Sunday, May 22, 2011

Mee Bandung Muar

Ramuan

1 kg mee kuning

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)

1 labu bawang putih (diketuk)

5 biji bawang merah

½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (Boleh juga guna sotong rendam, rebus juga)

½ cawan udang hidup

1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)

Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ - 1 cawan gula pasir

3 - 4 cawan air rebusan daging

1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Lain lain perencah - daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut citarasa anda.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTA :

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam. Oleh itu jangan masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan

Cara Penyediaan

  1. Blend cili kering, udang kering dan air rebusannya, gula, bawang putih dan bawang merah.
  2. Pijarkan sedikit minyak di dalam kuali
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan udang dan daging rebus
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk Hidangan :

  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  4. Masukkan ke dalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika anda suka.
  5. Hidangkan.

keaslian rasanya.



No comments:

Post a Comment