Tuesday, May 31, 2011

steak1A.jpg

STEAK

Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan

1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

GULAI DAGING TERENGGANU

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

OPOR DAGING

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat


SAMBAL DAGING

Bahan-bahan

600 gm daging [potong nipis]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
1 s/k gula
4 s/b minyak
1/2 cawan air
2 batang serai [ketukkan]
garam [jika perlu]

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 inci halia
4 s/b cili mesin
5 biji cili merah

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan air. Kacau rata.
4. Masukkan garam[jika perlu] dan biarkan sehingga daging lembut dan kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.


DAGING KERUTUB

Bahan
1 kilo daging [potong dadu/kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
500 ml santan
2 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan daging. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan dagingnya empuk


KURMA DAGING

Bahan-Bahan:
1 kg daging (dibersihkan & dipotong kecil)
60 mg marjerin
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
¾ sudu jintan manis
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia (giling)

Bahan Giling:
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada sulah
2 ½ sudu besar adas
2 labu sedang besar (dihiris)
3 cawan pati santan atau 1 tin susu sejat cair
Garam secukup rasa
2 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
2 batang lada hujau (dibelah dua memanjang)
1 biji sedang tomato (dibelah 4)
Air dari 1 biji limau nipis


Cara:

1. Pijarkan marjerin atas api yang sederhana & tumiskan bahan giling sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua rempah kering & masukkan bawang merah,bawang putih,halia & bawang besar.
3. Goreng hingga layu,kemudian masukkan ayam & balutkan rata-rata dengan campuran itu.
4. Masukkan santan atau susu cair & garam secukup rasa,kacau.
5..Biarkan campuran itu mendidih,kemudian kecilkan api,
6. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan lada & masak dengan terbuka hingga ayam hampir empuk,dengan dikacau selalu.
7. Masukkan tomato & masak hingga empuk.Angkat dari api. Campurkan air limau nipis & rasalah asam garamnya.
8. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

PEGEDIL DAGING

bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

PARU BEREMPAH

Bahan
500 gm paru [rebus dan potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
4 biji tomato buah [belah 4
5 biji lada hijau [potong 2 serung]
1/2 cawan air
daun kari
minyak
garam

bahan mesin
2 cm halia
5 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahn mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan paru rebus dan air. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
4. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

RENDANG CAMPUR [paru/hati/limpa]

Bahan-Bahan:
1 kg limpa + paru + hati
3 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/b kerisek
2 s/b air asam jawa
1 s/k gula
garam
daun kunyit [mayang halus] atau daun limau purut [koyakkan]

bahan mesin
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
20 biji cili kering
10 biji cili api [jika suka]
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Potong limpa, hati dan paru kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan dan renehkan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Masukkan daun kunyit atau daun limau purut.
4. Bila dah nampak naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

NOTA.
Sekiranya nak gantikan limpa, hati dan paru dengan kerang.. hanya kupaskan kerang dan masukkan bila kuah dah nampak pekat.

DAGING MASAK HITAM

Bahan-Bahan:
500 gm daging (dipotong nipis)

bahan mesin
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
20 biji cili kering

3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 ulas bawang merah [mayang]
2 ulas bawang putih [mayang]
Minyak masak
½ cawan kicap pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar aiir asam jawa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan bahan mesin dan daging. Biarkan sehingga lembut.
4. BIla sudah lembut masukkan kicap dan kerisik.
5. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.
6. Bila telah masak boleh hidangkan.

DALCA DAGING

Bahan-Bahan:
400 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
10 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Daging dipotong kecil dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong pendek [1 inci] kacang panjang.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan.

DAGING GORENG dgn BENDI

Bahan
250 gm daging [potong nipis]
250 gm bendi [basuh dan potong serong]
1 biji lada kapsicum merah [ mayang]
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 s/b minyak
2 s/b kicap
1 s/t gula

Cara :
1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
3. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.
5. Goreng hingga sayuran-sayuran masak.
6. Hidangkan dengan nasi





DAGING BAKAR

500 g daging [basuh dan hiriskan setebal 1 cm]
2 batang serai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
garam dan kunyit

Cara
1. Mesinkan semua bahan kecuali daging.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 jam.
3. Masukkan daging dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven suhu 180'C dan bakar selama 30 mint.
[jangan lupa balik-balikan daging supaya masak kedua belah]
5. Hidangkan dengan salad





SOSEJ dan BAKE BEANS SWEET-SOUR

Bahan
10 biji sosje/hotdog [potong 2]
1 tin bake beans yg lembut
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/besar sos tomato
3 biji lada merah [mayang]
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3. Masukkan bake beans, soso tomato,gula dan garam. Kacar rata.
4. Bila dah masak boleh dihidangkan dengan roti.

NOTA:
Resepi ini kak liza pelajari semasa menghidangkan makanan kepada anak-anak mangsa peperangan BOSNIA semasa kunjungan mereka ke Kerteh pada tahun 1992 dahulu...

SATAY DAGING/AYAM [stail bakar dalam oven]

Bahan:
500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

Cara:
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yg telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

NOTA:
Sekiranya nak digoreng..[boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato]
Panaskankan minyak dan tumiskan bahan yg diperapkan.
Masukkan bawang besar dan lada merah yg dipotong kecil.



SERUNDING DAGING

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
20 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang 3 cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. Jangan berhenti mengacau..takut mudah hangus.
5. Sejukkan dan simpan


DAGING MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
3 s/besar sos tomato
4 s/besar cili kering (dikisar)
1 s/besar kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Potong daging nipis dan lebar lebih kurang sebesar 5 cm.
3. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
6.Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
7. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar.
8. Kacau seketika & angkat.
9. Hidangkan dengan nasi putih dan tomyam.

DAGING MASAK KICAP SEMPOI

Bahan
500 gram daging [ dipotong nipis]
1/2 cawan air
3 biji kentang [ potong nipis dan gorengkan]
7 s/b kicap lemak manis
3 s/b tomato sos
2 biji tomato keras/mengkal [belah 4]
1 s/k lada hitam
minyak


Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
3 sm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji cili hijau
3 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiriskan kecuali bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging, air dan kicap. Biarkan mendideh dan daging lembut.
3. Bila dah nampak agak pekat masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Biarkan reneh sebentar baru tutup api dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi dan boleh juga makan ngan roti macam steak.



DAGING BAKAR

bahan
300 daging
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k garam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas baaang putih ] mesin halus
3 cm halia ]

Cara:
1. Daging di potong nipis tatapi lebar.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan sebentar.
3. Bakar/panggangkan daging oven 200'C selama 30 minit.
4. Bila daging masak, potong kecil dan hidangkan.





ASAM PEDAS TETEL [DAGING CINCANG]

Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
garam

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.



RENDANG DAGING

Bahan-Bahan:
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan nrempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

DAGING DENDENG

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu [yg tiada lemak]


bahan mesin [kasar]
15 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b gula merah

garam dan kunyit

Cara:
1. Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.
2. Kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
3. Tumbukkan daging dalam lesung supaya lembut sikit lagi.
4. Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan yg dimesin kasar tadii sehingga naik baunya.
5. Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.

DAGING MASAK HITAM

Bahan-Bahan:
500 gm daging (dipotong nipis)

bahan mesin
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
20 biji cili kering

3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 ulas bawang merah [mayang]
2 ulas bawang putih [mayang]
Minyak masak
½ cawan kicap pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar aiir asam jawa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan bahan mesin dan daging. Biarkan sehingga lembut.
4. BIla sudah lembut masukkan kicap dan kerisik.
5. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.
6. Bila telah masak boleh hidangkan.

DAGING PRUNE HITAM MANIS

bahan
600 gm daging [potong nipis]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
1 s/k gula
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia
1 cawan buah prune [buangkan biji]
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari


Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan air. Kacau rata.
4. Masukkan garam dan biarkan sehingga daging lembut dan kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.


DAGING MASAK KICAP

Bahan
500 gram daging [ dipotong nipis]
1/2 cawan air
3 biji kentang [ potong nipis dan gorengkan]
7 s/b kicap lemak manis
3 s/b tomato sos
2 biji tomato keras/mengkal [belah 4]
1 s/k lada hitam
minyak


Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
3 sm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji cili hijau
3 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiriskan kecuali bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging, air dan kicap. Biarkan mendideh dan daging lembut.
3. Bila dah nampak agak pekat masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Biarkan reneh sebentar baru tutup api dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi dan boleh juga makan ngan roti macam steak.

ASAM PEDAS TETEL [DAGING CINCANG]

Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
garam

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.

SAMBAL DAGING

Bahan-bahan
600 gm daging [potong nipis]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
1 s/k gula
4 s/b minyak
1/2 cawan air
2 batang serai [ketukkan]
garam [jika perlu]

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 inci halia
4 s/b cili mesin
5 biji cili merah

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan air. Kacau rata.
4. Masukkan garam[jika perlu] dan biarkan sehingga daging lembut dan kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.

DAGING GORENG RAMPAI SAYUR

Bahan-Bahan:
500 gm daging [hiris nipis]
1 tin kacang peas hijau
3 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
1 s/k serbuk lada sulah
1 s/k kicap cair
2 s/b minyak
1 mug air
1 biji bawang besar [mayang]
3 ulas bawang putih [dicincang]

Bahan Sayur
10 batang kacang buncis
1 batang celery
1 biji cili capsicum hijau
1 biji cili capsicum merah
1 biji lobak

Cara:
1. Perapkan daging dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan daging dan air. Masak shingga danging lembut dan agak kering sikit airnya.
4. Masukkan pula sayuran yang telah dipotong, sos tiram & serbuk lada sulah. Kacau rata.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
6. Masukkan kacang peas. Kacau seketika dan angkat.
7. Hidangkan.

NOTA:
Jika tak suka daging boleh juga ditukarkan pada isi ayam yg dihiris nipis tetapi masak ayam dalam masa yg sekejap saja.


DAGING GORENG KACANG PEAS

Bahan-Bahan:
400 gm daging [hiris nipis]
2 biji bawang besar [dipotong bulat]
4 biji cili hijau [mayang]
2 [biji cili merah[mayang]
4 biji bawang putih [diketuk]
1 tin kacang peas
3 s/b sos tiram
2 inci halia [hiris nipis]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik aromanya.
2. Masukkan sos tiram. Setelah naik baunya, masukkan pula daging. Masak daging sehingga empuk.
3. Masukkan cili hijau, cili merah & halia.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan kacang peas dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan daging dalam pinggan dan hidangkan.

KERABU DAGING

Bahan:
½ kg daging……………….rebus dan siatkan
2 labu bawang besar………mayang kasar
2 cm halia………………….racik halus
4 biji cili hidup merah…….}
3 biji cili hidup hijau……...} racik halus
1 sudu besar lada hitam……tumbuk kasar
3 biji limau nipis…………..ambil air
½ batang timun……………racik halus
1 biji buah tomato……….racik kasar
Garam & gula
Daun salad

Cara:
Gaul semua bahan dan rasakan masam dan masin adunan dan
tuangkan keatas daun salad yang disusun dalam pinggan hidangan.
DAGING PRUNES

Bahan:
600 gm daging [potong nipis dan kecil]
5 s/b sos tomato
3 s/b kicap pekat
1 s/b gula

bahan kisar
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 cm halia
2 s/b rempah kari
100 gm buah prunes

minyak
1 labu bawang besar [potong]
air

Cara:
1. Perapkan daging bersama semua bahan selama 2 jam.
2. Tumiskan bawang besar sehingga wangi..
3. Masukkan daging & bahan yg diperap dan kacau rata.
4. Masukkan air dan renehkan sehingga daging lembut.
5. Bila telah pekat bolehlah dihidangkan.

KERABU DAGING PATTATA
Bahan:
600 gm daging dibakar dan hiriskan kecik & panjang
1 inci lenkuas muda
2 inci halia muda
10 biji bawang kecil
2 batang serai
1 pokok daun arsli cina
1 sudu besar madu
5 helai daun limau purut
50 gm kelapa parut
1 s/b sos ikan
1 s/b pes tomyam
2 s/b minyak jagung
limau nipis
garam & gula

Cara:
1. Mayangkan semua bahan sayuran.
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.
3. Perahkan jus limau dan gaulkan rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih smasa makan tengahari.
RENDANG DAGING

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu [potong kecil dan bersihkan]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

BAKSO



1 kg tulang lembu + halia + bwg putih di rebus sehingga empuk
masukkan bebola daging rebus lagi sehinnga bebola daging lembut

- buah keras semangkuk (banyak lagi sedap)
- bawang putih 1/ dari semangkuk tadi
- lada putih 3 @ 4 sudu saya suka lebih baru panas sikit
- buah pala separuh yg rasa mint tu..

semua bahan di tumbuk halus di tumis hingga wangi dan masukkan dlm rebusan tulang masak lagi bagi memesrakan rempahnye + garam .

sos
goreng cili padi menggunakan minyak
di tumbuk halus + kicap + sos tomato kimball
makan bersama mee /suhun goreng/meehun
hias daun sup daun bawang + bwg goreng

HATI GORENG BEREMPAH
Bahan-bahannya:-
1 kg hati lembu / hati ayam
1 bungkus rempah daging [dibancuh dgn sedikit air asam jawa]
1/2 cawan santan pekat
1 inci halia ]
4 biji bawang merah ] mayang halus
2 biji bawang putih ]
2 biji cili merah dibelah dua
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 cawan air asam jawa
1/ 2cawan minyak utk menumis
garam

Cara Menyediakannya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kacau hingga sebati.
3. Masukkan hati dan kacau hingga sebati.
4. Massukkan pula air asam jawa. Biar menggelegak.
5. Masukkan santan tadi, bawang besar dan cili masak.
6. Gaul sebati kemudian masukkan garam.
7. Bila hati telah masak, bolehlah ditutup api.
8. Hidangkan bersama nasi atau roti.

HATI MASAK KICAP


Bahan-Bahan:
1/2 kg hati lembu atau ayam(digaul dengan garam dan kunyit)
1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 inci inci halia (dikisar halus)
1 sudu lada hitam (tumbuk pecah2)
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu air asam jawa
Sedikit perisa
minyak

Cili merah dan bawang besar sebagai hiasan

Cara:
1. Goreng hati terlebih dahulu. Angkat dan tepikan.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
3. Masukkan hati yang telah digoreng.
4. Setelah naik bau, masukkan pula kicap pekat, kicap cair, lada hitam dan air asam jawa.
5. Masukkan garam sebagai perisa dan masukkan hati sehingga masak.
6. Masukkan cili & bawang besar dan biarkan sebentar.
6. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.




MASAKAN AYAM

AYAM BAKAR SOS CENDAWAN

Bahan Perap Ayam:
2 keping dada ayam
1/2 cawan fresh cream
3 ulas bawang putih [tumbuk lumat]
1 s/k lada hitam
garam

Sayuran di potong kecil dan panjang
carrot
kacang buncis
putik jagung
salad hijau

Cara
1. Gaulkan semua bahan pada ayam dan perapkan selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam dalam loyang dan bakar selama 1/2 jam pada suhu 200'C
2. Rebus sayuran [kecuali salad] dan hidangkan bersama ayam yang telah dihiriskan.
3. Hidangkan bersama sos cendawan.

Sos Cendawan

Bahannya..

1 tin mushroon soup
1 tin air
1 paket Cendawan MAGGI
1/2 cawn air + 1 s/b tepung jagung
1 s/k lada hitam
1 s/b minyak atau majerin
6 biji cendawan butang [potong nipis]

Cara memasaknya
1. Masukkan semua bahan kecuali air tepung jagung.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan air tepung jagung dan kacau lagi sehingga mendideh.



AYAM RAMPAI

Bahan

1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan]
5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan]
1 batang carrot [potong kecil]
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah[potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
1 labu bawang besar [potong bulat]
3 biji cili merah [hiriskan kasar]
10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas...
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara.
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi aayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan abhan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan.



BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan amsukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
STEW AYAM

Bahan-bahan
500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.



GULAI KURMA AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1/2 cawan susu cair atau 2 cawan santan [1 biji kelapa]
4 biji kentang [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
2 biji lada hijau
1 pokok daun sup [potong kecil]
3 s/b minyak
2 s/b minyak sapi
3 s/b rempah kurma ] bancuh ngan sikit air
1 s/k lada sulah ]
1 s/b kacang tanah tumbuk halus
1 s/b jus limau nipis
garam

Bahan tumis
1 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan mesin/tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara:
1. Panaskan minyak & minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah kurma yg dibancuh. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, carrot, garam dan susu cair atau santan. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan bawang besar, lada hijau, tomato dan kacang tanah tumbuk.
5. Perlahan api sehingga naik minyak.
6. Masukkan jus limau dan daun sup dan biarkan sehingga pekat.
7. Angkat dan hidangkan.

SUP AYAM SIMPLE

Bahan
1 ekor ayam muda
1 sudu minyak makan
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

SUP AYAM MAMAK

Bahan-bahan

1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan]
garam
bawang goreng


bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, daun pandan dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

AYAM GORENG MAMAK

bahan

1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari
garam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak
AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
2 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

bahan mayang
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendideh.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.

KERABU AYAM

100 gm isi ayam [potong nipis dan rebuskan dgn sikit air & garam]
sejemput taugeh [buangkan kaki]
2 biji cili merah ]
1 biji cili hijau ] dihiris halus
1 labu bawang besar ]
1 s/b kicap cair
1 s/b Cosway Apple Cider Venigar [jus liamu nipis pun boleh la...]

Cara.
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya. Sedia dihidangkan

AYAM PANGGANG MADU

1 ekor ayam [boleh juga dipotong kecil jika buat BBQ]
1/2 cawan madu

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2 cm kunyi hidup
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan madu dan bahan mesin.
3. Ratakan bahan perap besama ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalamam dalam peti sejuk.
4. Bakarkan dalam oven 200'C selama 1 jam atau sehingga garing.

NOTA :
Jika buat BBQ..masaklah atas bara arang..mmg sodapppp...

TOMYAM AYAM/CAMPUR

Bahan:
300 gm isi ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan sehingga semua bahan lembut.
2. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.


AYAM MASAK PADANG

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan mesin
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendideh & naik minyak dan pekat.
5. Hidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala.

AYAM GORENG SERAI

bahan
1 ekor ayam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
5 biji ciliapi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
garam

cara
1. Ayam dipotong kecil dan bersihkan. Toskan kering.
2. Gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan sekejap [15 minit].
3, Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Hidangkan dengan nasi atau makan dengan roti.


AYAM GORENG MAMAK

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari
garam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.


