Monday, May 30, 2011

ANEKA BISKUT

TAT NENAS/GULUNG

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].

cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..


JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..

crystallball.jpg

BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.

chocolatecrunch2.jpg

CHOCOLATE CRUNCH

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.


sarangsemut.jpg


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.



AlmondLondon5.jpg

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula aising dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar telur puyuh dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biarkan sejuk daru dicelupan
8. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
9. Sejukkan dahulu baru disimpan.




mamacarrie.jpg

BISKUT MARMAR CARRIE

Bahan – bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .

Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
Coklat paste
beberapa batang tooth-stick

Untuk membuat aising:
1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste.
3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan lorekkan atas permukaan ising putih tadi.
5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




dam.jpg

BISKUT DAM

Bahan – bahan
Putih :
2 biji telur
120 gm susu tepung
1 kg tepung gandum
500 gm mentega
1 sudu teh esen vanila

Coklat :
2 biji telur
20gm serbuk koko
900 gm tepung gandum
300 gm gula aising
500 gm mentega

Cara membuatnya
1. Gaul sebati semua bahan putih dan ketepikan .
2. Kemudian gaul sebati bahan coklat .
3. Canai yang putih setebal setengah inci begitu juga dengan adunan coklat .
4. Tindihkan 4 lapis berselang seli. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam
5. Keluarkan dan potong , susun berselang - seli.
6. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.
7. Setelah itu bolehlah dibakar.

BISKUT SAMPERIT

Bahan
200 g butter
150 g gula kastor
2 butir kuning telur
1 s/k esen vanilla
340 g tepung gandum ]
120 g tepung jagung ] diayakkan
30 g tepung kastad ]

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gula hancur dan bergaul rata.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkkan dan gaulkan sehingga rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
5. Potong anggaran 2 inci dan bakar anggaran 10 minit dalam suhu 180'C.
6. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan dalam bekas kedap udara.

BISKUT KELAPA

bahan
250 g butter
200 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/t esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1 cawan tepung ubi ] diayakkan
1 1/2 cawan tepung gandum ]
bahan hiasan...ceri merah dan hijau di potong kecil

Cara
1. Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa supaya samarata.
2. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
4. Masukan kelapa yg telah digaul rata dengan tepung tadi.
5. Gaulkan sehingga menjadi doh.
6. Canaikan dan terplah mengikut acuan kegemaran.
7. Hiaskan dengan bahan hiasan dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180'C.
8. Sejukkan sebelum simpan dalan bekas kedap udara.


tumpi.jpg

KUIH TUMPI

Bahan-Bahan:
5 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
1 sudu makan udang kering - dimesin halus
1 biji bawang putih - dimesin halus
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Kacang tanah - mengikut anggaran
Minyak masak secukupnya


Cara
1. Satukan tepung beras, udang kering, bawang putih, jintan putih dan jintan manis.
2. Kemudian masukkan garam di dalam mangkuk santan.
3. Bancuhkan tepung tadi dengan santan, perlu diingat hendaklah jangan terlalu cair tetapi sederhana.
4. Terlebih dahulu panaskan minyak di dalam kuali bersama-sama acuannya.
5. Setelah panas, ambil acuan itu lalu dituang ke atasnya dua sudu makan tepung adunan dan kembangkan adunan mengikut anggaran yang dikehendaki.
6. Kemudian taburkan kacang tanah ke atasnya, lalu masukkan ke dalam minyak panas.
7. Buatlah seterusnya hingga habis adunan tadi.
8. Setelah masak, bolehlah diangkat.

PUTU KACANG

Bahan
500 gm kacang hijau [gorengkan dan mesin jadikan serbuk/tepung]
300 gm gula icing

Cara
1. Gaulkan kedua bahan dan biarkan sebentar supaya gula dan tepung kacang hijau ni mesra.
2. Masukkan dalam acuan khas untuk putu kacang dan tekan supaya padat.
3. Terbalikkan doh yg telah ditekankan perlahan2 dan susunkan dalam loyang.
4. Jemurkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


87e3a697.jpg


KUEH KARAS

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras -halus
2 cawan gula -mengikut citarasa masing-masing
3 cawan air
Acuan kuih karas

Minyak untuk menggoreng

cara
1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air.
2. Kacau hingga sebati. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan tuangkan bancuhan ke dalam acuan seperti membuat roti kirai.
3. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dan lipatkan ia. Kemudian toskan minyak.
4. Apabila sudah sejuk, simpan di dalam tin supaya kuih karas ini supaya tidak masuk angin
.



kapit.jpg

KUEH KAPIT/GULUNG

Bahan-Bahan:
220 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
1 biji kelapa parut
5 biji telur
250 gm gula halus
2 cawan air
Sedikit garam
Acuan kuih kapit yang telah disapu minyak

Cara

1. Telur dan gula halus dipukul bersama hingga rata.
2. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama dan masukkan bancuhan telur ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
3. Seterusnya tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi mesra.
4. Panaskan minyak bersama acuan kuih kapit sebelum menggoreng.
5. Tuang 1-2 camca adunan ke dalam acuan dan tekan ke dalam minyak untuk digoreng.
6. Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
7. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.

8. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat dengan segera.
9. Biarkan ia sejuk sebelum disimpan.

bangkitsantan.jpg

KUIH BANGKIT SANTAN

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:

1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7. ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

BEPANG KACANG

Bahan
300 gm kacang tanah
100 gm bijan
300 gm gula pasir

Cara
1. Kacang tanah dan bijan digorengkan tanpa minya secara berasingan. Sejukkan.
2. Buangkan kulit kacang tanah.
3. Masakkan gula hingga menjadi karamel.
4. Sapukan sedikit minyak dalam loyang empatsegi besar.
5. Taburkan bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
6. Tuangkan gula karamel tadi sehingga menutupi kacang dan bijan.
7. Potong bepang ini bentuk panjang atau empat segi ketika masih panas.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan

chop_chup.jpg chunkychocch-01.jpg

BISKUT KACANG & COKLAT CIPS

Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang[panggang]
200 g tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan badam cincang dan coklat cips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 215 - 20 minit.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

No comments:

Post a Comment