BAHAN-BAHAN
10 - 20 biji bendi (dipotong-potong menyerong)
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam sedikit serbuk perasa
Cara-Caranya:
1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bendi.
3. Pecahkan telur di dalam kuali yang mengandungi bendi tadi. Kacau-kacaukan telur tadi hingga hancur.
4. Goreng hingga sayir bendi layu.
No comments:
Post a Comment