Monday, May 30, 2011

NASI KERABU [Versi Pantai Timur]



Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

NASI KERABU/ULAM [Versi Utara]

Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang

1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]

40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai
1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]
1 sudu teh serbuk lada


Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Boleh juga sebagai tambaha sediakan asam rebus keladi.

NASI BERIANI SAYUR

Bahan-Bahannya:
4 cawan beras basmati [basuh dan toskan]
1/2 cawan susu cair
1 tongkol jagung [ambil isi saja]
4 cawan air
1 batang lobak merah [diparut]
1/2 cawan kacang peas
1 cawan lada benggala merah dan kuning [dipotong dadu]
1/2 cawan kismis

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar [mayang halus]
3 ulas bawang putih[cincangkan]
2 cm halia [mayang halus]
1 s/b rempah kurma [bacuhkan sikit ngan air]
1 helai daun pandan
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi

untuk hiasan
Hirisan telur dadar
bawang goreng
daun bawang [mayangkan]

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk rice cooker.
2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, garam dan susu cair.
4. Bila mendidih, masukkan beras dan semua bahan sayuran.
5. Alihkan peiruk kedalam periuk nasi dan masak saperti biasa.
6. Bila dah nampak kering gemburkan sekali dan tekan suiz semula. Biarkan kering lagi.
7. Hidangankan dalam pinggan hidang besar yg leper dan taburkan bahan hiasan.
8. Makan dengan ayam masak merah atau gulai kerutub daging dan juga daun salad.



NasiWarna3.jpg

NASI MINYAK WARNA WARNI

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]


Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.



NASI CARROT aka NASI LOBAK MERAH

Bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1 caw susu cair
8 caw air
2 kiub ayam knorr
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih ] bahan tumis
3 biji buah pelaga ]
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.

NasiAyamLiza5.jpg

NASI AYAM DIET

Bahan:
1 ekor ayam [potong 2]
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
4 tin susu beras AAA
2 helai daun pandan[disimpulkan]
carrot[potong dadu]

sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b Apple Cider Venigar atau jus limau
gula & garam secukupnya

Cara
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit.
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong mengikut suka.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.



NASI GORENG USA

Bahan-Bahan:
4 pinggan nasi putih
4 ulas bawang merah [cincang]
2 ulas bawang putih [cincang]
1 biji cili capsicum merah
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
1 mankuk kecil daging ayam [dipotong nipis dan kecil]
1/2 cawan mix-vege
1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk lumat]
Garam
majerin

bahan hiasan
telur mata kerbau
salad coleslow
daun sup
tomato buah

Cara:
1. Panaskan majerin, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang beserta lada hitam.
2. Tumis hingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak
4. Kemudian masukkan mix-vege dab telur hancur tadi.
5. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan dan hiaskan saperti dalam gambar.


NASI GORENG NENAS

bahan:
2 mangkuk nasi putih [sejukkan]
1/2 cawn nenas dalam tin[asingkan airnya]
1 biji telur [pukul sikit]
5 ekor udang besar
100 gm isi ayam [hiris kecil dan nipis]
2 ulas bawang putih ]
3 ulas bawang merah ] hiriskan
1/2 cawan mix-vege
1 biji lada merah [cincang]
1 s/b sos ikan [sos nampla]
1 s/b sos tiram
1 s/b lada hitam
2 s/b majerin

cara:
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah dan putih yg dihiris.
2. Masukkan ayam, udang. dan mix-vege . Kacau rata.
3. Masukan telur dan biarkan mask sikit baru dihancurkan.
4. Masukkan nasi, sos nampla, sos tiran dan nenas. Kacau rata.
5. Bila dah nampak agak garing boleh angkat dan masukkan dalm buah nenas yg dibelah 2 dan korek isinya.
6. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan.
7. siapppppp


No comments:

Post a Comment