AYAM GORENG ALA KFC

bahan

1 ekor ayam
2 biji putih telur sahaja
1 s/b kunyit serbuk
1 s/k serbuk cili baba's
1 s/b rempah kari ayam
tepung serba guna berempah
[sebarang tepung goreng ayam dipasaran]
1 kg minyak untuk deep-fry


cara
1. Ayam dipotong ikut sesuai. Basuhkan dengan tepung dan limau.
2. Bilas bersih dan toskan sehingga kering.
3. Gaulkan ayam dengan kunyit serbuk.
4. Pukul sikit putih telur dan gaulkan ngan ayam.
5. Taburkan tepung berempah dan bahan lainse cukupnya pada ketulan ayam.
6. Panaskan minyak dan masukkan ayam.
7. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Balikkan
ayam mengikut kesesuaian.
8. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak dalam tapisan.
9. Hidangkan bersama cili sos dan salad sayur/coleslow.


AYAM GORENG KACANG PANGGANG

Bahan-Bahan:
500 gm isi ayam [potong kecil dan nipis]
1 tin kacang panggang
2 biji bawang besar [potong bulat]
2 biji cili merah [mayang]
2 biji cili hijau [mayang]
4 biji bawang putih ([dititik]
1 biji lobak merah [hiriskan nipis]
4 sudu besar cili kering kisar
1 s/b sos tomato
Gula secubit
Garam
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kering kisar & tumis lagi sehingga garing.
3. Masukkan ayam, garam, gula, lobak merah & sedikit air. S
4. etelah lobak merah empuk, masukkan pula kacang panggang.
5. Setelah ayam masak, bolehlah masukkan dalam pinggang hidangan dan hidangkan dengan ansi putih atau roti.



AYAM MASAK JINTAN

bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
3 cawan santan [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
3 s/b minyak

bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 s/b cili mesin
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan ayam dan serai dan kacau. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan serai. Kacau rata dan biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan garam dan renehkan sehingga naik minyak dan nampak pekat.

AYAM MASAK LEMAK CILIPI DGN DAUN LIMAU PURUT

bahan
1 ekor ayam sederhana [ dibuangkan kulit dan potong kecil]
3 cawan santan pekat
6 helai daun limau purut [koyakkan]
Garam

Bahan-bahan blend:

20 biji cili api
1 labu bawang besar
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras
3 batang serai

Cara:
1. Masuklah bahan2 blend serta sedikit air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga kering.
3. Setelah itu masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. 4. Msukkan daun limau purut dan renehkan sehinga nampak pekat.
AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - [potong kecil]
minyak untuk goreng
2 sudu besar rempah kari ayam
5 tangkai daun kari
kunyit
garam

bahan kisar
6 ulas bawang putih -
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 sm halia
2 batang serai


Cara:
1. Gaulkan semua bahan bersama2 ayam. Perap setengah jam.
2. Panaskan minya dan gorengkan garing.
3. Angkat dan hidangkan dengan nasi/roti
AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos



Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

KERUTUP AYAM

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
500 ml santan
1 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
10o gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan ayam empuk.
6. Angkat dan hidangkan.

AYAM GORENG CILIAPI

Bahan
500 g ayam [potong kecil dan gaulkan garam & kunyit]
15 biji cili api [mayang]
2 labu bawang besar ]mayang
1 batang serai [mayang]
daun ketumbar/daun sup [racik]
jus limau nipis
minyak

Cara
1. Panasakan minyak Tumiskan semua bahan yg dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan masak sehingga lembut.
3. Masukkan jus limau dan tutup api.
4. Masukkan daun ketumbar atau daun sup.
5. Boleh hidangkan dengan nasi putih


AYAM GAJUS

Bahan
1 ekor ayam [baungkan kulit dan potong kecil]
150 gm gajus [gorengkan]
4 s/b kicap2 biji tomato [belah 4]
4 s/b minyak
garam

bahan kisar
15 biji cili kering
6 ulasa bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b jintan manis
3 sm halia

Cara
1. Gaulkan ayam bersma bahan kisar dan perapkan sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Masakkan sehingga agak garing.
3. Masukkan gajus dan kacau raya
4. Masukkan tomato dan kacau.
5. Angkat dan hidangkan.

AYAM KERISEK

bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan kelarkan]
2 s/b air asam jawa
1 s/b jus halia
3 cawan santan [1 biji kelapa]
3 s/b kerisek
garam
minyak

bahan mesin
2 s/b cili mesin
4 biji cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
3 s/b rempah beriani

Cara
1. Perapkan ayam bersama dengan jus hali, air asam jawa dan garam selama 3 - 4 jam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan dan separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam.
3. Tinggalkan minyak anggaran 4 s/b dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan baki bahan perap, santan dan kerisek.
5. Apabila mendideh masukkan ayam dan biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan masinnya.
6. Boleh dihidangkan bersama pulut dan juga nasi .


