Puteri Mandi Mudah & Sedap
Bahan-bahan ( 7-8 org makan )
- 3 Cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- Sedikit air untuk jadikan doh
- Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
- 1/2 biji kelapa parut
- 2 senduk gula (ikut citarasa)
- Air untuk larutkan gula
- Daun pandan
Cara-cara
- Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
- Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).
- Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
- Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
- Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.
- Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
- Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati... Siap.... :)
No comments:
Post a Comment