Wednesday, July 20, 2011

John Legend's Macaroni & Cheese

cara2: 3 cawan makaroni (yang lurus) (saya kurangkan jadi 2)
4 sudu besar mentega (@ half stick) (tambah lagi untuk griskan loyang)
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil lada hitam halus
1 tin krimer sejat (saya gunakan 3/4 tin sahaja. 1 tin = 400 ml)
1/3 cawan susu skim
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam berperisa (saya ganti dengan seasoned black pepper)
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
250 g keju cheddar (diparut)
250 g keju Monterey Jack (diparut) (kalau tiada, tak mengapa)
Paprika



Caranya:

1. Panaskan oven 375 degrees. Sapukan mentega pada loyang segi empat berukuran 22cm (h) x 14.5cm (w) x 7cm (depth). Lagi lebar lagi bagus.

2. 2 cawan makaroni kering dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air dalam kuantiti yang banyak berserta sedikit garam dan minyak (tak bagi melekat). Dah masak, toskan dan kacau dengan 3 sudu besar mentega tadi sampai mentega tu sebati dengan makaroni.

3. Dalam mangkuk sederhana, pukul krimer + telur + susu skim. Tambah seasoned black pepper, serbuk bawang putih dan garam. (Saya letak sket paprika).

4. Bahagi macaroni kepada 3 bahagian. Buat layer macaroni yang pertama dalam loyang. Taburkan keju. Kemudian layer yang kedua dan seterusnya. Selang-selikan dengan keju. Tuang campuran susu di point no. 3. Kemudian taburkan paprika di atasnya.

5. Bakar dalam oven selama 35-45 minit. Selepas masak sejukkan dalam 10-15 minit sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment