Thursday, September 2, 2010

Kerabu Pegaga


Bahan-Bahannya:

Selonggok pegaga segar

2 sudu kerisik (dari 1/4 biji kelapa)

2 biji chili merah (besar)

1/2 inci belacan

Sebiji bawang besar

Sesudu asam jawa

2 sudu air (untuk buat jus asam jawa pekat)

Sedikit garam



Cara-Caranya:

1. Cuci pegaga kampung dengan sedikit garam kasar.Toskan. (Pilih pegaga kampung bukan pegaga tebal daunnya. Pegaga tebal rasanya pahit sedikit.)

2. Simpulkan sedikit pegaga dan hiris nipis hingga habis semua pegaga

3. Hiris bawang besar nipisnipis.

4. Goreng cili hingga layu. (Jangan dikupas semasa menggoreng).Gunting-guntingkan chili dan tumbuk chili dengan belacan hingga lumat.

5. Campur 2 sudu air dengan sesudu asam jawa. Dapatkan jus pekat dan buangkan biji asam jawa.

6. Campur semua bahan dalam mangkuk, gaul-gaulkan sehingga sebati. Rasa garam, kalau tidak cukup garam, tambah lagi. Sedia untuk dimakan bersama nasi dan lauk lain.

No comments:

Post a Comment