AYAM KASTURI

Bahan:
300 gm isi ayam [hiris nipis tetapi agak lebar]
3 biji limau kasturi [ambil air]
2 sudu besar air
minyak tuntuk tumis
garam
kunyit

Bahan mayang
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang. [Kalau nak pedas boleh tambah ciliapi]
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus limau kasturi dan gaulkan rata.
5. BBoleh angkat dan hidangkan.
CHICKEN CHOP SOS REMPAH

Bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH
bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.



CHICKEN CHOP

bahan
2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos L & P
1 s/k kicap cair
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
2 s/b minyak

bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos L & P dan kicap cair selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.


AYAM MASAM MANIS

Bahan2:
500gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 s/k kunyit
1 s/k garam
5 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
1 s/k gula
1/2 cawan air
1 biji tomato [potong baji]
sedikit kacang peas
minyak untuk goreng ayam

Bahan mayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau

Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]


Cara:
1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
3. Angkatkan ayam dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan mayang.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula.Biarkan sehingga mendideh.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.
AYAM BAKAR BBQ

bahan:
1 ekor ayam [potong 8]
2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.



AYAM PANGGANG MADU

bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]

Bahan perap
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b cili mesin
1 s/b lada hitam
1 s/b rempah kari ayam
1 s/k garam
2 s/b madu

Cara
1. Gaul dan perapkan semua bahan dengan ayam selama 3 atau 4 jam
2. Bakarkan dalam oven 200'c selama 1 jam.

atau..
Bakar jer atas pembakar didapur gas atau arang..

atau goreng jer..
tapi agak melekit2 sikit lah sebab ada madu tu.


AYAM PANGGANG TOMYAM

Bahan
1 ekor ayam [anggaran 1.8 kg..potong 4]
6 helai daun limau purut [hiris halus]
2 s/b jus limau nipis [2 biji]

bahan mesin
3 batang serai
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
3. Perapkan ayam selama 4 jam atau lebih.
4. Masukkan ayam dalam amngkuk dan bakarkan dlam microwave selama 15 minit pada kuasa HIGH sederhana.
5. Semasa membakar, balikkan ayam dan renggangkan penutup mangkuk.
6. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven 200'C selama 20 minit.


RENDANG ITEK

Bahan-Bahan:
1 ekor itek
1/2 biji kelapa [3 cawan pati santan]
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
25 cili kering
15 biji cili api
1 s/b lada hitam

Cara:
1. Itek di bakar/layurkan atas api dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga itek empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.


ITEK GOLEK

1 ekor itek (dibersihkan dan layurkan diatas api)
3 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa


bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis


Cara:
1. Masukkan semua bahan dan itek di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Raskan garam. Balikkan kedudukan itek supaya rempah kena semua bahagian badan itek.
3. Angkat ite kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan itek dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan itek dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.



KERUTUB ITEK

Bahan
1 ekor itek [potong kecil
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
500 ml santan
2 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
1 s/b jintan manis
1 s/k lada hitam


Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan itek. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan daging itek empuk

AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - [potong kecil]
minyak untuk goreng
2 sudu besar rempah kari ayam
5 tangkai daun kari
kunyit
garam

bahan kisar
6 ulas bawang putih -
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 sm halia
2 batang serai

Cara:
1. Gaulkan semua bahan bersama2 ayam. Perap setengah jam.
2. Panaskan minya dan gorengkan garing.
3. Angkat dan hidangkan dengan nasi/roti.


AYAM PERCIK KUAH PUTIH

bahan

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
1/2 cawan air
asam jawa
1 s/t gula
garam secukup rasa

Rempah ratus..mesin halus
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

NOTA:
Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


AYAM GORENG SERAI

bahan
1 ekor ayam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
5 biji ciliapi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
garam

cara
1. Ayam dipotong kecil dan bersihkan. Toskan kering.
2. Gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan sekejap [15 minit].
3, Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Hidangkan dengan nasi atau makan dengan roti.

AyamMasakPadang.jpg
AYAM MASAK PADANG

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan mesin
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendideh & naik minyak dan pekat.
5. Hidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala.
AymGolek2.jpg
AYAM GOLEK PEDAS

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam seberat 1.6 kg
5 helai daun limau purut [koyakkan]
1 biji kelapa [ 3 cawan santan ]
5 biji kentang [buangkan kulit]
3 biji telur ayam [rebus dan buangkan kulit dan gorengkan sikit]
3 batang serai [ketukkan]
garam


Bahan dikisar
4 biji buah keras
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api

Cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
3. Masukkan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang telah digoreng.
4. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali.
5. Masakkan dalam kuali bersama santan dan lebihan tumisan tadi sehingga agak pekat.
6. Salinkan kedalam loyang dan panggang ayam di dalam oven pada suhu 200'C sehingga masak kekuning-kuningan [dalam 30 minit].
7. Angkat ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika hendak menghidang.

