Bahan-Bahan:
Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
Pencetak kuih karipap
Caranya:
1. Ceduk aiskrim dengan sudu dan letakkan di tengah-tengah kepingan roti.
2. Ambil pencetak kuih karipap, dan kepitkan pada roti yang dah diletak aiskrim tadi.
3. Kikis lebihan roti yang terkeluar dari pencetak kuih.
4. Apabila sudah siap, masukkan ke dalam bekas dan terus masukkan ia ke dalam freezer. Biarkan semalaman.
5. Untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng aiskrim bersalut roti tadi. Keluarkan aiskrim bersalut roti dari freezer dan gorengkan ia hingga kekuningan dan bangkit cepat-cepat untuk elak aiskrim cair.
No comments:
Post a Comment