Friday, February 18, 2011
BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan bahan nya:
75 gram butter, di cairkan..dan lebih sedikit untuk mengris kan loyang nya nanti..
175 gram biskut jenama digestive (dihancurkan lumat)
175 gram buah blueberry, dan kalau nak buat hiasan, lebihkan lah sikit..
450 gram cream cheese (saya guna jenama philidelphia)
150 gram gula caster
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telor di pukul manja
sedikit gula ising untuk taburan
panaskan oven pada suhu 180 darjah gunakan loyang 24cm yang bulat
Cara cara nya:
(kalau anda tak ada loyang springfoam) guna kan loyang biasa pon boleh sahaja.Cara nya ,loyang ditaruk kan kertas pembakar lalu di gris ngan butter.
1) Hancurkan biskut digestive lalu gaulkan ngan 75 gm butter cair, lalu terap dan tekan tekan ke dalam loyang.Lalu taburkan blueberry keatasnya dan boleh lah letak kan ke peti ais sementara menunggu untuk membuat creame cheese nya adonan.
2) Pukul creame cheese, gula caster, esen vanilla dan telor didalam bekas yang agak besar. Pukul hingga halus dan berkrim.
3)Setelah halus dan berkrim adonan creame cheese tu, boleh lah tuangkan ke dalam loyang yang dah ada biskut dan blueberry tadi..
4) Bakar selama 40 mins atau lebih..boleh sampai ke 1 jam kekadang tu, atau apa bila di goyangkan loyang, adonan itu tidaklah bergoyang sangat.(bergegar)( atas dan tepi kek nampak keperangan)
5)keluarka dari oven , biar sejuk..betul betul sejuk..baru bole tabur sedikit gula ising diatas nya untuk diterbalikkan supaya boleh bukak dan buang kertas pembakar dibawah nya..hidang ketika sejuk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment