Petua Elakkan Masakan Cepat Basi
1. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan bahan yang hendak dimasak dari jenis yang lembut dan cepat empuk.
2. Apabila masakan telah masak, angkat dan jauhkan dari bahang api.
3. Jangan biarkan tersimpan dalam bekas memasak. Sebaiknya terus angkan dan hidangkan.
4. Gunakan senduk yang kering ketika menyenduk.
5. Jangan guna sudu basah atau tangan sahaja. Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah.
6. Jangan campur-aduk makanan yang telah disenduk dengan yang belum disenduk.
7. Sebelum disimpan dalam almari atau bawah tudung saji, pastikan masakan tersebut telah benar-benar sejuk.
Petua Masak Daging Kambing
Untuk menghilangkan bau pada masakan daging kambing, ikuti petua ini:
1. Masukkan bahan-bahan yang beraroma ke dalam masakan daging kambing seperti serbuk jintan manis, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, air limau nipis, tomato dan ubi kentang.
2. Sesudah masak daging kambing dihidang pula dengan salad timun, tomato, bawang dan ketumbar.
3. Untuk mencair lemak semasa menjamah masak daging kambing, hendaklah amal meminum Teh O Pudina panas-panas.
Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang
Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.
No comments:
Post a Comment