AYAM GOLEK BEREMPAH

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis

3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan ayam di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Rasakan garam. Balikkan kedudukan ayam supaya rempah kena semua bahagian badan ayam tu.
3. Angkat ayam kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan ayam dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan ayam dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.


AYAM KERISEK

bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan kelarkan]
2 s/b air asam jawa
1 s/b jus halia
3 cawan santan [1 biji kelapa]
3 s/b kerisek
garam
minyak

bahan mesin
2 s/b cili mesin
4 biji cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
3 s/b rempah beriani

Cara
1. Perapkan ayam bersama dengan jus hali, air asam jawa dan garam selama 3 - 4 jam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan dan separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam.
3. Tinggalkan minyak anggaran 4 s/b dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan baki bahan perap, santan dan kerisek.
5. Apabila mendideh masukkan ayam dan biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan masinnya.
6. Boleh dihidangkan bersama pulut dan juga nasi .

AyamMasakJintan.jpg


AYAM MASAK JINTAN

bahan

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
3 cawan santan [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
3 s/b minyak

bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 s/b cili mesin
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan ayam dan serai dan kacau. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan serai. Kacau rata dan biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan garam dan renehkan sehingga naik minyak dan nampak pekat.


AYAM PANGGANG MADU
bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]

Bahan perap
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b cili mesin
1 s/b lada hitam
1 s/b rempah kari ayam
1 s/k garam
2 s/b madu

Cara
1. Gaul dan perapkan semua bahan dengan ayam selama 3 atau 4 jam
2. Bakarkan dalam oven 200'c selama 1 jam.

atau..
Bakar jer atas pembakar didapur gas atau arang..

atau
goreng jer..
tapi agak melekit2 sikit lah sebab ada madu tu..

CHICKEN BAKED BEANS

Bahan-Bahan:
1 tin baked bean
300 gm ayam
1 sudu makan minyak
3 sudu makan tomato sos
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [cincang]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang besar
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.

AYAM KASTURI

Bahan:
300 gm isi ayam [hiris nipis tetapi agak lebar]
3 biji limau kasturi [ambil air]
2 sudu besar air
minyak tuntuk tumis
garam
kunyit

Bahan mayang
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang. [Kalau nak pedas boleh tambah ciliapi]
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus limau kasturi dan gaulkan rata.
5. Boleh angkat dan hidangkan.
AYAM MASAK CENDAWAN

Bahan-Bahan:
500 gm ayam potong kecil dan buangkan kulit
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
1 inci halia (mayang)
1 tin cendawan butang dalam tin
1/2 tin kacang peas hijau
1 batang carrot kecil [potong ikut suka]
1 biji lada benggala merah (dipotong dadu)
1 paket perencah Maggi Ayam Cendawan + 1/2 cawan air
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang - untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan satu sudu besar minyak masak dan bahan yg dimayang hingga naik baunya.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga agak masak.
3. Masukkan carrot, cendawan butang, ayam dan kacang peas hijau. Biarkan di atas api hingga lembut & masak.
4. Masukkan lada benggala dan biarkan seketika.
5. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
6. Boleh dimakan dgn nasi or roti.
AYAM HALIA
Bahan:
500 gm ayam..bersihkan
5 ulas bawang merah/kecil ]
1 inci halia ] kisar halus
2 tangkai daun ketumbar ]
2 tangkai daun bawang ] mayang kasar
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit cendawan hitan (rendam dan potong kecil)
garam secukup rasa...

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan gaul rata
.
3. Kukuskan selama 1/2 jam

AYAM PAPRIK
Bahan:
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih[dimayang ]
1/2 btg serai [dihiris]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong serong]
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]

CARA-CARA
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan ngan nasi putih.



ini satu lagi cara masak paprik....

PAPRIK AYAM CAMPUR

Bahan-Bahan:
500 gm ayam [dipotong kecil ]
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
3 helai daun limau purut [koyakkan]
2 biji bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] cincang halus
2 inci halia ]
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili

Cara:
1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan biar sebentar.
4. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
5. Masukkan daun limau purut untuk baunya.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
KARI AYAM DAN NENAS
Bahan
1 ekor ayam - potong kecil n buangkan kulit
1 inchi halia ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk halus/mayang
6 ulas bawang merah ]
3 s/b serbuk kari ] digaul supaya menjadi pekat
sedikit air ]
nenas[potong kecil]
2 tangkai daun kari
4 cawan air
minyak masak

rempah tumis..
bunga lawang..bunga cengkih..
buah pelaga dan kulit kayu manis
garam


Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari, bahan yg ditumbuk dan rempah tumis sehinggan wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dan biarkan sehingga naik minyak dan garing.
3. Masukkan ayam dan air. Kacau rata
4. Bila dah naik minyak masukkan air dan nenas.
5. Biarkan gulai mendideh dan pekat. Rasakan garam.
6. Angkat dan hidangkan.

