Monday, May 30, 2011

NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin [ gorengkan dan pecah2kan]
2 biji telur
6 pokok kangkung [potong kecil]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
minyak

bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sediki ikan bilis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata.
3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata.
4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata.
5. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.

NASI GORENG HAWAII

Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 ulas bawang putih ]
1 biji cili capsicum ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin

1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

NASI GORENG TOMYAM

Bahan-Bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang putih ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
100 gm udang kecil
100 gm isi ayam [ hiris nipis]
2 s/b pes tomyam [2 kiub tomyam ]
4 batang kacang panjang [potong kecil]
1 batang carrot [ potong dadu kecil]
2 keping daun kobis [ potong kecil]
1 pokok daun ketumbar [daun yg digunakan untuk tomyam]
3 biji cili merah [potong kecil]
1 s/k sos nampla
2 s/b minyak
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan kib tomyam, isi udang, ayam, cili merah. carrot, kobis dan kacang. Masakkan sehingga agak layu.
3. Masukkan nasi, sos nampla dan garam. Gaulkan rata.
4. Angkat nasi dan masukkan dlam pinggan hidangan.
5. Taburkan hirisan daun ketumbar.



NASI GORENG UDANG

bahan
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja]
1 cawan sayur campur [mix vege]
1 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang putih [ketuk]
1 s/k lada hitam
1 biji laga merah [cincang]
1 pokok daun bawang [ mayang]
Garam secukup rasa
minyak

hiasan
bawang goreng
keropok
telur mata kerbau

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau.
3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan bersama bahan hiasan.


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.

NASI ARAB

Bahan
6 cawan beras basmati
6 cawan air
4 s/b minyak sapi
4 s/ minyak jagung
garam - secukup rasa

bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 ulas buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis.
2. Masukkan 3 cawan beras dan kacau sehingga rata dan garing i & perang.
3. Masukan baki beras dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng.
4. Masukkan garam dan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk.
5. Masukkan dlam rice cooker dan biarkan sehingga masak saperti nasi biasa.

NASI GORENG KERABU

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:
1. Mayang halus bahan sayur.
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan
yang telah ditumbuk halus.
3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang
telah dimayang.
6. Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kak liza suka masak nasi goreng ni sebab baunya wangi

NASI BERIANI JAGUNG

Bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih ] bahan tumis
3 biji buah pelaga ]
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.

NASI MINYAK
Bahan
1 kg beras bathmati
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]-dihiris
3 cm halia ]
2 helai daun pandan..koyak & simpulkan
3 tangkai daun kari
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm cengkih
3 gm pelaga
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato..cincang kecil
1 liter air
2 s/b minyak sapi
bawang goreng
kismis
bawang-dihiris halus

Cara Membuat
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.
4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.
5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.

DALCA

Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..

bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar..potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan
bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas,
bawang besar, garam, gula dan serbuk
perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

NASI DHALL

Kak liza selalu masakkan untuk anak2 jika mereka jemu makan nasi putih...
disamping ianya rengkas..tetapi penuh ngan nutrition...
sesuai ngan tumbesaran kanak2...




NASI DHALL

5 cawan beras bathmati
6 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
2 s/b minyak
1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas]
3 helai daun pandan - disimpul
daun sup - mayang kasar.
garam
Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 cm halia

rempah tumis
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Hiasan
½ cawan kacang gajus goring
bawang goring

CARA MASAK:

1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas
periuk nasi eletrik [Rice Cooker]. Tumiskan bahan tumis dan
daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.

2. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal.
Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.

