Sunday, September 12, 2010

Bingka Ubi



BINGKA UBI
Resepi: Anggaran Sendiri

Bahan:-
  • 500 gm ubi kayu yang telah diparut.
  • 1 keping gula melaka - dicincang kecil2
  • 1/3 cawan gula merah/gula pasir
  • 1 1/3 cawan santan pekat
  • 1 biji telor - dipukul sikit
  • beberapa helai daun pandan
Cara Memasak:-
  1. Perah ubi biar keluar airnya di dalam bekas. Biarkan hening dan sagu mendap. Bila air telah jernih, buangkan airnya dan campurkan sagu yang mendap ke dalam parutan ubi tadi.
  2. Sementara itu, masak santan, gula merah, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut sekejap. Tapiskan.
  3. Campurkan ke dalam parutan ubi tadi.
  4. Masukkan telor dan gaul semuanya biar rata dan mesra.
  5. Lenserkan loyang dan tuangkan adunan ubi. Ratakan.
  6. Bakar selama 1 jam pada suhu 170 C sehingga ubi masak dengan api bawah. Kemudian lebihkan +- 30 minit lg dengan api atas dan bawah pulak. Bakar hingga agak berkerak kalau suka.
  7. Sejukkan pada suhu bilik baru dipotong.

No comments:

Post a Comment