Senang dan simple...
KURMA AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil)
60 mg marjerin
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
¾ sudu jintan manis
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia (giling)

Bahan Giling:
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada sulah
2 ½ sudu besar adas
2 labu sedang besar (dihiris)
3 cawan pati santan atau 1 tin susu sejat cair
Garam secukup rasa
2 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
2 batang lada hujau (dibelah dua memanjang)
1 biji sedang tomato (dibelah 4)
Air dari 1 biji limau nipis


Cara:

1. Pijarkan marjerin atas api yang sederhana & tumiskan bahan giling sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua rempah kering & masukkan bawang merah,bawang putih,halia & bawang besar.
3. Goreng hingga layu,kemudian masukkan ayam & balutkan rata-rata dengan campuran itu.
4. Masukkan santan atau susu cair & garam secukup rasa,kacau.
5. Biarkan campuran itu mendidih,kemudian kecilkan api,
6. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan lada & masak dengan terbuka hingga ayam hampir empuk,dengan dikacau selalu.
7. Masukkan tomato & masak hingga empuk.Angkat dari api. Campurkan air limau nipis & rasalah asam garamnya.
8. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
BLACK PEPPER CHICKEN
Ingredients:
2 deboned chicken thighs, cleaned

Marinade (Combine these ground ingredients)
1 1/2 tbsp chilli paste
5 shallots
3 cloves garlic
1 stalk lemon grass
2cm slice galangal
1 tbsp freshly chopped coriander roots
1cm slice turmeric root
1 candlenut

Seasoning
1 tbsp lemon juice
1 tbsp nampla (fish sauce)
1/2 tsp ground black pepper
1/2 tsp sugar

Glaze
2 tbsp honey
2 tbsp olive oil

Method:

Cut diagonal slits on the chicken skin. Combine marinade
and seasoning in a small bowl. Brush marinade on both the skin a
nd meat side of chicken. Keep in a plastic container and set aside
in the refrigerator for 1 to 2 hours.

Arrange marinated chicken on a grilling tray.
Baste with glaze and grill at 220°C for 15 minutes, meat-side first.

Turn chicken over and grill on the skin side for 13 to 15 minutes.
Halfway through grilling, brush with honey glaze again.

To serve: Place grilled chicken To serve: Place grilled chicken
on a serving plate. Add some cooked pasta and some
organic vegetables. Serve grilled chicken with a slice of ripe mango.

This makes a perfect light meal
terutamanya yang nak masakan rengkas tapi berkhasiat....
AYAM PERCIK
bahan
1 ekor ayam..dibersihkan dan potong 2
3 cawan santan pekat
1 s/k gula
1s/k halba
garam
asam keping

Bahan kisar
2 cm halia
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
4 batang serai

Cara...
1. Masukkan semua bahan dan ayam dalam kuali.
2. Masakkan ayam tu sehingga separuh masak.
3. Angkat ayam dan kuahnya..masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven 200'C sehingga masak dan kuahnya pekat.
5. Sesekali curahan kuah keatas ayam dan bakar lag.
6. Bila telah masak hidangkan dalam pinggan besar dihiasi ngan salad, timun dan tomato


AYAM BAKAR
Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu Cosway
1 s/b air limau kasturi
2 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

CARA:

1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan chicken seasoning.
3. Lumurkan ayam dengan bahan no2 dan perapkan
selama 2 atau 3 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

SOS LADA HITAM
Air ayam dari ayam bakar tadi
2 s/b sos lada hitam
1 s/b tepung jagung
bancuhkan
1 cawan air


CARA MASAK
Masak semua bahan dan tuangkan atas ayam.

AYAM BAKAR BBQ

bahan:
1 ekor ayam [potong 8]
2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

AYAM BAKAR SOS LIMAU
Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
1 s/b Cosway Delichef Salted Chicken Seasoning
3 ulas bawang merah. .]
1 ulas bawang putih....] mesin halus
2 inci halia................ .]
2 sudu tomato sos
2 biji limau sunkist....perah air
1/2 cawan air
gula
kunyit
butter


Cara:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan Delichef Salted Chicken Seasoning dan kunyit.
Susunkan dalam loyang pembakar.
2. Bakar dalam oven 200C selama 1 jam atau masak kemasan
3. Susunkan ayam dalam pinggan.
4. Tumiskan bahan yang dimesin dengan butter sehingga wangi.
5. Masukkan air, air limau, sos tomato, gula dan garam secukupnya.
7. Biarkan mendidih sekejap.
8. Angkat dan tuangkan keatas ayam.
9. Hiaskan dengan salad, timun dan tomato.



STEW AYAM ala-ala DIET [masak gunakan m/wave]

Bahan:
500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ]
1 inci halia ] mayang
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.










No comments:

Post a Comment