3. Bila telah kering, kacau dan hidangkan.
Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.

4. Hidang nasi dengan ayam goreng dan gulai daging + kentang...

NASI PILAF



Bahan:
1 kg beras bathmati..basuh dan toskan
1 liter air
1/2 tin susu cair
1 labu bawang besarr..potong dadu
3 ulas bawang putih..]
1 inci halia. ] tumbuk
6 sudu beasr minyak sapi
1 tin kacang peas
3 biji cili hijau....belah 2
1 sudu kecil kunyit
6 kumtum bunga cengkih ]
1 inci kayu kulit kayu manis ] bahan tumis
2 kuntum bunga lawang ]
1 cawan tairu
1 pokok daun sup..racik kasar
1 cawan kacang gajus
sedikit kismis
garam

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker
dan tumskan bawang besar, bawang putih, halia
dan bahan tumis sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang gajus
dan masakkan nasi dalam rice cooker saperti biasa.
3..Bila nasi dah kering/masak...kacau/gemburkan.
4. Bila hidang..taburkan kacang gajus dan bawang goreng.
5. sedap dimakan dgn ayam masak merah atau
rendang ayam/daging..

NASI KERABU





Bahan-bahan:

Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga
warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..
masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni,
serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :

Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah,
bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam.
Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Masak santan sehingga mendidih.
Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula.
Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
Masukkan santan cair dan kacau.
Perlahankan api.

Biarkan sehingga beberapa minit dan
kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

SOLOK LADA

Beberapa biji cili hijau (sebaiknya warna hijau keputihan tu)
dibelah dua memanjang..buangkan bijinya

Isi ikan....ikan kembung/tenggiri...anggaran 1 cawan
kelapa muda (parut) ...1 cawan
3 ulas bawang merah...mayang
1 biji telur
garam

Cara:
1. Semua bahan ni digaul dan masukkan dalam cili hijau tu.
2. Kukuskan cili ni selama 15 minit.
3. Hidangkan bersama nasi kerabu...


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Gaulkan semua ulam-ulaman.
Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan,
kuah dan budu untuk dimakan.

Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...
atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..


Banyak nyer nak buat..adui..penatnya..
kak liza dah try buat sekali...pastu rasanya kalau setakat 2 atau 3 org nak makan..
baik beli jer...kat sini mudah sangat dapat nasi kerabu ni..
sedap dan agak murah tau...
kalau nak buat jamuan barulah barulah berbaloi
masak nasi kerabu ni...


NASI DAGING

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 2 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
garam & gula secukup rasa

2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ]mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

2 inci kulit kayu manis ]
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan tumis
3 kuntum buag pelaga ]

3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

NASI DAGANG

Bahan-bahan
3 cawan beras
1 cawan beras pulut
sedikit halba
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
3 helai daun pandan

Bhn utk DiMayang
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia

Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan. Rendam
semalaman.
2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau
tiga daun pandan kemudian aturkan silang menyilang
atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan
beras daripada banyak jatuh kedalam lubang pengukus
dan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.
3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalam
mangkuk besar. Gaul dengan santan yang telah
dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang
serta halba sehingga samarata.
4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.
5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan
bersama gulai nasi dagang dan acar.




Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang...

1 ekor ikan tongkol/tenggiri...]
6 kepng asam keping............] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya................]
3 s/b rempah kari ikan
2 s/b cili mesin
4 ulas bawang kecil....tumbuk halus
lengkuas...tumbuk kasar
2 cawan santan pekat
1 s/b gula merah
1 s/b kerisik
air asam jawa secukupnya
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

Acar Timun.

Timun
Lobak Merah (Carrot)
Cili merah & Hijau
Bawang Besar Cuka
gula dan garam
Air kapur

Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis.
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.

NASI DAGANG BERAS MERAH [BROWN RICE]
Bahan
1 kilo beras nasi dagang (yg warna merah tu..brown rice)
{1/2 kilo sedikit beras biasa (kalau nak campur kalu tak terpulang)}
1 biji Santan pekat
garam dan gula secukup rasa
bawang kecil ]
halia muda ] mayang
sedikit halba

Cara-caranya :

1. Rendamkan beras tersebut 2 jam
2. Kukuskan beras tersebut sehingga ½ masak dan gaulkan dengan santan.
3. Taburkan bawang merah dan halia serta halba dan ratakan.
4. Kukuskan lagi sehingga ia benar2 masak.
5. Hidangkan brsama lauk saperti nasi dagang putih/beras biasa.

NASI BUKHARI

1 kg beras bathmati
1 liter air
1/2 kg daging..potong dan rebus dgn halia
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk badam halus
3 biji tomato..belah 4
2 labu bawang besar ..potong dadu

daun pandan..disimpul
daun kari
kismis
garam

Bahan tumbuk halus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/teh jintan manis
1 s/teh jintan putih
1 s/teh kas-kas
3 kuntum bunga cengkih


Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumiskan bawang
besar sampai wangi. Masukkan bahan yg ditumbuk danbiarkan garing sikit.
2. Masukkan daging yg direbus, tomato puree, susu cair, serbuk badam
daun pandan, daun kari, tomato, kismins, garam dan beras.
3. Masukkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan
masak saperti biasa.
4. Bila dah kering..kacau nasi cuma satu hala saja...jangan kacau
banyak arah...nanti nasi hancur..
5. Bila hidang...taburkan bawang goreng..sedap dimakan ngan
dalca campur...


PULUT....

Macam-macam boleh di masak...

1. Pulut Kuning..makan ngan rendang..gulai..kerutup




2. ketupat palas..yang dibungkus rupa tiga segi tu..makan ngan gulai/kari daging...



3. pulut tanak..masak macam nasi dalam rice cooker..bila nak hidang golekkan
ngan kelapa muda..makan ngan ikan kering...



4. Nasi Dagang..pulut 1 cawan dan beras 4 cawan..rendam dan kukus..
pastu siram ngan santan pekat..gaul ngan hirisan halia & bawang merah dan halba..
makan ngan gulai ikan tongkol..femes kat Kelantan & Terengganu ni..



5. pulut Udang..yng dibungkus ngan daun pisang..inti didalamnya
serunding kelapa & udangkering..pastu dibakar..


6. Pulut inti..dibungkus ngan daun pisang..intinya kelapa manis tu..






7. Wajik...pulut dikacau ngan gula merah & santan...
kadang2 ada yg masukkan durian..



8. Pulut lemak ..dimakan ngan kuah durian..
musim durian selalunya ramai suka jamu..




9. Lemang..yg dibakar dalam buluh..makan ngan rendang..
serunding daging..atau gulai daging/ayam..




10.Inang2..sejenis kueh lama...pulut masak dibentukkan
dan dijemur sampai kering..pastu digorengkan..

.
11. Tapai..pulut dimasak dan campur ragi..di kepal(bulatkan)
atau dibungkus ngan daun pisang..simpan 2 hari..
pastu baru dimakan..




12. Serimuka..kueh.. dikukus..bawah pulut dan atasnya santan & tepung..ada warna hijau dan kekadang warna gula merah..


WAJIK
Bahan:
7 pot beras pulut,,rendam 5 jam..kukus
1 1/2 kg gula pasir
1/2 kg gula merah
4 biji kelapa parut..perah tanpa air( 4 cawan + secubit garam)
daun pandan...simpul

Cara:
1. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan 1 cawan air dan daun pandan..tapiskan
2. Masakkan dengan santan sehingga pekat.
3. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
















MEE/BIHUN

MAKARONI BAKAR

Bahan
1 kotak sederahana makaroni [rebus sehingga lembut]
250 gm sayur campur [mixed vegetable]
6 biji telur ayam [pukul sikit]
200 gm udang [bersihkan dan toskan]
200 gm isi ayam/mince meat
1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]
4 ulas bawang putih [cincang]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji cili kapsikum hijau [potong dadu
1 s/t lada hitam
2 biji tomato buah yg keras [potong dadu]
1 s/b sos tomato
2 s/b keju pamesan
garam
minyak

Cara
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan udan g dan ayam. Kacau rata.
2. Masukkan sos tomato, sayur campur, garam dan lada hitam. Kacau rata dan biarkan sebentar.
3. Masukkan makaroni dan semua sayuran yg dipotongkan.
4. Angkat dan masukkan daun sup dan daun bawang.
5. Masukkan dalam loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
6. Ratakan telur ke atas makaroni dan taburkan keju pamesan.
7. Bakarkan dalam suhu 180'C selama 15 -20 minit.
8. BIla telah masak sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.


