Thursday, September 16, 2010

Resepi Pajeri Terung


Bahan-Bahannya:

  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
  • Minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh(pilihan saja)
  • 3-4 biji lada hijau(pilihan saja)
  • 1/4 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa

Caranya:

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula, potong dua dan setiap bahagian itu belah empat tetapi jangan sampai terputus
  3. Tumis bahan blend tadi dengan rempah kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  6. Rasakan masin manisnya. Kalau ada yang terkurang bolehlah ditambah.

No comments:

Post a Comment