BAHAN-BAHAN
Bahan-Bahannya:
1 kilo beras pulut (lebih kurang 4 3/4 cawan)
4 3/4 cawan santan pekat dan cair
2 sb garam
1 sb gula daun palas secukupnya
Cara-Caranya:
1. Beras pulut dibersihkan dan ditoskan airnya
2. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sentiasa kacau pulut supaya tidak melekat di kuali.
4. Apabila pulut telah masak dan tidak melekat di kuali dan kelihatan berminyak, padamkan api dan biarkan suam.
5. Balut menggunakan daun palas yang telah dibuka terlebih dahulu.
6. Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 1 jam.
7. Bila sudah masak, keluarkan ketupat dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
8. Anda boleh dapat lebih kurang 40 biji ketupat
No comments:
Post a Comment