SPAGHETI AYAM


Bahan-Bahan:
1 peket spageti [direbus bersama 1 s/k minyak]
1 tin sup tomato
1 tin cendawan butang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong dadu]
2 biji bawang besar [potong dadu]
3 biji tomato muda [potong dadu]
200 gm daging/ayam cincang Ramly
1 s/k serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b aregano herb
butter/minyak
Gula dan garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan butter/minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata suapaya daging ayam tidak berketul2.
3. Masukkan sup tomato dan setengah cawan air dan biarkan mendideh.
4. Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato buah, cendawan, lada hitam, gula dan garam.
5. Kacau rata dan biarkan sehingga agak pekat baru masukkan aregano herb dan kacau rata.
6. Bila telah pekat angkat dan letakkan atas spagheti yg telah di letakkan dalam pinggan.
7. Taburkan keju parmesan.


MEE CALONG

Bahan
1 rangka ayam {potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Bahan Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih]
2 s/b kicap cair


Bahan Calong
2 ekor ikan selayang [ambil isi saja]
1 s/k lada hitam tumbuk
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara.
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.



SupMakaroni2.jpg

MAKARONI SUP

MEE KANTONIS

600 gm mee kuning
2 biji telur [pukul]
200 gm udang basah
250 gm ayam (dihiris)
150 gm fish cake
30 gm bawang putih (dicincang)
200 gm sawi
100 gm carrot[hiris nipis]
100 gm bunga kobis [potong kecil]
1 s/b lada putih/sulah
1 s/b tepung jagung
2 sudu besar minyak
1 cawan air rebusan ayam
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan masukkan mee dalammnya. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah dan garam.
4. Masukkan sayuran dan biarkan mendideh sikit.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
6. Angkat kuah dan curahkan atas mee dalam pinggan.
7. Hidangkan panas2 bersama bawang goreng.



MEE FISHBALL SOUP

Bahan
1 rangka ayam {potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
2 biji fishcake panjang [potong kecil]
15 biji fishball bulat
10 biji fishcake bulat [potong 2]
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih ]
2 s/b kicap cair

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendideh.
3. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
4. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan fisball dan fishcake yg telah dipotong.
5. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
6. Masukkan sawi/kailan.
7. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
8. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
9. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

SpagethiMaggi.jpg

SPAGETHI MAGGI

bahan
3 paket mee segera ayam
100 gm daging cincang halus [mince meat]
5 biji cendawan butang [potong 2]
1/2 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
1 biji tomato [potong dadu]
2 s/b cili mesin
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/t lada hitam
2 s/b tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan mee segera. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas mee yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup

BIHUN SOTO INSTANT

Bahan
3 paket bihun segera [perisa ayam]- rebuskan sehingga lembut dan toskan
sedikit taugeh [bersihkan kakinya]
daun sup & daun bawang [hiris halus]
lobak merah[mayang halus]
bawang goreng
kacang tanah goreng

Kuah Kicap Pedas
10 biji ciliapi
1 ulas bawang putih
2 s/b kicap pekat
2 biji air asam limau

Kuah Sup
1/4 ekor ayam [bersihkan]
1 s/b rempah sup [bancuhkan dgn sikit air]
1 batang serai [ketuk sikit]
2 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ] tumbuk halus
1 cm halia ]
5 cawan air
minyak
garam
lada hitam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg ditumbuk.
Bila dah wangi masukkan rempah yg dah bancuh.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan air.
Masukkan juga lada hitan dan garam. Biarkan mendideh.
3. Bila dah mendideh masukkan perencah bihun tadi dan biarkan reneh sekejap.
4. Keluarkan ayam dan toskan.Siatkan daging ayam.
5. Bila dah siap, masukkan bihun dalam pinggan.
Taburkan bahan sayuran dan tuangkan kuah supnya.

Jika suka boleh dimakan ngan kuah cili kicap pedas.

MAGGI LADNA PEDAS

Bahan-Bahan:
4 bungkus maggi [celur dan toskan]
100 gm udang
100 gm sotong [dipotong]
100 gm isi ayam [dipotong]
1 pokok sawi [dipotong]
sedikit kobis
2 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih [ditumbuk]
1 sudu besar tepung jagung + air
1 s/k lada hitam
1 biji telur
Minyak masak & garam

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan maggi & kicap pekat. Gorengkan selama 2 minit.
2. Angkat & masukkan ke dalam pinggan.
3. Tumiskan bawang putih hingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan lada hitam & masak hingga mendidih.
6. Tuangkan dalam pinggan ada maggi.



MEE HONGKONG

bahan
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]
100 gm udang basah buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


Bakso.jpg

MEE BAKSO

bahan
500 gm tulang lembu
200 gm lemak muda atau tetal
300 gm daging [kisar]
5 s/b tepung jagung
2 kiub pati daging
1 bungkus rempah sup bunjut
sos cili kicap
daun sup & daun bawang [hiris]
hirisan kobis
500 gm mee kubing [celurkan]
air secukup
garam
10 ulas bawang merah [mayang nipis]
Minyak

Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam[kisar]
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Bersihkan tetel/lemak muda dan tulang lembu dan rebuskan bersama bahan tumbuk dan rempah sup bunjut sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk buat bawang goreng.
3. Masukkan bawang goreng kedalam periuk sup dan renehkan sehingga lembut.
4. Daging kisar tadi di gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam dan bulat2kan. Sekiranya lembek bolehlah tambahkan tapung jagung.
5. Bila kuah tulang telah mendideh masukkan bebola daging dan rebuskan sehingga masak.
6. Untuk menghidangkan, ambil mee kuning dan daun sup & daun bawang, hirisan daun kobis dan sos cili kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atas mee.

KTiaw1.jpg

KUETIAW GORENG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...



MeeUdang.jpg


MEE UDANG

Bahan-Bahan:
1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah ]
3 ulas bawang merah ] kisar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b lada hitam ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup ] mayang
5 biji tahu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]
Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng
stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendideh.
4. Masukkan udang dan biarkan mendideh.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.

Nota...taugeh tak payah dicelur supaya terAsa kerangupannya bila dihidangkan dgn sup udang yg panas..


MEE BANDUNG

Bahan

500 gm mee kuning (dicelur)
200 gm daging ayam (dipotong kecil)
300 gm udang
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 8)
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan

Cara Menghidang:
Masukkan mee & tomato ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah panas hingga penuh.
Bubuhkan telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun bawang & bawang goreng.


MeeGoreng.jpg

MEE GORENG BASAH

Bahan-Bahan:
500 gm mi kuning
100 gm udang
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm kobis (dipotong)
250 gm sawi (dipotong)
2 s/b cili mesin
2 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 cawan air stok tulang ayam
minyak
garam


bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan air stok dan kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
4. Bila nampak dah mendideh lagi kacau rata dan tutup api. [Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]
5. Hidangkan.


MeeJawa.jpg

MEE JAWA

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:


1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
230 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

LAKSA JOHOR

bahan

1 bungkus spageti
500 gm ikan kerisi/parang
500 gm udang basah
300 gm ikan kurau kering - ditumbuk halus
4 sudu udang kering - yg sudah ditumbuk
3 sudu kerisik
1 biji kelapa - diambil santan
30 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
1 sudu serbuk lada hitam
5 keping asam gelugur
sedikit daun pudina & daun kesum
3 btg serai dititik
sedikit minyak untuk menumis

Sayuran/Ulaman
Timun, tauge, kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah dan pudina.


