Kek Kukus Buah2an Campuran
5 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bicabanate
1 sudu besar baking powder
( ketiga2 bahan2 ini di ayak )
1 kg buah2an campuran
2 buku butter
6 biji telur
1 sudu besar esen nenas / oren
1 cawan gula perang / merah
2 cawan gula pasir di hanguskan
Panaskan kukusan terlebih dahulu dengan air di paras minima.
Ambil sebahagian tepung yang telah di ayak tadi dan di gaul pada buah2an campuran.
Perap selama 1 jam.
Pukul butter dan gula perang / merah sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sebati.
Masukkan esen dan pukul lagi. Masukkan baki tepung dan pukul dengan senduk kayu.
Masukkan buah2an campuran dan gaul pelahan2. Ketepikan sebentar.
Panaskan 2 cawan gula dan masak sehingga berbuih dan keperangan.
Dengan pantas masukkan air gula tersebut kedalam adunan dan kacau rata.
Alas periok berukuran 28 cm ( kukusan bersaiz 36 cm ) aluminium foil dan sapu sekeliling periok dengan planta.
Masukkan adunan dan tutup periok dengan aluminium lagi.
Kukus selama 4 jam..kalau air kukusan berkurangan tambah dengan air panas.
No comments:
Post a Comment