Wednesday, August 18, 2010

IKAN SIAKAP MASAK TOM YAM


IKAN SIAKAP MASAK TOM YAM

ANDA PERLUKAN
  • 2 ekor ikan siakap atau kerapu yang bersaiz sederhana (600g)
  • 1/2 cmt garam (secukup rasa)
  • 2 cmt tepung jagung
  • 2 cawan minyak (500ml) - untuk menggoreng (deep fry)

CARA MENYEDIAKAN IKAN
  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Lumurkan tepung jagung ke seluruh bahagian badan ikan.
  4. Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

UNTUK SAMBALNYA
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 batang serai - dipotong kecil*
  • 1 cm halia*
  • 2 cmb / 1 kiub perencah tom yam
  • 1 cmb cili boh
  • 3 helai daun limau purut - dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 2 cmb minyak - untuk menumis
  • 3 cmb air
* bahan - bahan ini ditumbuk sekali.


CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Apabila kekuningan, masukkan perencah tom yam dan cili boh.
  3. Biarkan di atas api buat seketika, kemudian masukkan garam dan daun limau purut.
  4. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering dan hangus.
  5. Akhir sekali tuangkan sambal tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

TIPS
  • Tambah sedikit air sekiranya anda mahukan kuah lebih.
  • Boleh juga gantikan ikan lain seperti kerapu, bawal, kembung dan lain - lain
  • Sesuai untuk beginner atau mereka yang baru belajar memasak.

TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang

No comments:

Post a Comment