dan garam secukup rasa.

3 sudu besar minyak zaitun (kalo takde,minyak masak biasa pun boleh)


CARA
1.Rebus spaghetti dengan 1 camca besar minyak zaitun hingga lembut.
Selepas tu tapis ,basuh spaghetti dengan air sejuk.

Untuk kuah:
1. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang merah yang di
cincang dan biarkan sehingga bawang berwarna lutsinar.Lepas itu
masukkan celery dan biarkan hingga lembut.
2. Masukkan tomato cincang , cili giling ,dan sayur campur.
3. Selepas itu masukkan 2 camca kecil italian herbs.
4. Masukkan tomato puri dan air.
5. Masukkan bebola ayam dan kiub ayam maggi.
6. Bila kuah dah mendidih , masukkan keju
7. Masak kuah ini selama 30 minit dgn api perlahan.
8. Hidang spagheti dan hias dengan daun parsley dan daun bawang yang dihiris halus.

No comments:

Post a Comment