Friday, July 15, 2011

Daging rendang tomyam
Bahan-bahan:
  • 400g daging
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris- bahagi dua sebahagian untuk rebus dan tumis
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap
  • 6 biji cili padi- nak lebih pedas sila tambah
  • 2 kiub pes tomyam – kuib maggi atas knorr
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam- jika perlu
  • , gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Daging mentah dihiris-hiris halus ikut citarasa.
  2. Kemudian direbus dengan memasukan sedikit air , halia dan pes tomyam sehingga daging lembut.
  3. Toskan daging yang dah direbus, air rebusan ni jangan dibuang.
  4. Panaskan minyak didalam kuali agak agak saja untuk mengorengkan daging .
  5. Bila daging agak garing masukan lebihan halia dan cili padi sehingga naik bau masukan air rebusan ., sos cili,buah tomato . kicap dan sos ikan.
Renihkan kuih daging sehingga kepekatan yang suka dan akhir sekali masukan hirisan bawang dan daun ketumbar dan tutupkan api agar bawang tadi agak sedikit layu

No comments:

Post a Comment