Cara merebus spagethi:

1. Panaskan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan spageti.
2. Bila lembut dan hampir diangkat masukkan minyak di dalamnya.
3. Toskan.
4. Letakkan ramuan-ramuan laksa sebelum dituangkan kuahnya.
5. Makan dengan sambal cili ( cili merah & belacan ditumbuk dan masukkan sedikit garam).


Cara menyediakan kuah:
1. Ikan direbus dan ditoskan airnya.
2. Simpan airnya untuk dijadikan kuah.
3. Buangkan tulang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah digiling.
5. Tuangkan santanke dalamnya.
6. Masukkan serai dan daun kesum.
7. Biar ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa

MEE GORENG SEGERA

Bahan
3 bungkus mee segera[ayam] & perencah [patahkan sikit]

3 s/b minyak
5 cawan air
1 s/b kicap
2 s/b tomato sos

bahan [dipotong kecil]
100 gm isi ayam
2 ekor sotong sederhan besar
1 keping fishcake
2 pokok sawi minyak
3 kelopak kobis panjang
1 batang lobak merah

bahan tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk kasar
3 s/b cili mesin

bahan hiasan
lada merah
daun sup
[mayang halus]
timun [buangkan kulit dan hiriskan menyerong]

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, sotong dan fishcake. Kacau rata.
4. Masukkan air, kicap dan tomato sos. Biarkan mendideh.
5. Masukkan mee & perencah dan biarkan mendideh.
6. Masukkan pula sayuran dan kacau rata. Jika nampak seakan kering..tambahkan sikit air panas.
7. Bila nampak sayur layu bolihlah angkat kedalam pinggan.
8. Taburkan hirisan lada merah dan daun sup. Susunkan hirisan timun ditepi pinggan.
9. Hidangkan bersama air jus oren.

MEE TOMYAM SEGERA

Bahan:
3 bungkus mi segera perisa tomyam
100 gm isi ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
3 helai daun limau purut (koyakkan)
2 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
1 pokok daun ketumbar (cincang)
Minyak masak

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih hingga garing.
3. Masukkan air, daging, serai & cili padi.
4. Masak hingga daging lembut.
5. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam.
6. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis.
7. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.


MeeHailam3.jpg

MEE/BIHUN GORENG HAILAM

Bahan:
600 gm mee atau bihun [rendamkan sehingga lembut]
200 gm isi ayam [potong nipis dan kecil]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm udang [bersihkan]
200 gm kubis [racik halus]
100 gm carrot [racik halus]
100 gm taugeh [bersihkan]
100 gm daun kucai [potong pendek]
1 s/b lada hitam[tumbuk]
4 ulas bawang putih [tumbuk]
3 s/b minyak masak
2 s/b besar kicap cair
1/2 cawan air

Hiasan
2 biji cili merah [racik halus]
2 keping tahu goreng [potong kecil]
3 batang daun saderi ]
3 batang daun bawang ] racikkan
3 biji telur [ buatkan dadar dan potong kecil]

Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, sotong dan udang dan Kacau rata.
3. Bila sudah masak, masukkan bihun, air dan kicap. Gaulkan rata dan biarkan masak.
4. Masukkan sayuran yg dipotong. Gaulkan rata. Rasakan masinnya.
5. Bila telah sayur telah layu dan masak boleh diangkat dan hidangkan dalam pinggan besar.
6. Hiaskan dengan bahan hiasa yg telah disediakan.

LaksaAssam.jpg

LAKSA ASAM

bahan

1 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
5 mangkuk air rebusan ikan
Garam secukup rasa

Bahan A (Dikisar halus):
2 biji bawang besar
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus

Bahan (Dihiris nipis):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
1 pokok daun salad
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah

Cara membuat
Masukkan ke dalam periuk bahan A, isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukupnya.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hias dengan timun, bawang, cili, nanas serta limau kesturi. Apabila hendak makan, tuang kuah laksa ke atasnya.

