Wednesday, August 18, 2010

ASSAM PEDAS

ASSAM PEDAS

ANDA PERLUKAN


Bahan A ( dikisar)

  • ½ - ikan pari/tenggiri (digaul dgn sedikit garam dan digoreng ½ masak)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 buku bawang besar
  • 5 sudu besar cili kering atau lebih (mengikut citarasa)
  • 1 cm belacan

Bahan B (masukkan selepas tumis naik bau)

  • 5 helai daun limau purut
  • 1-2 batang bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum
  • 6 biji kacang bendir
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu air asam jawa
  • 3 sudu tomato sos
  • 4 sudu minyak utk menumis
  • 2-3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan digoreng terlebih dahulu
  2. Kisar semua bahan A
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yg dikisar
  4. Kacau dan tunggu sehingga naik bau
  5. Masukan sedikit air
  6. Masukkan ikan yg telah digoreng, seterusnya semua bahan B
  7. Kacau rata dgn perlahan. Tambah sos tomato/cili sos/ asam jawa lebih (kalau perlu)
  8. Masukan kacang bendir, tunggu sehingga layu sedikit
  9. Biarkan masak 4-5 minit.
  10. Hidangkan panas.

Selamat mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment