Friday, May 27, 2011

mie bandung


Bahan utk dikisar

15 tangkai cili kering ( lebih jika ingin pedas )
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Bahan bahan lain

1 mangkuk kecil daging ( potong dadu - lebih jika mahu )
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula ( ikut citarasa anda )
Garam
Sayur sawi
Mee Kuning ( cuci dahulu sebelum digunakan )
Air secukupnya
Telur
** Jika hendak letak fishball, sotong, fishcake pun boleh

Caranya

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daging hingga garing dan pecah minyak
Bila dah garing, masukkan sos cili, tomato garam dan gula
Gaul rata, masukkan air ( jgn terlalu banyak hanya cukup utk buat kuah )
Biarkan ia mendidih sebentar pecahkan telur biar telur masak
Angkat dan keluarkan telur
Masukkan sayur dan mee yg telah dicuci.
Renehkan sebentar. Angkat dan sedia dihidang
Letak telur tadi diatas mee




No comments:

Post a Comment