Thursday, September 2, 2010

Udang Masak Lemak Belimbing Buluh


Bahan-Bahannya :

4-5 ekor udang segar dan besar

2 sudu chili kering yang sudah di blend

1/2 camt serbuk kunyit

2 biji chili merah ditumbuk

250 ml santan (1/2 biji kelapa)

Beberapa biji belimbing buluh

1/2 camt garam

Sesudu besar gula

Sesenduk minyak masak

Cara-Caranya:

1. Siang udang (Tidak perlu buang kepala, cuma siang kaki dan sesungut sahaja.) Kemudian campur sekeping asam keping dan cuci bersih.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang sebentar. Masukkan chili dan kunyit. Gaul-gaulkan selalu. Masukkan garam dan gula.Biarkan sehingga pecah minyak.

3.Masukkan udang,santan dan belimbing. Masak anggaran 10-15 minit sehingga udang masak (kulitnya bertukar warna). Angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment