Sunday, February 27, 2011

Petua Elakkan Masakan Cepat Basi

1. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan bahan yang hendak dimasak dari jenis yang lembut dan cepat empuk.

2. Apabila masakan telah masak, angkat dan jauhkan dari bahang api.

3. Jangan biarkan tersimpan dalam bekas memasak. Sebaiknya terus angkan dan hidangkan.

4. Gunakan senduk yang kering ketika menyenduk.

5. Jangan guna sudu basah atau tangan sahaja. Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah.

6. Jangan campur-aduk makanan yang telah disenduk dengan yang belum disenduk.

7. Sebelum disimpan dalam almari atau bawah tudung saji, pastikan masakan tersebut telah benar-benar sejuk.

Petua Masak Daging Kambing

Untuk menghilangkan bau pada masakan daging kambing, ikuti petua ini:

1. Masukkan bahan-bahan yang beraroma ke dalam masakan daging kambing seperti serbuk jintan manis, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, air limau nipis, tomato dan ubi kentang.

2. Sesudah masak daging kambing dihidang pula dengan salad timun, tomato, bawang dan ketumbar.

3. Untuk mencair lemak semasa menjamah masak daging kambing, hendaklah amal meminum Teh O Pudina panas-panas.

Petua Memasak Ayam

Apabila anda memasak ayam yang sudah dipotong-potong, mulailah dari daging ayam yang berwarna lebih gelap kerana warna gelap biasanya matangnya lebih lama, dibandingkan yang berwarna putih.

Petua Untuk Sedapkan Tempoyak Ikan Patin

1. Basuh ikan patin dengan cuka dan toskan.

2. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam.

3. Perap bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, air.

4. Selepas itu anda boleh masak tempoyak ikan patin.

Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.

Petua Memekatkan Sup

Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek

Petua Melambatkan Nasi Menjadi Basi

Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari wap yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum anda tekan suis periuk atau masak atas dapur gas, anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras. Nasi yang anda masak, tahan untuk seharian.

No comments:

Post a Comment