Nasi Dagang Mama
10 cawan ricecooker beras wangi ( cap Naga )
5 cawan santan ( 1 /12 biji kelapa )
3 sudu kecil garam
9 ulas bawang merah ( di mayang )
2 " halia ( di mayang halus
1 sudu besar halba
Rendam beras wangi sekurang2nya selama 2 jam.
Kukus beras tersebut sehingga agak lembut. Buat seberapa banyak lubang pada beras tersebut.
supaya wap cepat meresap pada beras. kukus lebih kurang 20 minit.
Larutkan garam di dalam santan.
Ambil satu cawan santan dan masukkan kedalam kukusan dan gaul rata pada beras dan buat lubang2 semula.
Kukus lagi selama 10 minit.
Angkat dan masukkan kedalam bekas dan gaul dengan baki santan tadi sedikit demi sedikit.
Gaul sebati..santan akan kering dan meresap kedalam nasi.
Masukkan hirisan bawang, merah, halis dan halba.
Masukkan semula kedalam kukusan dan kukus lagi selama 15 minit.
Rasa nasi..bila dah lembut, bolih di angkat dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment