Sunday, February 27, 2011

Petua Untuk Mudah Cuci Kuali

Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng. Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan. Anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih. Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa. Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.

Petua Cuci Kerak Periuk

Kerak pada periuk memang susah untuk dibersihkan. Biasanya anda perlu menggosok dengan kuat dan berkali-kali agar kerak itu dapat ditanggalkan. Ambil kulit ubi kentang, kemudian rebus kulit kentang dan periuk yang ada kerak itu selama 15 minit. Setelah air rebusan itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya. Kemudian, mudahlah untuk anda membersihkan periuk tersebut.

Petua Membersihkan Siput Sedut

Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak

Petua Mengisar Cili

Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dengan lebih cepat.


Petua Untuk Menjernihkan Minyak Masak

Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak. Minyak itu akan menjadi jernih semula.

Petua Untuk Peti Sejuk Tidak Berbau

1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Peti sejuk tidak akan berbau.
2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk, juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

No comments:

Post a Comment