Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 5 Orang
Bahan-Bahan :
500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil
3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Daun Parsley sebagai hiasan
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa
Cara-cara :
Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.
Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej. Biarkan sehingga masak dan kekuningan.
Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam. Kacau.
Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.
Apabila mereka semua dah sehati sejiwa di dalam kuali. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.
Hidangkan dengan taburan parsley, lada hitam dan lebihan keju parmesen.
Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap. Mantap..!
Sedap dimakan ketika masih panas.
Komen bibik-
1. Kalau korang jumpa sos carbonara yang segera. Lagi senang. Cuma tuang saja. Contohnya seperti di atas.
2. Anda boleh mewahkan spaghetti ni dengan udang atau sotong. Bagi saya sosej dan isi ayam dah cukup. Pastikan benar-benar cukup. Kalau tak jadi macam saya. Isi habis. Spaghetti tak. Huhu. Ayamas ada banyak pilihan sosej. Duit di tangan anda. Hihi.
3. Lagi berkhasiat kalau dimasukkan sayur. Senang cerita sayur campur la kan. Kalau korang kayo. Beli la brokoli. Takde sayur pun takde masalah. Kompem sedap. Ceh, angkat bakul sendiri.
4. Semasa menuang spaghetti. Jangan tuang semua sekali gus. Tuang sedikit demi sedikit. Agak-agak dah cukup. Tak payah bubuh yang selebihnya. Jangan jadi macam saya. Tuang sekali semua. Konon cukup. Sekali lebih. Hahaha. Kureng sikit kebasahannya.
5. Nak kena dengan selera Malaysia. Letakkan hirisan cili padi. Perghh, gerenti lagi laju suapan korang. Erk, bagi yang suka pedas la kan.
Ehm. Tu je la. Rasanya resepi ni mudah. Cumanya bahan dia yang MAHAL di Malaysia.
No comments:
Post a Comment