BihunCiliApi.jpg

BIHUN GORENG CILIAPI

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm tauge
250 gm kucai
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

bahan mesin/tumbuk

10 biji ciliapi
6 biji cili merah
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

cara
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.


MEE atau BIHUN SUP

bahan
1 kilo mee kuning atau 500 gm bihun
500 gm daging
2 s/b rempah sup ADABI
4 keping tahu [gorengkan dan hiris nipis]
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
3 cili merah ] hiriskan halus
5 biji cili api ]
bawang goreng
5 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]
4 biji telur rebus [belah 2]..jika suka
minyak untuk menumis
garam
1 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih

bahan tumbuk
2 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

cara
1. Celurkan mee kuning atau Rendamkam bihun sehingga lembut dan celurkan. Toskan.
2. Daging direbuskan dengan bunga lawang, bunga cengkih . kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga lembut. Keluarkan daging dan hiris nipis dan kecil.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
4. Masukkan rempah sup yg telah dibancuh ngan sikit ait dan kacau sehingga naik minyak.
5. Masukkan semula air rebusan sup dan biarkan reneh sehingga mendideh. Masukkan garam.
6. Untuk menghidang, masukkan bihun atau mee dalam mangkuk dan tuangkan sup. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup & bawang, telur rebus, daging hiris dan limau kasturi.

LAKSAM TERENGGANU

BAHAN....
1/2 kg ikan..kembung/selayang...bakar dan ambil isi
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
garam secukupnya

ULAMAN...
Taugeh.....buangkan akar
kacang panjang
kobis
kacang botol
Daun kesum
bunga kantan
timun
Semuanya di mayang/racik/hiris halus

SAMBAL....
Cili api ]
Cili merah/hidup ] ditumbuk saperti sambal belacan biasa
Belacan ]
Air limau kasturi/limau nipis

Bahan penting.....Laksanya...macam kuetiauw tu...(selalunya k.Liza beli siap dan balik buat kuah kat rumah jer....belum tamat belajar buat laksanya lagi...)

CARA:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan perlahan-lahan sampai mendideh.
2. Rasakan masinnya.
3. Hidang bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi atau limau nipis.




MAKARONI GORENG

Bahan A:

1 cawan daging cincang Ramly tu atau ayam cincang
1 tin cendawan butang.. hiris /potong 2
1 biji cili hijau benggala/capsicum [potong dadu]
1 biji cili merah caksicum [potong dadu]
1 batang carrot [potong dadu]
2 biji tomato [potong dadu]
3 sudu tomato sos
garam

bahan tumis;
1 labu bawang besar...........potong dadu
2 ulas bawang putih............potong dadu
cili mesin...kalau nak pedas
2 sudu minyak masak

Cara memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.Biarkan wangi dan garing.
2. Masukkan bahan A dan makaroni dan gaul rata.
3. Rasa garam dan hidangkan.
4. Hiaskan dengan hirisan daun pasli...jika suka


MEE GORENG MAMAK

Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi ----potong kecil
3 sudu cili mesin.....nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar ---cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau -------hiris nipis


Cara.

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan pula fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
3.Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh dan sawi.
5. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
6. Masakkan mee agak kering.
7. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan cili hijau.

MEE KARI


1 kg mee kuning ...]
1/2 kg taugeh..........]dicelur skit

4 keping Tahu....digoreng dan dihiriskan nipis
1 pokok Daun bawang & daun sup....hiris halus
3 biji Cili merah ...........hiris nips
3 biji Limau kasturi/limau nipis.....potong kecil
Bawang goreng.... secukupnya

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake...potong nipis
2 sudu besar cili mesin
3 sudu rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2 batang serai
1 inci halia.................]
1/2 inci lengkuas........]
5 ulas bawang kecil.....]dimesinkan
2 ulas bawang putih....]

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


1 comment: